Wednesday, August 8, 2012

Keretapi Laju Beijing ke Shanghai

Tahukan anda terdapat satu perkhidmatan keretapi berkalajuan tinggi yang paling laju di dunia. Perkhidmatan keretapi ini menghubungkan bandar Beijing ke Shanghai di China yang panjangnya 1,318 km. Keretapi ini telah memulakan operasinya pada 30 Jun 2011. ini bermakna baru lebih kurang setahun ianya memulakan perkhidmatannya.
.
Syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan pembinaan landasan ini ialah "Beijing–Shanghai High-Speed Railway Co., Ltd." yang mana menelan belanja lebih kurang 220 billion yuan(sekitar$32 billion). Di sepanjang landasan itu pula terdapat lebih kurang 244 batang jambatan dengan jambatan Danyang-Kunshang sepanjang 164 km merupakan jambatan terpanjang didunia. Juga terdapat lebih kurang 22 terowong yang perlu dilalui sepanjang landasan tersebut.
.
Sebelum adanya landasan ini, jarak masa yang diambil untuk perjalanan dari Beijing ke Shanghai adalah selama 14 jam, tetapi kini jarak perjalanan telah dapat disingkatkan kepada 8 jam untuk kelajuan purata 250 km sejam. Bagi tren yang membuat kelajuan 300 km sejam jarak dipendekkan kepada 5 jam sahaja.
.
Ihsan TravelChinaGuide.com

InsyaAllah satu masa nanti aku pun nak cuba try gak naik train ni. Sapa tahu nanti kalau diizin tuhan aku boleh buat trip dari Beijing balik Malaysia pakai jalan darat saja.... Ini bukan mustahil sebab memang ada dah orang yang buat macam ni, tapi masa tu kan tok sah cakap lah memang perlukan masa yang panjang, boleh jangkau sebulan gak tu yang mana hanya guna train, bas dan van sahaja.

1 comment:

afqh said...

berapa tambang? nak kumpul siap2 ni ha5

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails