Kami bertolak dari Pulau Pinang pada malam 23 hb dengan sebuah bas 2 tingkat yang boleh memuatkan seramai 60 orang. Bayangkanlah sendiri bas 60 seat hanya diduduki oleh 24 orang sahaja. Memang berbaloi-baloilah jawabnya. Aku sendiri mengambil 5 seat dibahagian belakang sekali dan lenalah tidur sampai ke pagi.
Kami sampai di pekan Jerantut lebih kurang jam 8 pagi dan singgah sarapan pagi terlebih dahulu di gerai berhadapan sebuah masjid di Jerantut. Selesai sarapan kami bertolak masuk ke Taman Negara Tahan. Penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Taman Negara ialah di Teresek View Motel. Alhamdulillah penginapan agak selesa, cuma tempat makan kami terpaksa menapak turun berjalan ke restoren di tepi sungai.
Pakej kami pada hari pertama ialah manaiki perahu laju berenjin 15 hp, menuju ke kawasan Kelah Santuari. Perjalanan ambil masa 30 minit melawan arus. Memang menyeramkan naik bot ni kerana paras air hanyalah sejengkal dari bot kami. Ditambah pula dengan dasar sungai yang penuh batu-batu. Memang jurumudi bot kat Sungai di Kuala Tahan ni jenis yang dah expert, kene hafal laluan yang hendak dilalui, kalau tak pecahlah bot nanti terlanggar batu.
Selesai menyaksikan ikan kelah yang tak menampakkan dirinya hanya sang ikan Lampam sahaja, kami meneruskan perjalanan ke kawasan lata Berkoh. Kami tak boleh sampai terus ke Lata Berkoh kerana bot tak boleh sampai terus ke sana. Jadi terpaksa treking lebih kurang 15 minit. Air kat kawasan Lata Berkoh ini memang best, walaupun dalam memang syok sekali mandi kat sini. tapi awas kalau korang tak tahu berenang, jangan pandai-pandai nak try mandi kat sini. Elok pergi Lubok Simpon sahaja.
Pada sebelah malamnya pula kami buat aktiviti Night Treking ke Bumbon Tahan. Buat apa kat sana, Ha... pelajaran baru bagi kami. Malam ni kami belajar tentang serangga. Macam-macam jenis serangga kami kenal dan malam ni memang malam bertuah sebab banyak binatang sedang buat projek malam ni. nak tengok binatang seekor pun tak Nampak, bukan apa ramai sangat pelancong malam tu, takder binatang yang nak dating kalau bunyi riuh rendah sebatu dah kedengaran.
Hari kedua pada sebelah pagi kami trekking pula ke Canopy Walkway. Titian Canopy kat Kuala Tahan ni special sekit sebab kat sini Canopy dia tak pakai paku, hanya diikat kat pokok sahaja. Ketinggiannya pula sekitar 20 meter ke 35 meter. Pelancong ke Taman Negara kini bertuah kerana pihak Pengurusan Taman Negara telah menyediakan trek lantai berpapan bermula dari Resort Mutiara hingga ke Titian Kanopi dan juga hingga ke puncak Bukit Terisek. Laluan ini siap sepenuhnya setahun yang lalu.
Pada sebelah petang kami di bawa melawat ke kawasan perkampungan orang asli dari suku Batex. Yang istimewa trip ke kampong orang asli ni ialah perjalanan dengan bot yang lebih famous dengan nama "Rapid Shooting". Bot yang dinaiki lebih besar dari yang sebelumnya tapi jangan harap baju kita akan kering bila naik bot ni. Guide awal lagi minta semua beg dan kamera serta handphone dimasukkan ke dalam plastic untuk disimpan. Apabila bot melallui jeram guide yang berada dihadapan akan menghayunbkan badan dan bot akan bergolek ke kanan dan ke kiri dan dalam masa yang sama air akan menerjah masuk ke dalam bot dan apa lagi habis basahlah kami dibuatnya, tak cukup dengan itu, apabila ada bot lain yang lalu disebelah kami masing-masing akan cuba membasahkan pengunjung dlaam bot sebelah. Bagi aku ini merupakan pengalaman paling manis sekali. Habis basah kami semua dibuatnya.
Di kampong orang asli itu kami ditunjukkan dengan demontrasi menghidupkan api dan cara-cara membuat sumpit. Kini tahulah kami dikalanagn orang asli Batex ini mereka akan membuat satu ukiran lilitan pada sumpit bagi menunjukkan seekor binatang yang berjaya mereka sumpit. Jika banyak ukiran lilitan pada sumpit mereka menunjukkan kehebatan si penyumpit itu menyumpit jatuh mangsanya.
Pada sebelah malamnya kami dihidangkan dengan dinner BBQ, Trip kami ni sebenarnya akan balik keesokan harinya, tapi disebabnya ramai yang ada kekangan tugas masing-masing jadi kami ambil keputusan selesai BBQ kami akan berangkat pulang terus ke Pulau Pinang. Alhamdulillah kami selamat tiba di Pulau Pinang pada jam 8 pagi.
Memang satu pengalaman yang terasa aman dan tenteram apabila berada di Taman Negara Tahan ni. Bagi sesiapa yang belum pernah sampai kat sini aku cadangkan pergilah bercuti disini dan nikmati ketenangan yang terdapat disini. Kalau dulu nak sampai ke Kuala Tahan kene naik bot dari Kuala Tembeling dan ambil masa 3 jam lamanya. tapi kini dah ada jalan raya hingga ke Kuala Tahan. jadi dah senang dah sekarang ni.
1 comment:
done follow sini no. 196
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang@gmail.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Post a Comment