Wednesday, June 26, 2013

Diving di Sipadan-Mabul-Kapalai


Khas untuk para diver tak kira apa level, tak kira dari grup mana.....

Satu open trip untuk pergi menyelam di Pulau idaman dunia iaitu Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Kapalai...

Tarikh pada 25 - 28 Oktober 2013.... 4 hari 3 malam...

Jumlah dive....    3 x dive Sipadan, 3 x dive Mabul, 1 x dive Kapalai

Jumlah kos, tak mahal mana pun..cuma RM 1250..all in dari Airport Tawau. (pengangkutan dari airport, bot dari Semporna ke Mabul, makan minum selama 4 hari 3 malam, bilik, dan 7 kali diving tersebut)

Untuk tiket flight, yang ni korang beli sendirilah yer....kalau aku ambik takut mahal pulak jadinya...ambik Air Asia murah jer....tapi kene ambik  dari LCCT ke Tawau jam 7.00 pagi, sampai Tawau dalam pukul 9.50 macam tu. Balik pulak ambik jam 6.50 petang dari Tawau ke LCCT. Yang balik ni tak kisah sangat jika korang nak ambik sebelah malam ke atas. Cuma masa pergi tu kene sama masa sebab senang dari segi pengangkutan dan kita sempat untuk dive yang pertama pada hari pertama.

Tempat memang amat terhad, aku cuma booking untuk 12 tempat sahaja dan setakat ini 6 dah confirm....Jadi siapa cepat dia dapatlah yer. Sapa yang nak pergi, deposit booking cuma RM 300 sahaja dan tidak akan dikembalikan jika korang cancel. Deposit ini aku akan deposit terus ke pihak di pulau Mabul nanti.

Tentang tiket tu kalau korang nak beli lewat pun takpa, mungkin nak tunggu Air Asia buat promo kan...asalkan korang booking satu seat dengan pembayaran deposit RM 300, itu dah memadai untuk confirm tempat tersebut.

Jadi kalau betul minat korang boleh contact aku di email berikut:- kayrol_penang@yahoo.com
Nanti aku bagi maklumat bank melalui email tersebut...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails