Tuesday, June 25, 2013

Trip to Sipadan Mabul Kapalai

Menjejak keindahan alam ciptaan Tuhan.......

Alhamdulillah sekali lagi aku diberi kesempatan untuk mengecapi keindahan alam ciptaan Tuhan. Kali ini aku telah berjaya organize satu lagi trip ke Pulau yang menjadi kegilaan seluruh pelusuk dunia terutamanya kepada para diver iaitu Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai.

Trip kali ini dianggotai oleh seramai 12 diver dan 8 non diver. Booking telah di buat dengan Billabong Scuba Backpacker. Terima kasih kepada pihak pengurusan Billabong kerana memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati semua pihak. Makan kat sini pun sedap-sedap belaka.

Bagi para diver, aku atur untuk dive sebanyak 3 kali di Sipadan dan 3 kali di Mabul dan 1 kali di Kapalai. Boleh tahan jugak letih bila buat 7 dive ni. Takjub sungguh dengan keindahan dasar pulau Mabul, Kapalai dan amat takjub dengan keindahan di pulau Sipadan. Bertuah dapat berjumpa dengan kawanan ikan JetFish ataupun ikan Nyok-Nyok yang besar-besar dan dalam jumlah ribuan yang berlegar-legar diatas kepala kami. Tapi yang aku frust pada masa inilah bateri kamera GoPro aku habis bateri. Tak dapat nak rakam keindahan tersebut.

Bagi yang tak buat diving pula, dia orang ni pun seronok, habis serata ceruk Pulau Mabul tu dia orang ni terokai. Aku pun tak habis teroka lagi Pulau Mabul tu. Bagi yang tak diving, pakej snorkelling sahajalah yer. Berkesempatan juga turut senorkeling di dive site yang grup diving pergi. Berbaloi-baloi jugaklah snorkelling tu.

Nikmatilah yer antara photo-photo yang sempat aku rakam tentang keindahan Pulau ini....

 Antara Chalet di Billabong
 Jeti laluan bot, petang-petang ramai dok lepak kat sini....
 Rasa tenang dok kat sini, chalet atas air...

 aktiviti wajib sebelah petang.....santai...
 Anak-anak Bajau Laut sedang mencari rezeki...
 Penuh pakat dok bersantai atas jeti...

 papan tanda di Billabong Scuba
  Anak Bajau sedang meminta duit dari guest di sini
 Ini resort yang mahal...lebih kurang RM 500 semalam....
 Perkampungan bajau laut...

 Anak bajau ni malu-malu bila dipaksa berjabat tangan ucap terima kasih..
Ni pulak, geng Bajau Laut sedang menjual hasil laut
 Diving pulak....syokkkkk
  Sorry bro...wa dah sampai Sipadan

  Turtle kat sini bersepah, jinak pulak tu, pergi dekat dia tak lari pun
 House reef yang terdapat di Dive site Paradise 2, Mabul
 My Boss...Mr Husaini
 Ni baru me...hehe tangkap sendiri la...

 Peace yo...
 
 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails