Rombongan kali ini sama gak dengan kumpulan pertama yang lalu, kalau membeli tu memang payah nak berenti. Tapi Alhamdulillah kali ini aku tak berapa pening sikit, sebabnya rata-rata membeli dalam lingkungan berat luggage yang dibenarkan iaitu 25 kilo seorang.
Masing-masing berasa teruja untuk sampai ke Vietnam kerana masing-masing belum pernah tiba disini. Alhamdulillah juga setelah sehari sahaja berada disini, masing-masing telah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan disini. Satu yang aku suka tentang kota Vietnam terutama Ho Chi Minh ini ialah kita berasa seperti berada di Negara kita sendiri. Apa taknya pusinglah ke kiri, ke kanan, kehadapan mahupun ke belakang, pasti ada orang melayu ataupun yang bercakap melayu.
Bab makanan halal pun tak menjadi satu masalah yang besar sangat. OKlah untuk kali ini sama gak macam trip yang pertama aku sajikan gambar-gambar menarik kumpulan kedua iniuntuk kenangan dan rekod peribadi ku.....
Kedai Kraftangan yang dihasilkan oleh OKU
Kebanyakannnya di buat dari kulit telur
Lukisan disini memang indah belaka
Tengah ralit memilih telekung sembahyang
Dah dapat dah aku punya...
Orang pilih, tokei yg pening
Sampai terduduk...
Masa membayar, samapi berjuta kene bayar...hehe
Perangkap maut tentera Vietkong
kereta tank Amerika yang Berjaya dimusnahkan
Selipar daripada tayar untuk menghilangkan jejak
makan buah semasa di sg Mekong
Seronok naik bot sambil minum air kelapa
Pakat naik kereta kuda di Sg Mekong gak...
Kudaku lari gagah berani...
Jalanlah kuda...
makan tengahari diperkarangan masjid
macam mana menu makan kami, semua dalam pakej dah....
Bergambar kenangan dihadapan pejabat pos Saigon
No comments:
Post a Comment