Wednesday, September 17, 2014

Panduan berkereta ke Koh Lanta, Krabi Thailand

Untuk membawa kereta  ke Thailand, tak susah sebenarnya. Hanya harus disertai sedikit keberanian dan tawskal supaya dijauhkan daripada berlaku apa2 kecelakaan atau kemalangan semasa disana.

Kali ini..aku nak berkongsi pengalaman semasa aku bercuti ke Koh Lanta baru2 ini..

 Ini gambaran laluan yang aku tempuhi bersama isteri. Kami bermula dari kediaman kami di Bukit Mertajam Penang. Kami bertolak seawal jam 5 pagi kerana berhajat utk sampai di border Bukit Kayu Hitam pd jam 7 pg.

Sebelum sampai ke border pastikan dulu anda membeli insuran di CTC atau kedai insuran lain yang banyak terdapat sepanjang jalan dari pekan Changloon hingga ke border, dan pastikan  isi white card siap2. Insuran kereta adalah RM 15 utk 9 hari.
Upah isi white card pulak RM 1 satu pasport.


Dah isi semua tu bolehlah bergerak terus ke border utk cop pasoort dan istihar bawak kenderaan.


Mula2 kita kene beratur utk cop pasport dulu. Selesai cop pasport beratur pula di kaunter khas utk kenderaan kereta dan motor. Serahkan sahaja insuran kereta bersama geran dan pasoort. Kastam Thailand akan isi satu form dan serahkan pada kita utk bawak semasa di Thailand. Simpan elok2 form tu, sebabnya nanti mssa keluar balik dari Thailand kene serahkan kembali form tu pd kastam Thailand.

Dah selesai semua tu ambil kereta balik dan masuklah Thailabd elok2. Hati2 bawak kereta. Pastikan korang bawak GPS (guna pun sesat) . Senang nak nak bergreak kesana sini.

Ni gambar masa nak sampai jeti feri ke Koh Lanta. Untuk sampai ke Koh Lanta kene naik 2 buah feri. Tiket feri boleh dibeli di pintu masuk kawasan jeti. Harga untuk kedua2 feri ialah RM 19.30 termasuk 2 penumpang.Setelah membeli tiket, kita beratur sahaja tunggu giliran untuk menaiki feri.


Suasana di atas feri

Koh Lanta ni terdiri daripada 2 buah pulau. Satunya atau yang pertama dikenali sebagai Koh lanta Noi dan pulau kedua ialah Koh Lanta Yai. Inilah pulau yang selalunya dikunjungi oleh pelancong.

Tidak susah untuk mendapatkan hotel di Koh Lanta ini, kerana terdapat banyak hotel disepanjang jalan. Begitu juga dengan makanan Halal di sini kerana majoriti penduduk di Koh Lanta ialah beragama Islam.

Jarak Koh Lanta dari border Bukit Kayu Hitam ialah lebih kurang 300 km. Dari border pandu terus ke pekan Patthalung hingga jumpa pekan Trang dan seterusnya tujulah ke pekan Krabi. Sebelum sampai Krabi nanti anda simpang kiri anda kene belok untuk ke Koh Lanta.





5 comments:

Farikica said...

Tq for the info... bnyk bca pasal le krabi n phuket..ke koh lanta bru ade bca beberapa2 pos aje...

kayrol said...

Nanti ada lgi pasal koh lanta...tgh dok suaun gambar

embun said...

Nak tanya geran kereta kena bawa ori ke...fotostat boleh tak

kayrol said...

bawak yg fotostat jer...

zulina said...

Tq for sharing..info yg sangat berguna..mmg lama berhajat nak bawa kereta sendiri ke koh lanta ni. Dgn tulisan di blog ini, rasa yakin dah nak ke sana...moga Allah balas kebaikan saudara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails