Sunday, September 21, 2014

Tasik Thale Noi, Tasik Teratai terbesar di Thailand.....


Kunjungan seterusnya kami selepas ke Koh Lanta ialah mengunjungi tasik Thale Noi iaitu sebuah tasik yang terbesar di Thailand. Tasik ini memang cukup terkenal dengan penghijrahan burung dan bunga teratai. Jika anda berkunjung pada bulan Februari hingga Mei, anda akan dapat menikmati keindahan yang amat takjub sekali dengan bunga-bunga teratai yang berkembang mekar.


Tasik ini terletak di wilauah Patthalung bersempadan dengan wilayah Songhkla. Penduduk sekitar tasik ini terdiri daripada bangsa siam beragama Budha. Hanya sedikit sahaja beragama Islam. Pekerjaan utama pula adalah sebagai Nelayan dan bertani.



Bagi peminat photography, tasik ini adalah amat sesuai sekali untuk merakamkan gambar-gambar menarik, terutamanya berkaitan lanskap. Juga tempat sesuai untuk merakamkan saat matahari terbenam. Memang cukup indah sekali.
Di Tasik ini juga ada disediakan chalet terapung dengan kadar sewa yang berpatutan. Disekitar pekan ini juga ada beberapa lagi pilihan chalet yang lain.
Untuk ketasik Thale Noi ini, korang hanya perlu menghalakan kenderaan ke arah pekan Patthalung. Tidak susah mencarinya kerana tasik ini memang cukup besar.

Sayang waktu kunjungan kami ke sini, tidak banyak bunga teratai yang mekar, jadi tidak dapat nak merakamkan keindahan teratai tersebut. Mungkin lain kali kami akan ke sini lagi.

Di tasik ini disediakan satu pelantar membentangi tasik ini untuk para pengunjung melihat dari dekat lagi keindahannya, tapi dikenakan bayaran 20 bath seorang. Bagi yang nak menikmati dengan lebih dekat lagi bolehlah menyewa sampan dengan kadar 400 bath sebuah sampan selama lebih kurang 1 jam setengah melawat sekitar tasik tersebut.

Kat tepi jalan di tasik tersebut juga banyak kedai menjual cenderahati dan ikan kering. Boleh pilih-pilih mana yang berkenan.




Ok, sampai sini dulu...Selesai di tasik Thale Noi kami meneruskan perjalanan ke pekan Hat Yai untuk bermalam dan menghabiskan sehari lagi saki baki percutian singkat ini....


8 comments:

Farikica said...

Bsr tasik ni..seakn2 tonle sap plak... x brmlm di chalet terapong ke?

Naramas Aman said...

Kalau musim bunga teratai sedang kembang, tentu bertambah cantik tempat ini.

kayrol said...

Tak...kami singgah jap saja...hajatnya mmg nak dtg lain waktu musim teratai nanti

Mie said...

Kalau banyak teratai dan sedang berkembang bunganya, tentu lebih ohsem pemandangannya...

kayrol said...

Yer mie....mmg akan berkunjung lagi kesana satu hari nanti

Wak Lat said...

Salam. Hee sunguh menarik jalan2 siam.

kayrol said...

Jalan2 di siam mmg tak pernah puas

Unknown said...

Besarnya tasik ni. Kalau sunset mesti best kan.

btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

blog kami www.thetravelling3o.com

Terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails