Monday, February 23, 2015

Kayuhan Santai CNY2015 ke Fraser Hill.

Kayuhan Solo Santai sempena cuti  Chinese New Year 2015 tidak dilepaskan. Asalnya trip ni hanyalah sempena trip cuti-cuti bersama isteri telah aku selitkan sedikit dengan aktiviti riadah ini.
Aku bertolak bersama isteri pada 18/2 dari rumah pada jam 11 malam dan bermalam di kawasan rehat Ulu Bernam. Kami sampai di sana sekitar jam 2.30 pagi. Apa lagi tido jerlah dulu dalam kereta. 
Lepas bangkit subuh esoknya kam 6 pagi dan sarapan sikit aku meneruskan memandu ke bandar Kuala Kubu Bharu iaitu permulaan untuk starting  basikal bagi mereka yang ingin menawan Fraser Hill.

Ha inilah dia kawasan parking hadapan pejabat pos pekan Kuala Kubu Bharu. Memang boleh parking kereta kat sini, disamping kawasan parking Medan Selera dihadapannya. Nak makan atau sarapan boleh teruis ke kedai mamak kat situ.

 Tapi aku takdelah bermula dari pekan Kuala Kubu tu tapi aku curi time sikit di mana aku memandu terus naik ke Empangan Sungai Selangor iaitu kira-kira 10 km dihadapan. 
Jarak sebenar dari Kula Kubu ke puncak Fraser Hill adalah lebih kurang 42 km macam tu. Tapi kalau start dari Empangan ini sekitar 31 km sahaja.
 Setelah mempertsiapkan basikal lebih kurang dan bergambar aku memulakan kayuhan solo pagi itu dalam suasana hening pagi. Hanya aku berseorangan  disamping isteri yang menemani dengan berkereta di belakang. Masa tu jam baru 7.56 pagi. Memang tak ada orang lain lagilah waktu itu.
 Keadaan jalan dari Empangan itu memang cukup ;luas dan permulaannya sedikit downhill ke bawah. Namun lama kelamaan jalan mula mendaki tapi tidaklah terlalu curam, hanya mendatar sahaja.
 Walaupun keseorangan waktu itu, memang syok layan kayuh, hening, tenang, kereta pun takder, layan sahaja.....


 Jalannya bengkang bengkok, dan purata kayuahanku adalah 14.4 km/j. Agak laju jugaklah.
 Korang tengoklah sendiri memang tak curam dan aku memang boleh speed laju lagilah kalau nak ikutkan.

Yang ni sedikit mencanak tapi sekejap jer, tak panjang pun...memang cukup santai..

Yang ni dekat nak sampai ke Gap dah.Seperti bangunan tinggalah zaman dahulu.
Bila nak sampai ke Gap korang akan jumpa jambatan gantung macam ni disebelah kiri. Dah landai sangat dah ni.


 Ini ialah pintu gerbang nak sampai ke Gap.

  Inilah pintu masuk ke Gap. Pada waktu dahulu jalan untuk turun naik ke puncak Bukit Fraser dia ada masa iaitu sejam waktu untuk tujun dan sejam untuk naik. Akan ada guard yang akan menjaganya, tapi kini jalan naik dan turun adalah berlainan. Jadi sehala sahaja. Ramai rider yang berhenti rehat disini mengumpul kembali tenaga sebelum meneruskan kayuhan ke puncak.
Dari Gap ke puncak Fraser ada lagi 8 km dengan keadaan jalan yang sedikit mencanak. purata kayuhanku dari Gap ini sekitar 7 km/j.
 Inilah lengkok dan kecerunan dari Gap tersebut.


Ini gambaran dah nak sampai ke puncak. Welcome to Fraser Hill.
 Yeah dah dapat lesen Fraser Hill. Gambar yang wajib di ambil oleh kebanyakan rider kalau sampai ke sini iaitu mesti  julang basikal ke atas tanda kepuasan.

 Bergambar bersama isteri yang setia menemani.


 Untuk pengetahuan pembaca semua, purata ketinggian di sekitar Fraser Hill adalah 1200 meter dari aras laut. Purata suhu pula sekitar 22 darjah ke 26 darjah, namun pada musim hujan suhu boleh mencecah antara 16 ke 20 darjah celcius.


Lagi gambar tanda kepuasan


 Turun undur ke belakang sekali lagi sebab nak ambil gambar punya pasal. Tadi tak sempat berhenti sebab nak sampai ke puncak punya pasal.

 Yeah...puas. aku dah sampai sini.

 Dah puas bergambar dan jalan-jalan sekitar Fraser Hill, kami memulakan acara wajib iaitu downhill ke starting point tadi.
 Downhill dalam suasana yang berkabus, Mula-mula aku pakai spek tapi rasa tak puas sebab tak nampak dan akhirnya masuk poket jer spek tu.



Dah sampai bawah dah ke pintu Gap. Dalam 20 minit jugak downhill dari puncak ke Gap.


 Sempat bergambar berlatar belakang papan tanda Fraser Hill.
Tuu..Fraser Hill tu.

Bergambar lagi sebelum downhill terus ke starting point.. Cukup puas walaupun solo tanpa teman. namun sewaktu downhill ke bawah bertembung dengan ramai lagi rider lain yang sedang bertungkus lumus mendaki untuk sampai ke Gap dan seterusnya ke puncak Fraser. Fraser Hill ni memang menjadi tempat kegemaran bagi rider-rider basikal untuk menguji tahap kemampuan diri.


Aku berkayuh bukan untuk membangga diri tapi sekadar menguji sejauh mana kemampuan diri dan tahap kecergasan yang ada agar boleh aku bersedia kiranya dijemput Ilahi pada usia yang muda.
Tahap kesihatan dan kecergasan adalah anugerah yang Esa jadi kita berhak menjaganya sebelum sampai masa kita sakit.


Info berguna:-

Startting point ~ boleh mula di banyak tempat. pejabat pos Kuala Kubu Bharu. (jarak 41 km), mula dari Empangan Sungai Selangor (jarak 31 km) dan mula dari Air Terjun Sg. Chilling (jarak 28 km)
Masa kayuhan ~ 2 jam 30 minit dari Empangan Sg Selangor ke puncak.
Purata kayuhan ~ 14.4 km/j dari starting ke GAP.
                             7 km/j dari GAP ke puncak.
Jarak dari GAP ke puncak ~ 8 km
Keadaan bentuk muka bumi ~ Kuala Kubu ke GAP ~ Agak landai dan santai sekitar 30 darjah kecerunan.
                                              ~ Dari GAP ke puncak  lebih kurang 45 darjah kecerunan, 
Suhu ~ Average 20 - 26 darjah waktu time biasa. 16 ke 20 darjah musim hujan.
Hotel ~ Memang banyak hotel kat atas ni, boleh di sewa tapi sendiri mau ingat mahal sikit beb sebab kawasan peranginan utama. Mau murah tempahlah awal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails