Wednesday, February 18, 2015

Ride to Bukit Bendera

Tanggal 14 Februari 2015 yang lalu aku sempat buat plan singkat untuk cuba menawan ataupun ambik lesen kayuh Beskal naik Bukit Bendera. Bukan calang-calang punya cabaran ni, tambahan dengan ketinggian Bukit Bendera setinggi 830 meter sudah cukup menggerunkan.


Hajat diutarakan pada geng wasup Pusat Ko Penang dan hasilnya 4 orang telah bersetuju untuk sahut cabaran tersebut. Aku sendiri, Tok Din, Wan Saidi dan Yuspa.

Kayuhan dimulakan sekitar jam 8.40 pagi. Di samping kami berempat, ramai lagi rider-rider yang lain yang turut sama berkayuh ke puncak Penang Hill pada pagi tersebut.



Kami memulakan kayuhan di starting point berhampiran  Taman Botanikal Garden. Bersebelahan dengan Taman Botanical ada pintu masuk dengan jalan raya ke puncak Bukit Bendera.

Jarak kayuhan dari  starting point ke puncak adalah sejauh 5.2 km. Dari starting point ke pondok 46 sejauh 1.4 km memang amat menyeksakan sekali. Kecerunan 45 darjah. Masing-masing mencari lengkok jalan untuk berhenti menahan lelah. Apatah lagi dengan keadaan tayar hadapan yang sering ingin terangkat.



Selepas pondok 46, keadaan jalan agak mendatar sedikit dan membolehkan kayuahan dengan speed 6 ke 7 km sejam. Hajat asal nak berhenti tak jadi teruskan kayuhan sehingga ke pondok 84 lebih kurang 2.5 km, baru berhenti.


Mulanya aku bercadang nak menunggu rakan2 dibelakang dan sempatlah berehat dekat 20 minit kat situ, tapi oleh kerana terlampau lama sangat tunggu punya tunggu akhirnya aku meneruskan kayuhan bertemankan rakan-rakan rider dari grup-grup yang lain yang memang ramai pada hari tersebut.


Kayuahan dari pondok  84 kini semakin mencanak kembali. Kadang-kadang lengkok bukit melebihi 45 darjah kecerunannya. Speed kayuhan sekitar 3 km sejam sahaja. Namun sambil kayuh, sambil rehat ikut mana yang terlarat. Namun kali ini aku tak berhenti rehat terlampau lama. Cukup hilang lelah terus bergerak kembali.


Akhirnya setelah berhempas pulas mengerah kudrat dan tenaga akhirnya aku be5rjaya sampai di puncak Bukit Bendera sejauh 5.2 km itu. Sebelum berhenti rehat panjang aku sempat bergambar dahulu di signboard Bukit Bendera bagi membuktikan lesen kayuhan di Bukit Bendera. Masa yang aku ambil bagi kayuhan kali ini adalah sejam 40 minit untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah kaki pun tak krem.



Rakan-rakan yang lain sampai lebih kurang 40 minit selepas itu. Setelah minum-minum sambil menikmati ABC Bukit Bendera, kami pun downhill turun. Masa turun sekejap sahaja, rasanya tak sampai 20 minit pun dah sampai ke bawah.....


Alhamdulillah selamat semuanya, lepas ni kita tawan Fraser Hill pulak.....


2 comments:

Nizamaliwahid said...

Tuan boleh tanya, adakah motorsikal dibenarkan lalu jalan ini.

kayrol said...

motorsikal tak dibenarkan tapi kalau nak lalu juga kene minta kebenaran khas dari pengurusan Bukit Bendera

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails