Sunday, November 29, 2015

Kayuhan Basikal Surathani, Thailand ke Sungai Petani, Malaysia.

Tema kayuhan kali ini, Kayuhan 2 Negara 1 Sempadan. Berlangsung pada 23 hingga 27 November 2015 dan disertai oleh 6 orang pengayuh tegar dari Sungai Petani dan Penang. Jarak kayuhan meliputi 570 km dari stesyen Keretapi Surathani. Terlebih dahulu  harap semua pembaca  tidak boring membaca sebabnya aku akan cuba habiskan cerita kali ini dalam satu blog sahaja. Selamat membaca yerrrr...........


Oleh kerana pergerakan kami ke Surathani ialah dengan menaiki keretapi, maka persiapan perlu dibuat dengan rapi, terutamanya terpaksa membeli tiket train Antarabangsa no. 36 Butterworth ke Bangkok. Jualan tiket dibuka dalam masa 30 hari dari tarikh berlepas. Oleh kerana kekangan tugas kerja, aku terlepas untuk membeli tiket pada awalnya, sepatutnya tarikh 23 Oktober dah boleh beli tiket kerana nak berangkat 23 November. Tapi aku hanya sempat beli pada 25 November. Kami bernasib baik kerana sewaktu bertanya tentang tiket ke Surathani, hanya terdapat lebih kurang 11 tempat kosong sahaja lagi. Maka dapatlah tiket kami, jadi aku menempah untuk 3 tiket naik di stesyen Bukit Mertajam dan 3 lagi naik di Sungai Petani. Harga tiket dari Bukit Mertajam ke Surathani tiket tempat tidur bawah RM 98.20 manakala tiket dari Sungai Petani ke Surathani katil atas adalah RM 78,80.


Oleh kerana antara 6 orang team aku ini, hanya aku seorang sahaja yang pernah menaiki train ini, maka terjadilah apa yang orang Kelantan panggil "Darat" sewaktu berada di atas train tersebut. Masing2 tak habis2 dok snap gambar sana-sini.


Train berlepas dari stesyen Bukit Mertajam pada jam 2.24 petang dan dari Sungai Petani jam 2.49 petang. Namun train kami pada hari itu mengalami kelewatan sedikit selama satu jam. kami tiba di stesyen Padang Besar pada jam 5.30 petang. Sejam lebih awal dari masa sepatutnya. kat sini semua penumpang yang ingin memasuki Thailand haruslah mengecop pasport disini.

Di stesyen Padang Besar ini, kepala train Malaysia akan bertukar dengan kepala train Thailand pula. Dari Padang Besar hanya 2 gerabak sahaja akan bergerak ke Hat Yai dan di Hatyai akan disambungkan lagi dengan gerabak-gerabak yang lain.

Lebih kurang jam 7 malam Thailand, petugas train akan bertindak menukarkan kerusi menjadi katil untuk tido. Maka terjadilah lagi situasi "darat" dan apa lagi orang dok kemas katil pun habis dok snap gambar.


Malam tersebut kami hanya tido sahaja apabila katil telah siap terpasang dan sedar-sedar kami hanya dikejutkan oleh petugas train untuk turun di stesyen Surathani. Kami tia di stesyen Surathani lebih kurang jam 1.30 pagi. Terkejut orang-orang Thailand tengok kami turun dengan membawa beg-beg besar. Lepas tu siap bukak beg dan teus pasang basikal pada pagi tesebut juga. Maka ramailah pula yang datang menjenguk kami dok pasang basikal tersebut. Alhamdulillah basikal siap dipasang dan di setting pada jam 2.30 pagi dan lepas tu cari port masing2 untuk tido. 





Malam tersebut kami tido merempat di stesyen keretapi. Bukannnya tido atas kerusi tapi hanya atas lantai. Keadaan kami kalau difikirkan sama jer macam orang-orang gelandangan. Nasib baik petugas stesyen tak halau kami dan membiarkan sahaja kami tido disitu. Tido kami bukanlah lena sangat kerana boleh kata setiap jam ada keretapi berhenti.


Hari Kedua trip, hari pertama kayuhan, 24 November 2015

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, iaitu kayuhan pertama kami di Thailand. Kayuhan dari Surathani ke Tha Sala sejauh 133 km. Dengan berbekalkan sarapan roti keping sahaja, kami memulakan kayuhan dan sempat singgah kedai 7-11 dahulu, beli air dan simkad Thailand. Lebih kurang 10 km kayuhan kami terjumpa kedai makan Muslim dan sempatlah sarapan pagi beralaskan nasi. Jurujual boleh faham Melayu, Alhamdulillah. Tapi yang tak syoknya dia tak jual air pulak, air botol adalah. Air panas tak buat.


Lepas sarapan bila nak start kayuh, basikal aku pancit pulak , maka terpaksalah bukak tayar dan ganti tiub. Lebih kurang 20 minit repair dan kayuhan disambung kembali. Namun begitu mungkin ada masalah sikit dengan tayarku kerana angin tetap keluar balik setiap 10 km. Maka aku terpaksa mengepam kembali setiap 10 km. Laluan kami ke Tha Sala di daerah Nakhon Si Tammarat akan melalui jalan pantai ke Koh Samui. Akhirnya aku dah tak larat nak mengepam maka sekali lagi berhenti tukar tiub dan tayar terus. Setelah diperiksa memang terdapat macam paku di tayar tersebut. Memang halus tak nampak langsung sebelum ni.


Cuaca pada hari tersebut, mendung, panas, pastu hujan. Hujan pula bukan renyai-renyai lagi tapi memang lebat sungguh. Namun kayuhan tetap diteuskan walaupun hujan. Sewaktu hujan inilah kami terpisah kepada 2 grup. Satu grup 3 orang berada dihadapan dan satu grup lagi dibelakang lebih kurang 20 km jaraknya. Rupa-rupanya basikal rakanku Haji Fauzi mengalami masalah bearing Hub. Basikal langsung takleh jalan. Maka grup belakang ini terpaksalah memikirkan jalan macam mana nak mengatasinya. Setelah bertanya penduduk setempat, ada satu kedai berdekatan namun kedai ini tak dapat nak memperbaiki kerosakan tersebut. maka keputusan terpaksa dibuat untuk mengambil Tut-tut dan terus shoot ke bandar Nakhon SiTammarat untuk mengejar kedai basikal yang dah dekat nak tutup. Waktu petang tu dah dekat nak pukul 5 petang.

Jadi kami grup depan 3 orang ini meneruskan kayuhan ke bandar Tha Sala yang jaraknya 30 km sahaja lagi. Dalam hujan yang masih belum mau berhenti kami bertiga meneruskan kayuhan dan mencari destinasi tido iaitu di hotel LOVE INN. Murahnya sewanya 350 bath sahaja sebilik. Lepas sewa bilik semua baru buka wasup dan baru tahu grup satu lagi terus ke bandar Nakon dan melepasi kami. Oleh kerana kami dah tempah hotel ni maka kami tido sini sahajalah malam ni. Grupsatu lagi tido di bandar Nakhon yang jaraknya lebih kurang 27 km dari kami. Esok kami berjanji bersarapan sekali di Nakhon.





Malam tersebut kami tido nyenyak tanpa gangguan. Hotel luas dan ada ruang untuk membersihkan basikal dan menyimpannya. Malam tersebut kami hanya makan maggi dan roti sahaja keraja tiada kedai muslim disekitar dan hujan pula masih belum berhenti. Jadi bila malas nak keluar, melantak sahajalah apa yang ada.


Hari Ketiga trip, Hari Kedua kayuhan 25 November 2015.

Hari ini kami bertiga berkayuh seawal jam 7 pagi dan akan bertemu grup kedua di bandar Nakhon dan bersarapan pagi disana. Setelah pusing2 sikit dalam bandar Nakhon maka kami berenam pun bersatu kembali. Kami bertiga yang dari semalam tak makan nasi ni, melantak sungguh bila jumpa nasi pagi tu, pastu siap tapau lagi untuk makan tengahari. Laluan hari ini ialah dari Tha Sala ke Tasik  Thale Noi. Sebuah tasik bunga teratai terbesar. Pergerakan kami menggunakan GPS untuk keluar dari bandar Nakhon dan menggunakan highway sahaja. Kami melalui sedikit shortcut dan masuk kembali ke laluan Higway dan berhenti makan tengahari di sebuah kedai runcit. Destinasi kami masih jauh lebih kurang 57 km lagi. 


Setelah selesai makan tengahari nasi bungkus kami meneruskan kayuhan. Belum pun jauh lagi hujan lebat turun lagi. Apa nak buat kayuh sahajalah. Dekat nak sampai 30 km nak ke destinasi kami singgah disebuah stesyen minya dan kebetulan ada satu gerai makan Muslim yang pekerjanya boleh berbahasa melayu dan pernah bekerja di Butterworth sebelum ini. Selesai mengisi perut sikit, kami teruskan kayuhan dan melalui simpang masuk ke jalan kampung. Jalan lengang dan akhirnya kami masuk betul2 dalam kampung Siam. Terpaksa melintas laluan keretapi dan kene redah banjir pula. Air melintas di tengah jalan.







Masuk lagi dalam kampung, lagi dalam pula airnya, kene redah lagi. Alhamdulillah selamat. Ada dalam lebih kurang 5 tempatlah kami kene redah kawasan yang ada air ditengah jalan. Tambah pula airnya mengalir laju. Kami melintas kawasan tersebut dalam satu grup, bimbang juga jika berlaku apa-apa, senang nak bagi bantuan. Setelah masuk keluar kawasan kampung, lagi 10 km nak sampai terpaksa pula mendaki satu kawasan berbukit yang tinggi dan dalam masa dok nak mendaki inilah, ada pula anjing dok menyalak, bukan seekor malah beberapa ekor siap keluar dekat sangat dengan kami. Masa ni badan pun dah letih, nak pecut, naik bukit pulak tu... Lantaklah anjing, nak gigit pun gigitlah. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.







Keluar jer dari jalan kampung tu lagi 2 km sahaja tasik Thale Noi dihadapan kami dan laluannya menurun bukit. Layan downhill la apa lagi. Akhirnya kami tiba di Resort Lam Bua. Kadar sewa sini 800 bath untuk satu malam. Setelah bersih basikal lebih kurang kami keluar bersiar-siar sekitar tasik Thale Noi dan bergambar sakan kat atas pelantar dalam tasik.









Malam di Thale Noi sedikitbising kerana pada hari tersebut ada sambutan Lai Kratung. Oleh kerana di tasik Thale Noi tiada kedai makan Muslim maka kami memasak menu sendirilah malam tu. Keperluan dapur dan peralatan serta bahan memasak memang kami bawak sedikit seorang. Rupanya makan macam ni lebih berselera.

Hari Keempat trip, hari ketiga kayuhan, 26 November 2015.

Hari ini laluan kami akan menuju ke Hat Yai sejauh 140 km, menggunakan laluan Highway sepenuhnhya. Dalam 9 km kayuhan kami akan melalui satu jambatan Diraja Thailand. Jambatan yang merentasi tasik Thale Noi.. Memang 'awesome' sekali view kat sini. Bayangkalah kami boleh menghabiskan masa dekat satu jam kat atas jambatan ni sahaja. Panjang jambatan ni lebih kiurang 6 km sahaja. Dok layan view kat sini memang syok sekali. Memang sesuai untuk para photografer. Halakan sahaja lensa kearah mana pun, gambar pasti cantik. Tambahan dalam tasik ataupun atau jambatan ada objek-objek menarik untuk di snap. Antaranya seperti kerbau yang di dalam tasik, rumah, burung-burung dan juga orang dok menjala ikan.











Selesai bergambar sana sini atas jambatan tersebut kami melalui bandar Ranot, sebuah bandar yang mesra pada pengguna basikal. Di dalam bandar ada laluan basikal tersendiri.  Dari Ranot kami teruskan kayuhan ke Sathing Phra. Kat sini ada lokasi menarik Kincir Angin tepi pantai. Sempat bergambar disini dahulu.





Lepas Kincir angin kami patah balik 1 km untuk cari kedai makan Muslim yang sebelum ni pernah di tag point GPS oleh pengembara sebelum ini. Selesai makan kayuhan diteruskan ke bandar Hat Yai. Menghampiri 30 km ke Hatyai kami melalui 2 buah jambatan yang merestasi tasik Songkhla iaitu jambatan Tinsulonda. Kami menghampiri bandar hat Yai dengan cuaca hujan renyai-renyai. Malam tersebut kami tido di hotel Florida. Sebuah hotel yang digemari penggemar basikal kerana disini basikal boleh dibawa masuk hotel. 




Namun begitu kami hanya mengunci basikal di bawah sahaja di kawasan parking hotel. Oleh kerana ada guard 24 jam disini taklah kami risau sangat. Malam tersebut sempatla ronda-ronda pekan Hat Yai dan naik Tut-tut serta membeli sedikit ole-ole untuk di bawa pulang.

Hari Kelima trip, keempat kayuhan 27 November 2015.

Hari ini setutnya menjadi hari kedua terakhir kayuhan dan destinasi awalnya hanya berkayuh hingga ke Alor Setar sahaja sejauh 106 km. Jadi memang kami santai gila masa kayuh dan berhenti makan pun bukan main lama lagi. tambah masa kat border pun orang memang terlampau ramai. Homestay juga telah kami tempah di Alor Setar. 





Melepasi border lebih kurang jam 2 petang, kayuhan diteruskan ke Jitra. Masa di Jitra kami singgah minum sekejap dan masa inilah tiba-tiba sahaja plan asal bertukar untuk terus berkayuh hingga ke Sungai Petani. Masa di Jitra ni jam dah nak pukul 4 petang. Oleh kerana keputusan dah diambil maka kami cuba bergerak sejauh mungkin di waktu siang. Kami berhenti sembahyang jamak zohor dan asar di masjid Batu 3 Tandop, Alor Setar. Disini sebelum bergerak segala persiapan untuk kayuhan malam dipersiapkan. 



Kami berkayuh dalam satu kumpulan, dan apabila menghampiri jam 7 malam, segala lampu dan lampu blink-blink di pasang. Kami bertemu dengan team yang menyambut kami di masjid Guar Cembpedak yang terdiri daripada Azza, Fadhil dan Chaom. Selesai sembahyang kayuhan diteruskan ke bandar Laguna yang masih tersisa 30 km lagi. Kayuhan santai sikit sebab nak sampai dah. Melepasi pekan Gurun dan kaki gunung Jerai. Akhirnya kami tiba di bandar Laguna jam 10 malam.



Alhamdulillah semua selamat dan kayuhan ini meninggalkan seribu kenangan berharga yang sukar dilupakan. Walaupun tak sehebat pengembara solo Zahariz Khuzaimah, namun kami berbangga dengan pencapaian yang dicapai oleh kami.Mungkin ini langkah pertama kami untuk langkah yang keseribu nanti. Hehe.


Terima kasih semua pada rakan-rakan yang sentiasa mendoakan keselamatan kami, terima kasih jua pada isteri-isteri kami semua yang memahami jiwa touring yang ada ada kami ini dengan harapan lepas ni janganlah sekat lesen kami ni yer. Pada penyumbang-penyumbang yang turut membantu terima kasih jua kami ucapkan kerana tanpa kalian mungkin pincang sikit trip kami ini. Akhir kata terima kasih pada semua.

Sekian.

2 comments:

muhdhusni ibr said...

Simple but good story....hepi cranking...

muhdhusni ibr said...

Simple but good story....hepi cranking...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails