Trip ke Bali ini merupakan yang kedua bagiku dan pertama kali bagi isteri. Kami bertolak dari Pulau Pinang dengan bas paling lewat jam 12.30 pagi dengan tiketnya RM 35 terus turun di stesyen bas TBS. Terpaku sebentar disini kerana stesyen basnya persis terminal kapal terbang. Skrin2 pergerakan ketibaan dan pelepasan bas megah terpampang disana sini. Kaunter jualan tiket juga kelihatan moden sekali dan gate untuk menaiki juga seperti pelepasan nak menaiki flight. Yang syoknya lagi kat sini bebas dari ulat2 tiket.
Oleh kerana flight kami ke Bali berlepas jam 4.20 petang, jadi tidaklah tergesa-gesa sangat. Kami beratur beli tiket ke KLIA2 pd jam 9.30 pagi dgn harga RM 10 sehala. Pelepasan bas menepati masa, syabas diucapkan.
Flight ke Bali jam 4.20 ptg, hanya delay lebih kurang 40 minit shj dan Alhamdulillah kami sampai di Airport Ngurah Rai, Denpasar pada jam 8.30 malam. Supir kami telah siap menunggu dgn memegang tanda namaku ditangan. Namun setelah berhubung melalui wassup baru kami berjumpa. Adhi namanya, namun sebenarnya sebelum ini aku deal dgn Arip, tapi disebabkan Arip juga ada tamu maka beliau meminta Adhi saja untuk menguruskan percutian kami disini.
Aku mengambil khidmat Supir dan Mobil ini untuk 2 hari saja, lagi 2 hari kami akan explore Bali dgn menggunakan motor sewa. Oh ya, harga kos Supir dan Mobil ini aku dapat dengan harfa RP 350K sehari x 2 hari RP 700K. Kos ambil dan hartar dari/ke Airport pula RP 50K x 2, RP 100K. Jadi total utk supir dan mobil ialah RP 800K sahaja. Untuk no phone supir ini korang boleh bereasip terus dgn Arip di talian +6281252567337, Adhie +628537482732.
Dari airport, oleh kerana kami tiba telah malam, jadinya aku meminta pak supir hantar kami terus ke hotel penginapan kami di kawasan Kuta iaitu di Rabasca Angkul-Angkul Resort. Aku menempah hotel melalui agoda.com selama 4 malam disini. Malas nak pindah2 hotel sebab itulah aku booking terus 4 mlm disini. Harga pula aku dapat lebih kurang RM 60 semalam. Jadi lebih kurang RM 30 sorang sahaja. Alhamdulillah bilik yg kami booking tidak menghampakan, bilik bersih, terletak di pusat kota, bersebelahan kedai muslim masakan padang, hotel ada kolam lagi.
Hari pertama di Bali, malam tersebut kami tak keluar kemana2, hanya betehat di bilik sahaja. Berehat utk persediaan tour pd esok harinya.
Trip Bali Day 2
Trip Bali Day 3
Trip Bali Day 4
Trip Bali Day 5
Trip Bali Day 2
Trip Bali Day 3
Trip Bali Day 4
Trip Bali Day 5
1 comment:
Serunya :)
Watch movie
Post a Comment