Sunday, December 6, 2015

Trip ke Bali day 2

Hari kedua di Bali kami mulakan dengan tour bersama pak supir. Supir siap menunggu tepat jam 8.30 pagi tepat seperti masa yang dijanjikan. Kami mulakan tour pertama di Bali dengan menyaksikan pertunjukan tarian Barong di kawasan Denpasar dalam daerah Badong. Tiket masuk menyaksikan tarian ini adalah sebanyak RP 100K seorang selama 1 jam.


Tamat persembahan tarian Barong kami bergerak pula ke kws pameran lukisan didaerah Gianyar. Banyak lukisan yg cantik disini tapi kami cuci mata sajalah, nak beli tak padan rasanya, mahal sangat. Sepanjang perjalanan kami banyak sangat kami melalui kawasan perkampungan yang memaparkan budaya ukiran masyarakat Bali. Penduduk Bali amat hebat dlm seni lukisan, seni ukiran batu dan kayu malahan yg terbaru ukiran kaca yang digabungkan dgn ukiran akar kayu.


Seterusnya kami bergerak ke daerah Kintamani. Namun, sebelum sampai ke daerah Kintamani, singgah dulu mengopi percuma di satu kebun kopi Satria . Disini kami diterangkan jenis2 kopi dan cara pembuatannya. Juga kopi terkenal di Indonesia kopi luwak. Rupanya sekarang baru kutahu rupanya biji lopi ini ada jantan dan betinanya. Disini kami diberi rasa secara percuma semua jenis kopi yang dihasilkan oleh kebun ini. Namun utk mencuba kopi luwak bayaran RP 50K dikenakan bagi secawan kerana kopi ini paling mahal disebabkan kesusahan untul memprosesnya. Kami juga dapat kenal binatang yang dipanggil luwak tersebut. Rupa dan bentuknya seakan musang. Cuma luwak lebih kecil sedikit. Binatang ini lebih suka tidur pada siang hari tapi amat aktif di waktu malam.






Selesai mengopi dan beli sikit ole2 utk dibawa pulang, kami bergerak terus le kws kintamani yg mana dapat lihat panorama Gunung Batur yang amat indah sekali. Untuk memasuki kawasan wisata Kintamani ini dikenakan bayaran RP 15K seorang. Inipun disebabkan pak Supir mengatakan kami ini orang Jakarta. Jadi kiranya orang tempatanlah. Kalau bagitau org Malaysia, dia caj RP 50K seorang. Mobil pula RP 5K. Kawasan Kintamani ini memang indah sekali panoramanya ditambah dengan pemandangan gunung Batur dan juga sebuah Danau dibawahnya. Tapi yang tak syoknya tu, jurujual jalanan yg begitu gigih menawarkan barangan mereka sampai kami naik rimas jadinya. Walaupun di bagitahu secara elok tak mau tapi dihulurkan juga pada kita. Alih2 kami cari pak supir dan bergerak blah terus dari situ.




Tengahari itu kami makan direstoren halal Kintamani secara buffet dengan bayaran RP 121K seorang. Makanannya not bad lah. Dikawasan restoren ini ada Musholla sekali untuk bersembahyang.




Selesai makan tengahari, pak supir membawa kami melawat ke kawasan padi bukit di Tegalalang. Masuk kws ini uga sama, kena tiket RP 15K seorang. View kat sini mmg awesome. Ramai dari pelancong sanggup turun kebawah bukit utk mendapatkan kawasan yg lebih cantik utk snap gambar. Kami pun sama gaklah, hehe.




Puas di Tegalalang kami bergerak terus ke Kuta dan sebelum ke hotel singgal dulu ke kws shopping Krishna. Kat sini banyak souvenier boleh dibeli dijadikan ole2. Kami pun membeli jugalah beberapa barangan sebagai ole2.


Kami sampai di hotel tepat jam 7 malam dalam keletihan amat sangat. Cadangnya ingin jalan2 sekitar pekan Kuta, tapi akhirnya kami berehat di bilik sahaja pada malam itu. Berehat utk esok pula......


Trip Bali Day 1
Trip Bali Day 3
Trip Bali Day 4
Trip Bali Day 5

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails