Tanggal tarikh 23 hingga 26 Oktober 2015 yang lalu, aku telah berjaya menyempurnakan secebis impianku untuk berkayuh basikal secara Solo. Kayuhan ini boleh dikatakan sebagai percubaan pertama untuk satu lagi impian besar selepas ini. Kayuhan ini bermula dari pekan Sungai Buloh. Sebenarnya aku boleh bermula dari kota Kuala Lumpur lagi tapi disebabkan memikirkan keadaan trafik yang sesak, aku rasa lebih elok aku keluar terus dari kesibukan kota Kuala Lumpur dan memulakan kayuhan di Sungai Buloh. Maka bantuan rakan dari Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur digunakan untuk menghantar aku dan jenteraku ke Sungai Buloh.
Persediaan basikal diikat diatas hilux untuk dihantar ke destinasi permulaan.
Bersama-sama pegawai dari Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
Bersama Ketua Unit Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
Sempadan daerah Kuala Selangor, masa ni lebih kurang baru 15 km.
Berhenti rehat setelah kayuhan selama 30 km.Melalui pekan Sungai Buloh, Kota Puteri dan menghampiri Bukit Rotan.
Cuaca hari pertama ni memang menyebelahi aku kerana redup sahaja. Walaupun tahap IPU pada bacaan tidak menyihatkan tapi aku gagahkan jugak kayuhan ini demi suatu matlamat yang ingin digapai.
Kayuhan hari pertama ni aku hanya berehat sekali sekala sahaja. Hentian pertama ialah setelah 30 km. Hentian kedua ialah setelah 25 km dan sekali ngan makan tengahari merangkap sarapan pagi.
Hentian ketiga pula setelah berkayuh 20 km dan begitulah seterusnya aku cuba mendisiplinkan diri untuk meneruskan kayuhan sejauh 110 km pada hari ini.
Stesyen bas di tepi jalan seperti menjadi satu kemestian untuk berhenti sekejap. Tak lama pun, cukup menghilangkan penat dan dapat baring sekejap dan aku teruskan kembali kayuhan.
Mungkin disebabkan berkayuh solo aku dapat berbuat begini. Kalau berkayuh ramai2 rasanya mau dekat 30 minit ke sejam sekali rehat. Memang ada kelebihan dan kekurangan bila kita berkayuh secara solo. Yang besnya masa jadi cepat dan layan jer diri sendiri. yang tak bestnya pula mungkin dari faktor keselamatan dan boring tak ada sapa nak bercakap.
Menghampiri Sabak Bernam, berhenti sekejap untuk bergambar tanda dah masuk kawasan penamat kayuhan hari pertama.
Akhirnya tiba juga di Hotel Sabak Bernam dengan kadar sewa RM 85 semalam. Tamat kayuhan 110 km pada hari ini. Alhamdulillah, jentera bekerja dengan baik sekali, tiada apa2 masalah pada basikal. Jenteraku mendapat layanan istimewa apabila basikalku dibenarkan diletakkan diruangan bilik VIP Hotel jadi tak perlulah aku angkat masuk sampai ke bilik.
Dah setel bab basikal, apa lagi masuk bilik dan merehatkan diri, dan plan untuk kayuhan esok hari dari Sabak Bernam ke Pantai Remis.
Hari Kedua 24 Oktober 2015.
Kayuhan hari ini bermula dari Sabak Bernam dan akan melalui Hutan Melintang, Guntong, Lekir, Sitiawan, Manjung, Segari dan Pantai Remis.Jarak lebih kurang 120 km. Cuaca juga amat baik pada hari kedua ini. Tidak panas dan tidak pula hujan. Mendung sepanjang hari.
Bergambar dahulu dihadapan hotel sebelum meneruskan kayuhan hari kedua. Seawal jam 7.pagi lagi dah start keluar. Pasang lampu untuk bagi signal pada kereta dan motor.
Jambatan selepas simpang Hutan Melintang nak ke Sitiawan. Tinggi jugak jambatan ni.
Tu dia tak jauh dah. Layan jer, penat kita berhenti, habis rehat sambung kayuh balik.
Letih, rehat lagi bang. Entah kedai sapa la ni.
Menghampiri Sitiawan. Tengok pokok padi kiri dan kanan jalan, bukan main jauh dan sayup. Dalam hati bila la nak jumpa pokok-pokok besar tepi jalan dan nampak rumah2 orang. Ada la dalam 15 km jalan macam ni.
Layan bang.....
Melepasi pekan Stiawan, bergabung dengan beberapa rakan dari Pusat Kokurikulum Penang yang sanggup datang menemani untuk kayuhan ku ini.
Rakan semasa belajar di USM iaitu Mejar Amir Azmi.
Inilah dia dua rakan yang sanggup mai dari jauh bersama isteriku.
Menghampiri Segari. Jalan naik turun. Lorong juga semakin sempit untuk berkayuh.
Akhirnya sampai juga ke Pantai Remis.Alhamdulillah. Meter basikal sudah 110km. Namun Homestay malam ini ada 10 km kayuhan lagi. Berhenti makan dahulu disini.
Akhirnya 120 km kayuhan. Jentera masih berfungsi dengan baik.
Hari ketiga 26 Oktober 2015.
Kali ini kayuhan dari Pantai Remis hingga ke Taman Impian Indah, Alma. Jarak kayuhan 110 km. Hari ketiga ditemani tiga lagi rakan pengayuh, jadi taklah rasa boring dah. Laluan hari ini, Pantai Remis, Terong, Changkat Jering, Taiping, Kemunting, Bagan Serai, Nibong Tebal dan Alma.
Hari ketiga cuaca agak panas sedikit. Area Changkat Jering bergabung lagi dengan 2 rakan rider dari Pusat Kokurikulum menjadikan enam semuanya.
Selfie dulu sebelum memulakan kayuhan.
Atas jambatan Nibong Tebal
Cantik jer suasana pagi area pekan Pantai Remis ni.
Mercu tanda Taiping. wajib bergambar disini.
Tanda kepuasan setelah 3 hari berkayuh. Semangat untuk menamatkan kayuhan.
Akhirnya sampai jua kedestinasi. Disambut dengan air hujan yang begitu lebat sekali
3 km nak sampai memang lebat betul.
Kepuasan jelas tergambar di wajah. Tamat 340 km kayuhan dari Sungai Buloh ke Pulau Pinang.
Alhamdulillah tamat kayuhan dengan sempurna tanpa apa2 kerosakan mekanikal pada basikal dan tuan dia pun berada dalam keadaan selamat dan sihat. Terima kasih pada kawan-kawan yang sanggup datang menemani berkayuh pada hari terakhir. Jua jutaan terima kasih pada isteri tercinta yang juga sanggup turun menemani kayuhan walaupun escort dengan kereta, jasamu tetap dikenang.
2 comments:
Congrats! Kagum dengan usaha En. Kayrol!
Sekadar mengisi masa terluang dan mengisi hobi sahaja puan
Post a Comment