Alhamdulillah selesai jua menghadapi situasi berdebar-debar bagi menghadapi acara Full Marathon yang pertama di Marathon Jitra yang berlangsung pada 12 November 2016 di Tasik Bandar Darul Aman, Kedah. Aku bertolak awal dari Pennag selepas kerja pada hari Jumaat dan singgah dahulu mengambil race pack di Hotel BdB bandar Darul Aman sebelum menumpang tidur di rumah bapa saudara di Taman Gemilang.
Acara Full Marathon akan bermula pada jam 4.00 pagi. Jadi aku terpaksa bertolak awal seawal jam 2.00 pagi dari rumah. Sampai di Tasik Darul Aman jam 2.45 petang macam tu. Buat sedikit persiapan dan streching sikit dan kami dilepaskan pada jam lebih kurang 4.20 pagi. Tak ramai sebenarnya yang join Full Marathon ni. Kategori Lelaki cuma 65 orang dan Perempuan 6 orang.
Aku bermula sedikit perlahan bersama Ust Lah dimana kami facing berdua. Kami berada didalam kelompok depan juga boleh dikatakan. Cuaca pagi tu nyaman sahaja dan nampaknya di 10 km pertama ini memang terasa selesa berlari. Kami melepasi water station 1 dan ke 2. Sempak meneguk segelas air mineral dan 100 plus. Petugas Marshall bermotosikal sentiasa mengekori pelari-pelari. Boleh dikatakan mantaplah petugas2 kali ini. Jam menghampiri pukul 5 pagi, aku dan Ust Lah masih berlari seiringan dan kami berlari bersama sehingga lebih kurang km ke 25. Apabila jam menghampiri 6.45 pagi terpaksa berhenti sembahyang Subuh di tepi jalan sahaja kerana tak kelihatan masjid langsung di sepanjang laluan.
Selesai sembahyang Subuh nampaknya apabila nak meneruskan larian terasa sedikit malas dan kaki nak push pun terasa tak nak melangkah. Ajak Ust Lah berhenti berjalan sekejap bagi rest otot kaki kemudian mula lari balik, ketika ini ada 2 3 orang runner yang memotong kami. Namun bila menghampiri km ke 28 aku minta Ust Lah untuk terus berlari dahulu kerana tidak mahu melambatkan rentaknya dan aku berlari perlahan2 dibelakang. Sekejap berlari dan sekejap berjalan.
Menghampiri km ke 30, hati sedikit berbunga sebab terasa sikit lagi nak push. Lari slow2 sahaja, sehingga melepasi Politeknik Jitra dan nampaknya kaki macam nak buat perangai. Dia mula mai krem. Memang takleh nak lari dah. Terpaksa berjalan, tapi dalam rentak laju sedikit. Kemudian cuba lari sikit dan berjalan lagi.
Bila hampir km ke 33 mula nampak kelibat ramai runner yang masuk acara 10 km dan 5 km. Takpa aku tetap berjalan dan berlari selang seli dan melepasi laluan grup ini dan papan tanda di tepi jalan menunjukkan lagi 6 km nak selesai. Nampak satu water station, berhenti telan salt stick sikit dan cuba berjalan dulu dan berlari perlahan dan alhamdulillah krem semakin hilang dan aku teruskan larian perlahan tapi lama sedikit dan kemudian berhenti rest dan macam itulah aku buat dan bertahan sehingga menghampiri 2 km terakhir.
Dan akhirnya nampak Tasik, ingatkan dah hampir habis tapi petugas minta pusing tasik dahulu, mak oii, bukan kecik tasik ni... Paling belakang tengok jauh lagi runner2 lain dan aku perlahankan larian dan berttahan untuk habiskan larian dan Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku ke garisan penamat dengan masa 4 jam 41 minit 11 saat....
Walaupun azab terasa puas bila habiskan larian dan dalam hati rasa2 mungkin larian hari ini berada dalam kedudukan belas-belas sahaja sebab tak ramai runner yang potong masa berlari tadi. LAgi puas bila dikalungkan medal Finisher dan dapat pulak T Shirt Finisher 42 km. Fuhhh hebat rasanya. Satu kebanggaan dalam diri bila dapat mengatasi kemampuan dalam diri dan menghabiskan larian Full Marathon.
No comments:
Post a Comment