Monday, December 12, 2011

Pengalaman pertama Beli emas

Setelah lama aku dok buat sedikit kajian tentang peluang pelaburan emas kat Malaysia ni, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang ni.
.
Aku mengambil keputusan untuk join pelaburan emas dengan emas PublicGold. memandangkan PublicGold ni office dier kat Penang jadi senanglah sikit nanti nak berurusan.
Setelah buat kajian tentang cara-cara pelaburan emas PublicGold dan macam mana nak buat untung dari pelaburan ni, aku mengambil keputusan untuk terus menceburinya setelah yakin dengan prospek dalam bidang pelaburan ni.
Aku mengambil keputusan untuk terus menjadi dealer dimana setiap dealer baru harus membuat pembelian emas sebanyak RM 20,000.00 atau lebih. Jadi memandangkan aku ada sedikit lebihan duit dari proses jual beli tanah sebelum ini, tidak rugi rasanya untuk terus menjadi dealer.
.
Jadi pada pagi tadi aku pun faks satu surat kat Public Gold Penang menyatakan butir peribadi dan juga item yg aku ingin beli dan aku pun lock harga untuk emas i-series Public Gold. Beberapa jam selepas itu PublicGold telah email kembali kepadaku tentang sale order dan jumlah sebenar aku harus bank in kepada mereka. insyaAllah pagi esok aku akan terus ke Public Bank untuk bank in duit dan berdaftar sebagai dealer sah Public Gold. Lepas ni bergelar saudagar emas lah aku nampaknya. Semoga rezeki aku ada kat sini.
.
Nantikan nanti cerita aku setelah bergelar dealer emas.

Saturday, December 3, 2011

Terkini Sistem Gaji Baru SBPA

Bahan ini di terima dari sahabat Mohd Zulkifli Jaafar yg pegi taklimat bersama KPPM pada 29 November 2011
Bahan yg tepat dan complete sila rujuk pekeliling yang bakal diedarkan
.
SELEPAS INI TIADA LAGI GRED DG 41, 44, 48,52,DAN 54....
.
SEMUA GRED DG ITU DIGANTI DENGAN 1-1,1-2,1-4,1-5 DAN 1-6....
.
( 1-3 TAK ADA OK )
.
KENAIKAN TAHUNAN UNTUK
DG 41 ...RM 230
DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320
.
GAJI PERMULAAN DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....MAKSIMUM RM 6220
.
GAJI PERMULAAN DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....MAKSIMUM RM 7235
.
GAJI PERMULAAN DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....MAKSIMUM RM 8710
.
GAJI PERMULAAN DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....MAKSIMUM RM 9610
.
GAJI PERMULAAN DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....MAKSIMUM RM 11,505.. WOOOOOW
.
SEMUA KENAIKAN PANGKAT TIDAK LAGI BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN JAWATAN TETAPI BERGANTUNG KEPADA TAHAP PRESTASI DAN SYARAT KELAYAKAN. SESEORANG GURU BOLEH MENCAPAPAI KE TAHAP DG 54 ( 1-6 ) SETELAH 25 TAHUN BERKHIDMAT
,
KENAIKAN PANGKAT DARIPADA
.
DG 1-1(41) KE DG 1-2(44) 8 TAHUN,
DG 1-2 (44) KE DG 1-4(48) 8 TAHUN,
DG 1-4 (48) KE DG 1-5(52) 6 TAHUN DAN
DG1-5 (52) KE DG 1-6 (54) 3 TAHUN SAHAJA
.
SYARAT SAH DLM PERKHIDMATAN HANYA 6 BULAN DAN 5 HARI MENDUDUKI KURSUS INDUKSI
GAJI KAKITANGAN AWAM AKAN DISEMAK SETIAP 3 TAHUN SEKALI, BERMAKNA 2015 ADA LAGI SEMAKAN, DEMIKIAN JUGA PADA 2018.
PADA 2013 DAN 2016 KADAR ELAUN AKAN DISEMAK SEMULA, DAN PADA 2014 DAN 2017 PELARASAN GAJI AKAN DILAKUKAN BERGANTUNG KEPADA KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN SUPAYA MENJELANG 2020
PENDAPATAN PERKAPITA KAKITANGAN AWAM PADA 2020 ADALAH USD15,000 KAKITANGAN AWAM YANG TELAH BERHENTI ATAU KELUAR....BOLEH MEMOHON SEMULA....
.
wallahualam maklumat ini utk dikongsi bersama

Warna warni Kursus Pentarafan Jurulatih Kanan Kebangsaan dan Panel kejurulatihan Kebangsaan

Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar Kedah.
Tarikhnya 28 November hingga 2 Disember 2011.
Peserta terdiri daripada 17 Calon Jurulatih Kanan Kebangsaan dan
2 orang calon Panel Kebangsaan..
Keputusan semua calon lulus dengan cemerlang.
Bakal menghadapi sesi praktikal di Cabaran Perak pada bulan Julai 2012 nanti, InsyaAllah.
Sesi Ice Breaking...kenaal diri dulu.....
Tekun menjawab soalan ujian bertulis. 3 jam lamanya, berasap jugak dibuatnya...
Masing-masing tunduk tekun menjawab....
Barisan panel penemuduga.....
Sesi ujian kecergasan...
......pikul beban 50 meter......
.....larian 2.4 km - 25 minit......
.....bangkit tubi - 25Sesi seminit.....
.....tekan tubi - 20 seminit.....
Sesi ujian renang - 200 meter - 15 minit
Alhamdulillah aku berjaya catat masa 5 mnit 10 saat....terpantas tu...
En Mat Yamin, Ketua Penolong Pengarah kanan di BKK sempat luang masa
bersama calon dalam sesi Pengucapan Awam
Sesi pengucapan awam...Macam-macam stail ada....
Barisan panel yg kejenya bagi org gabra......

Sedikit Info tentang Skuba

Sedikit perkongsian Ilmu tentang Aktiviti Selam Skuba
.
Dipetik dari wikipedia.
.
SCUBA adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri); sebagaimana Radar, ringkasan ini menjadi begitu biasa sehinggakan huruf besar sering ditinggalkan. Secara ringkas, selaman scuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan dengan menggunakan peralatan yang dipakai oleh penyelam, yang membekalkan bekalan udara dan dengan itu membenarkan penyelam kekal lama bawah air untuk tempoh masa yang lama.
.
Terdapat dua jenis peralatan SCUBA:
.
Aqua-Lung - sistem yang terdiri dari tangki atau silinder menyelam yang mengandungi gas pernafasan bertekanan tinggi yang bersambung dengan penyelia selaman (diving regulator) yang membekalkan penyelam dengan gas pada tekanan yang sesuai untuk pernafasan pada kedalaman penyelam. Jenis peralatan SKUBA ini dikenali sebagai 'litar terbuka' kerana gas hembusan dibebaskan pada persekitaran.
.
Pengitar nafas - membekalkan penyelam dengan gas pernafasan daripada silinder menyelam dan penyelia selaman tetapi mempunyai mekanisma lain yang mengitar semula gas hembusan dengan selamat. Jenis peralatan SCUBA ini dikenali sebagai 'litar tutup'. Penggunaan gas secara ekonomi membenarkan penyelam masa yang lebih panjang berbanding peralatan 'litar terbuka'.
.
Pilihan lain kepada peralatan SCUBA adalah:
.
selaman bebas - menyelam dalam air dalam satu nafas.
.
snorkeling - sejenis selaman bebas yang mulut dan hidung penyelam berada di bawah air ketika bernafas kerana penyelam mampu bernafas melalui tiub pendek yang dipanggil
.
snorkel.selaman dibekal dari permukaan - kebanyakannya digunakan oleh penyelam profesional untuk selaman dalam atau tempoh yang lama dimana terdapat salur udara menyambungkan penyelam dengan permukaan yang membekalkan gas pernafasan, air panas untuk memanaskan pakaian selam dan komunikasi suara.

Monday, November 28, 2011

Kursus lagi......

Akan bergerak ke Hotel Seri Malaysia Alor Star sekejap lagi.....Kat mana entah hotel ni....katanya dekat dengan Stadium Alor Star.
.
Takpalah sekejap lagi tolak sampai sana, pusing-pusing carilah sampai dapat.
Akan berkampung kat sana selama 5 hari 4 malam kerana Kursus Pentarafan Jurulatih Kanan Kebangsaan, Jurulatih Pusat Kokurikulum Malaysia.....
.
Harganya yang mahal juga terpaksa dibayar untuk ke sana kerana bateri kete pulak buat hal, habis melayang RM 300 ganti bateri baru. Kalau tak disebabkan kursus ni takdenya aku nak tukar lagi bateri tu...

Friday, November 18, 2011

Musim cuti dah mula......


Selamat bercuti diucapkan kepada semua anak-anak muridku, pada guru-guru dan pada rakan-rakan semua. Korang bestlah boelh cuti, tapi aku tetap sama gak...cuti sabtu dan ahad sajer. Bilalah aku boleh merasai kembali saat bercuti sekolah...Lama dah rasanya, ada lebih kurang 6 tahun dah tak bercuti panjang. Paling lama pun aku ambik cuti 7 hari sahaja. Inilah nasib bila memilih untuk bertugas di Jabatan Pelajaran ni.
.
Kan best bila tiba time cuti panjang, boleh plan gi jalan-jalan lama-lama sikit. Ini tidak baru plan nak cuti panjang, ada saja tugasan yang datang. Mesyuaratlah, kursuslah, program lagi. kadang-kadang tu tak terkejar rasanya.
.
Cuma yang untungnya aku ni, sebab dok kat Pusat Kokurikulum, suatu bidang yang boleh dikatakan kene dengan jiwa aku. Penat macam mana pun stay cool sahaja. Member lain yang dok kat pejabat pendidikan daerah dan pejabat pelajaran, baru masuk dalam 2 atau 3 tahun dah sibuk nak balik sekolah balik. Nak buat macam mana kawan-kawan dah kat situ rezeki kita. Buat dengan reda dahlah.
.
Amanah yang kita terima walaupun berat, hadapilah dengan tenang dan sabar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....
.
Oklah sekali lagi selamat bercuti semua kawan-kawan dan anak-anak murid semua......
Jagalah keselamatan korang di musim cuti ni, Ingat jangan main air banjir, Bahaya.
.
Aku malam ni, akan bertolak ke Kelantan pula, Lawatan Penanda Aras ke Pusat Kokurikulum Kelantan. Di samping boleh sulam bawak rakan-rakan pejabat dan Jurulatih Penang jalan-jalan cari makan kat Kelantan.

Gua Tempurong, Perak

Gua Tempurong, pasti korang semua pernah dengar nama ni kan...Terletak berdekatan pekan Kampar dan Gopeng. Kalau nak kesini dari Lebuhraya Utara-Selatan, masuk sahaja melalui Simpang ke Gopeng dan belok ke kiri selepas tol. Simpang ke Gua Tempurong lagi 5 km dari simpang tol Gopeng ni. Dari tol Gopeng, simpang ke Gua Tempurong terletak di sebelah kiri dan dari simpang masuk Gua Tempurong jaraknya lagi 2 km ke dalam.
Lawatan aku kali ini adalah kesinambungan dari Program TOT Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Untuk masuk ke Gua Tempurong pihak APT KOnsortium iaitu pihak yang menguruskan kawasan Gua Tempurong ini menyediakan 4 pakej yang boleh dipilih oleh para pelancong. dari yang tahap santai ke tahap paling mencabar sekali. Untuk harga pakej dari pihak APT korang boleh klik saja kat sini.
Kali ini aku memilih pakej paling mencabar iaitu pakej Grand Tour yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan kos RM 22 seorang. Pakej Grand Tour yang paling mencabar sekali yang memerlukan peserta untuk merangkak, menggelongsor, menyelit dicelahan lubang gua dan juga meranduk air. Pendek kata pakaian gerenti basah dalam pakej ini.
Kami ditemani oleh seorang Jurupandu dari pihak APT iaitu Abg Halim. Semasa permulaan perjalanan Abg Halim menerangkan kepada grup aku pembentukan stalagtit dan stalagmit. Dalam kesamaran lampu di dalam gua, Abg Halim juga menunjukkan kepada kami akan dinding gua yang menyerupai benda-benda tertentu seperti tikus, Osama Laden, Rama-rama, potret Monalisa, Janin babi, perempuan membasuh rambut, imam dan makmun sedang bersolat dan macam-macam lagi. Semua ini sukar dilihat dengan mata kasar sebenarnya. Apabila diamati dengan betul-betul, baru kita dapat melihat sebenarnya.
.
Ketika berada di puncak Gua Tempurong, kami dapat menikmati udara segar seperti dalam gua ini dipasang Aircond pulak. Kat sini segar sikit rasanya setelah penat memanjat anak-anak tangga untuk samapai di sini.
Setelah 1 jam melalui kawasan bercahaya di dalam gua, tibalah saat kami akan menghadapi suasana gelap sebenar di dalam gua. lampu akhirnya dipasang. Kami mula melalui trek sebenar di dalam gua. Tiada lagi laluan bersimen. Kami pula mula meranduk air.
Keadaan sempit dalam gua memerlukan kami menunduk dan juga kadangkala merangkak untuk melalui laluan tersebut. Sesekali Abg Rahim telah mengenakan beberapa peserta yang berada di hadapan, dimana pada satu kawasan dimintanya peserta supaya merangkak didalam air, tetapi sebenarnya disebelah tepi boleh dilalui tanpa perlu merangkak, hanya perlu tunduk sedikit sahaja.
.
Apabila keadaan ini disedari, riuh rendahlah dalam gua dengan hilai tawa kami. Bukan sekali Abg Rahim mengenakan peserta dihadapan tapi sampai empat kali. Itu yg membuatkan kami riuh rendah dalam gua.
Ada satu kawasan tu pulak dimana kami terpaksa menggelungsur kerana tebing yang curam dan licin. Seorang demi seorang melepasi halangan tersebut. Rakan yang turun awal membantu menahan peserta yang baru hendak turun bergantung. Satu cerita menarik apabila seorang peserta takut untuk turun, lebih kurang 10 minit dok terketar-ketar kat atas. Setelah dipaksa barulah dia hendak turun. Itupun aku terpaksa menjerkah baru dia nak turun.
Laluan terakhir sebelum kami keluar dari gua, kami terpaksa melalui dengan mengharungi laluan sungai sampai ke penghujung gua. Terasa seronok sekali apabila dapat kembali ke gua setelah lama tidak membuat aktiviti sebegini. Bagi aku Gua Tempurong tidaklah teruk mana untuk ditempuhi jika nak dibandingkan dengan gua Wang Burma di Perlis. Ini mungkin gua ini sering menerima pelancong yang ramai setiap hari.
.
Kalau nak rasa pengalaman masuk gua dan korang tak nak yang terlampau 'adventure', Gua Tempurong adalah tempat yang sesuai bagi korang semua.
Bergambar kenangan setelah keluar dari gua. Syok bukan apa sebab dapat melihat kembali cahaya mentari setelah bergelap selama 4 jam kat dalam tu.
.
Nak info lebih lagi korang lawatlah sendiri web site Gua Tempurong ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails