Thursday, March 10, 2011

Keputusan Rasmi Malaysia lawan Pakistan pusingan kedua

Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya mengekang kemaraan Pakistan dalam perlawanan timbal balik di stadiam Punjab, Lahore Pakistan. Walaupun beraksi dihadapan puluhan ribu rakyat Pakistan, Malaysia berjaya mengikat kemaraan Pakistan itu dengan keputusan 0 - 0. Dengan keputusan tersebut Malaysia menang dengan agregat 2 - 0.

Tahniah sekali lagi buat pasukan Malaysia yang berjaya mara ke pusingan kedua kelayakan Olimpik. Belum tentu lagi negara mana yang akan bertemu dengan pasukan kita nanti, keputusannya hanya dapat diketahui pada 30 Mac nanti apabila undian akan dilakukan di rumah Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), Bukit Jalil dan perlawanan pusingan kedua itu nanti akan berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan.

Kali pertama Malaysia berjaya ke temasya sukan Olimpik ialah di Munich Jerman pada tahun 1972 dan kali terakhir ialah di Moscow Russia pada tahun 1980. Namun begitu di Moscow, malaysia menarik diri dari temasya sukan tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afganistan pada waktu itu.

Harapan kami rakyat Malaysia, agar pasukan anak didik Ong Kim Swee ini akan meneruskan kecemerlangan Rajagopal dalam Piala AFF. Sekali lagi kami rakyat Malaysia ingin melihat Malaysia berjaya melangkah ke sukan Olimpik dalam arena bola sepak ini.

Go Malaysia....Go...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails