Monday, March 7, 2011

Panduan Menguruskan Pendakian ke Gunung Kinabalu

Setelah lama tak menulis, hari ini nak pecah rahsia sikitlah tentang bagaimana tata cara untuk menguruskan sesuatu program pendakian terutamanya ke Gunung Kinabalu. Ramai orang yang nak mendaki ke puncak tertinggi ini dan merupakan impian bagi sesetangah pendaki gunung untuk sampai ke kemuncaknya. Namun begitu disebabkan kos yang tinggi ramai yang terpaksa menyimpan impian dan hasrat tersebut.

Mungkin tidak ramai yang tahu untuk mendaki ke gunung Kinabalu kita boleh menguruskan sendiri dari tempat kita tanpa perlu melalui agen-agen pelancongan yang terdapat di sana. Jadi dengan cara ini kos mendaki dapat dikurangkan ataupun jauh lebih murah lagi. Baiklah kali ini saya pecahkan sedikit rahsia saya setelah empat kali berjaya menguruskan sendiri pakej ke Gunung Kinabalu ini.

Untuk mendaki ke Gunung Kinabalu dan cuba untuk mendapatkan harga yang terendah sekali ialah dengan cara kita menyemak terlebih dahulu tarikh yang sesuai. Tarikh sesuai adalah pada bulan Mac hingga November setiap tahun. Anda seharusnya menyemak dahulu akan pakej tambang murah yang ditawarkan oleh penerbangan Air Asia ataupun FireFlyz. Lihat tarikh mana yang dapat pakej tambang murah. Setelah dapat tambang termurah sekali barulah kita telepon Sutera Santuary Lodres (SSL) iaitu syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan semua pakej pendakian ke Gunung Kinabalu. SSL punya no telepon 088243629, 088245742.

Setelah dapat tarikh yang sesuai dengan kita dan confirm dengan SSL baru kita booking tiket penerbangan.Untuk pakej murah dengan SSL elok kita cuba mintak pakej untuk 2 hari 1 malam. Kos ini lebih murah jika banding dengan pakej 3 hhari 2 malam. Kalau 3 hari 2 malam ni hari pertama bermakna kita dah kena tidor kat Kinabalu Park. Pakej 2 hari 1 malam pulak kita kene sewalah hotel atau chalet yang ada banyak kat sekitar Kinabalu park tu. Rose Cabin adalah penginapan paling hampir sekali ngan Kinabalu Park. No teleponnya 088889233.

Antara kos yang perlu kita bayar kat SSL ini ialah harga pakej yang SSL tawarkan samada 3 hari atau 2 hari yang meliputi makan sepanjang pendakian, tempat tidor di Kinabalu park untuk pakej 3 hari , tempat tidor kat Laban Rata, permit mendaki dan Insuran peserta.
Yang kita perlu bayar masa kat Taman Kinabalu ialah kos Guide, Sijil dan pengangkutan ke Timpohon.

Kos yang ditawarkan ini lebih murah kalau kita arrangge sendiri. 50% kos dengan SSL perlu dibayar seminggu setelah dapat tarikh dan confirm dengan mereka. 50% lagi perlu dibayar 60 hari sebelum tarikh pendakian sebenar. Untuk pengetahuan anda juga untuk mendapatkan tarikh dan tempat yang sesuai untuk grup kita, tempahan haruslah di buat 6 bulan sebelum tarikh sebenar.

Untuk pakej mendaki Kinabalu ini kita boleh buat 5 hari 4 malam atau 4 hari 3 malam bergantung kepada kesesuaian kita. Hari pertama perlu menginap berdekatan Kinabalu Park kerana hari kedua merupakan hari mendaki kita. Hari ketiga turun dan hari keempat atau kelima merupakan hari untuk kita shopping dan ronda-ronda sekitar Kinabalu. Untuk penginapan yang murah kita boleh sewa penginapan ala backpacker iaitu di Kinabalu Lodges Backpackers atau Borneo Backpackers. Harga kat sini sekitar RM 25 seorang sehari. memang berbaloi. kalau nak stail apartment yang boleh diduduki secara berkongsi 12 ke 16 orang boleh stay kat Api-api Apartment. Api-Api Apartment boleh telepon no ni 0178362733.

ok setakat itu sahaja info kali ini, semoga berjaya arrangge satu trip yang hebat pada harga yang kita mampu bayar.

9 comments:

Are_NeeF_Bai said...

hye, mungkin saudara/saudari blh terangkan dgn lebh lanjut tentang cara2 maw boking utk naik gunung kinabalu.. Saya tanya agen harga dia bg rm500... mmg di luar kemampuan la sebab sy, msh study.. arap saudara/saudari lbh bgtaw sebab kalu maw nek guna agen mmg x mampu... tqvm..

kayrol said...

saya rasa memang sy dah ada terang tentang cara2 bagaimana mau booking sendiri, sila selak page saya yg lalu....

Metalasia said...

Harga skarang brapa agakny...start mendaki je...

plastik_06@yahoo.com said...

salamm jika urus sendiri anggaran berapa ea harga dia bagi tahun 2013??

Nurul Wahidah Mat Hedzir said...

to plastic_06, blog ni ada bgtaw latest rate 2013..maybe thsi blog can help u..
http://www.climbingmtkinabalu.com/search/label/Booking

lordshamz said...
This comment has been removed by the author.
lordshamz said...

Tips yang sangat berguna, terima kasih!

60hari.blogspot.com

Khairulanwar Sulaiman said...

saya ingin meminta kebenaran untuk mempamerkan artikel ini pada laman web saya www.bazoukcar.com. kredit akan di beri kepada pihak tuan. di harap pihak tuan dapat memberi maklumbalas secepat mungkin.

Ida Kushairi said...

As salam Encik.


Tumpang tanya...Bagaimana dengan urusan makanan semasa mendaki.Adakah harga makanan tanpa mengikut pakej agensi lebih tinggi sekiranya kita beli sendiri semasa di atas nanti.

Terima Kasih atas penjelasan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails