Monday, April 1, 2013

Travelouge Laos - Chiangmai - Bangkok - Episod 3

Setelah berjaya memperolehi tiket bas untuk perjalanan dari Chiangmai ke Bangkok dengan harga 563 bath seorang, kami bergerak dengan teksi ke penginapan kami di Lilu Chiangmai Hotel. Tambang kene dalam 150 bath. Sampai hotel dalam pukul 7.00 pagi. Kaunter pejabat masih belum buka, kene tunggu pukul 8.00 pagi baru staff sampai. Kami berehat sekejap depan hotel. First impression, hotel ni nampak ok dari luarnya, tak tahulah pulak bagaimana suasana dalam bilik.



Dalam pukul 8.00 pagi, staff hotel sampai dan membenarkan kami untuk check in pada pagi itu tanpa sebarang caj tambahan. Masuk bilik Alhamdulillah suasana bilik not bad. Diluar bilik ada disediakan air panas beserta dengan teh, kopi, gula dan creamer lagi. Boleh self servis. Ini sudah bagus. Lepas berehat sejam dua, kami mula untuk meninjau sekitar bandar Chiangmai, nak lihat apa yang ada kat sini. Kiranya hari ini merupakan hari keempat pengembaraan kami berdua.
Destinasi pertama yang nak dituju ialah pasar Anusan. Tujuannya ialah nak cari kedai makan Muslim. Jarak sekitar 1 km macam tu, lebih kurang  5 minit berjalan kaki. Pusing punya pusing kedai makan Muslim masih lagi tutup, so tak dapatlah nak bersarapan pagi tu. Kemudian terjumpa pulak dengan agen travel persendirian kat depan Anusan market tu. Ada yang offer 700 bath nak bawa kami keliling pecan Chiangmai sambil lawat beberapa tempat menarik. Mula-mula kami tak layan, jalan lagi kehadapan, ditahan pulak sorang lagi agen ni, dia offer 300 bath sajer. Wau murah betul. Perjalanan pergi balik ketempat lawatan hanya di caj 300 bath yang bersamaan 150 bath seorang.  Ini sudah bagus, apa lagi setuju terus. Kami dah deal nak pergi hanya beberapa tempat sahaja iaitu kilang paying dan kraftangan, kilang Thai Silk, Orchid Farm,  Tiger Kingdom, Elephant Camp, Monkey Camp dan Crocodile Camp.

 

 
Lawatan pertama ke kilang Payung dan Thai Silk. Menarik gak sebab tak pernah tengok lagi, Sarbar sebiji bekas letak pen dibuat dari buluh. Kemudian ka mi bergerak ke Tiger Kingdom. Bila sampai sana terkejut dengan harga tiket masuk lebih kurang 450 bath seorang. Harga nak bayar guide pun 300 bath saja. Itupun berdua, INi sampai 450 bath seorang. Tak boleh jadi. Tengok ikut belah luar sajalah. Memang jinak harimau kat sini, sampai boleh tidur atas perut dia. Duk lebih kurang 20 minit saja kemudian kami bergerak ke Monkey Camp dan Crocodile. Kami tak masuk walaupun dipujuk oleh guide kami. Bukan apa kos tiket masuk tu mahal sangat dan rasa tak berbaloi setakat nak tengok monyet dan buaya. Kat Malaysia pun banyak. Kami minta pakcik guide bawak kami ke Orchid Farm. Tiket mauk 80 bath seorang. Boleh tahanlah sikit. Duk pusing dalam 30 minit, akhirnya last sekali kami beralih ke Masae Elephant Camp.





Masae Elephant Camp ini ada show pukul 1.30 tgh. Tiket masuk 200 bath seorang. Oklah kami bayar yang ni jer mahal sikit takpa. Sebabnya nak tengok pertunjukan gajah tu. Masa show dapatlah tengok gajah main bola, melukis dan main pusing gelung. Cerdik sungguh gajah-gajah  kat sini. Selesai pertunjukan gajah kami mintak pak cik guide bawak kami balik terus ke hotel dan sebelum masuk ke bilik kami singgah terlebih dahulu di ST Tour sebelah hotel kami untuk menempah pakej tour ke Chiangrai dan Golden Triangles pada keesokan harinya. Setelah deal lebih kurang kami ambil pakej 150 bath untuk pakej ke Hotsprings, White Temples, Golden Triangles, Maesai, Yao dan Akha Hill Tribes serta suku kaum Long Neck Karen.






 

 

Pada sebelah malam kami menjelajah kembali kepasar malam disekitar Anusan Market. Sempat jugak makan malaam di restoren Muslim Roummet kepunyaan keturunan Islam dari Yunnan China.
Kat sekitar pasar Anusan ini ada banyak kedai makan Muslim. Tak susah untuk mencarinya, masuk sahaja ke dalam kawasan pasar anusan dan anda akan dapat melihat papan tanda kedai makan Muslim di sini. Selesai makan kami menjelajah lagi disepanjang pasar malam di sini sehinggalah membawa kami ke satu jalan yang dikatakan 90% masyarakat islam Chiangmai berada. Terdapat sebuah masjid pula disini yang dijadikan pusat kegiatan Islam masyarakat Thai Chiangmai. Dari pemerhatian kami kat sini pun banyak restoren Muslim dan ada satu syarikat pelancongan yang dikendalikan oleh orang Islam Thai dari Narathiwat dan mereka ini boleh berbahasa melayu.




Setelah letih dan jam pun dah dekat pukul 11 malam, kami pun mula beredar ke hotel penginapan kami. Esok nak memulakan perjalanan yang jauh ke utara Thailand di Chiangrai sampai ke Maesai. Pakej tour mula jam 7.00 pagi sampai jam 9.00 malam. Memang seharian yang meletihkan pada keesokan hari.

Selamat malam....
Travelouge pertama.
Travelouge kedua.

Bersambung Travelouge keempat.

 

5 comments:

Naramas Aman said...

Salam Kayrol,
Nampak menarik sangat perjalanan ini. Saya suka sangat melihat bunga okid yang cantik itu.

Di Thailand rasanya tidak susah mencari makanan halal. Ramai orang Islam di sana.

kayrol said...

Betul kak, kat Thailand ni mmg byk kedai makanan Muslim. Tak susah kalau nak backpack ke sini...

Unknown said...

Salam. Ingat tak apa nama jalan yg 90% penduduk Islam berada di siru tu? Saya pernah ke sana dulu tapi catatan/rekod dah hilang. Rasanya nak repeat ke sana.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
kayrol said...

itulah nama jalan tu saya lupa lak, tu yg tak tertulis nama jalan tu....tapi rasanya senang sahaja nak cari, just menyusur pasar malam Anusan tu sahaja, gerenti sampai....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails