Dalam pukul 8.00 pagi, staff hotel sampai dan membenarkan
kami untuk check in pada pagi itu tanpa sebarang caj tambahan. Masuk bilik
Alhamdulillah suasana bilik not bad. Diluar bilik ada disediakan air panas
beserta dengan teh, kopi, gula dan creamer lagi. Boleh self servis. Ini sudah
bagus. Lepas berehat sejam dua, kami mula untuk meninjau sekitar bandar
Chiangmai, nak lihat apa yang ada kat sini. Kiranya hari ini merupakan hari
keempat pengembaraan kami berdua.
Destinasi pertama yang nak dituju ialah pasar Anusan.
Tujuannya ialah nak cari kedai makan Muslim. Jarak sekitar 1 km macam tu, lebih
kurang 5 minit berjalan kaki. Pusing
punya pusing kedai makan Muslim masih lagi tutup, so tak dapatlah nak
bersarapan pagi tu. Kemudian terjumpa pulak dengan agen travel persendirian kat
depan Anusan market tu. Ada yang offer 700 bath nak bawa kami keliling pecan
Chiangmai sambil lawat beberapa tempat menarik. Mula-mula kami tak layan, jalan
lagi kehadapan, ditahan pulak sorang lagi agen ni, dia offer 300 bath sajer.
Wau murah betul. Perjalanan pergi balik ketempat lawatan hanya di caj 300 bath
yang bersamaan 150 bath seorang. Ini
sudah bagus, apa lagi setuju terus. Kami dah deal nak pergi hanya beberapa
tempat sahaja iaitu kilang paying dan kraftangan, kilang Thai Silk, Orchid
Farm, Tiger Kingdom, Elephant Camp, Monkey
Camp dan Crocodile Camp.
Lawatan pertama ke kilang Payung dan Thai Silk. Menarik gak
sebab tak pernah tengok lagi, Sarbar sebiji bekas letak pen dibuat dari buluh.
Kemudian ka mi bergerak ke Tiger Kingdom. Bila sampai sana terkejut dengan
harga tiket masuk lebih kurang 450 bath seorang. Harga nak bayar guide pun 300
bath saja. Itupun berdua, INi sampai 450 bath seorang. Tak boleh jadi. Tengok
ikut belah luar sajalah. Memang jinak harimau kat sini, sampai boleh tidur atas
perut dia. Duk lebih kurang 20 minit saja kemudian kami bergerak ke Monkey Camp
dan Crocodile. Kami tak masuk walaupun dipujuk oleh guide kami. Bukan apa kos
tiket masuk tu mahal sangat dan rasa tak berbaloi setakat nak tengok monyet dan
buaya. Kat Malaysia pun banyak. Kami minta pakcik guide bawak kami ke Orchid
Farm. Tiket mauk 80 bath seorang. Boleh tahanlah sikit. Duk pusing dalam 30
minit, akhirnya last sekali kami beralih ke Masae Elephant Camp.
Masae Elephant Camp ini ada show pukul 1.30 tgh. Tiket masuk
200 bath seorang. Oklah kami bayar yang ni jer mahal sikit takpa. Sebabnya nak
tengok pertunjukan gajah tu. Masa show dapatlah tengok gajah main bola, melukis
dan main pusing gelung. Cerdik sungguh gajah-gajah kat sini. Selesai pertunjukan gajah kami
mintak pak cik guide bawak kami balik terus ke hotel dan sebelum masuk ke bilik
kami singgah terlebih dahulu di ST Tour sebelah hotel kami untuk menempah pakej
tour ke Chiangrai dan Golden Triangles pada keesokan harinya. Setelah deal
lebih kurang kami ambil pakej 150 bath untuk pakej ke Hotsprings, White
Temples, Golden Triangles, Maesai, Yao dan Akha Hill Tribes serta suku kaum Long
Neck Karen.
Pada sebelah malam kami menjelajah kembali kepasar malam
disekitar Anusan Market. Sempat jugak makan malaam di restoren Muslim Roummet
kepunyaan keturunan Islam dari Yunnan China.
Kat sekitar pasar Anusan ini ada banyak kedai makan Muslim.
Tak susah untuk mencarinya, masuk sahaja ke dalam kawasan pasar anusan dan anda
akan dapat melihat papan tanda kedai makan Muslim di sini. Selesai makan kami
menjelajah lagi disepanjang pasar malam di sini sehinggalah membawa kami ke satu
jalan yang dikatakan 90% masyarakat islam Chiangmai berada. Terdapat sebuah
masjid pula disini yang dijadikan pusat kegiatan Islam masyarakat Thai
Chiangmai. Dari pemerhatian kami kat sini pun banyak restoren Muslim dan ada
satu syarikat pelancongan yang dikendalikan oleh orang Islam Thai dari
Narathiwat dan mereka ini boleh berbahasa melayu.
Setelah letih dan jam pun dah dekat pukul 11 malam, kami pun
mula beredar ke hotel penginapan kami. Esok nak memulakan perjalanan yang jauh
ke utara Thailand di Chiangrai sampai ke Maesai. Pakej tour mula jam 7.00 pagi
sampai jam 9.00 malam. Memang seharian yang meletihkan pada keesokan hari.
Selamat malam....
Travelouge pertama.Travelouge kedua.
Bersambung Travelouge keempat.
5 comments:
Salam Kayrol,
Nampak menarik sangat perjalanan ini. Saya suka sangat melihat bunga okid yang cantik itu.
Di Thailand rasanya tidak susah mencari makanan halal. Ramai orang Islam di sana.
Betul kak, kat Thailand ni mmg byk kedai makanan Muslim. Tak susah kalau nak backpack ke sini...
Salam. Ingat tak apa nama jalan yg 90% penduduk Islam berada di siru tu? Saya pernah ke sana dulu tapi catatan/rekod dah hilang. Rasanya nak repeat ke sana.
itulah nama jalan tu saya lupa lak, tu yg tak tertulis nama jalan tu....tapi rasanya senang sahaja nak cari, just menyusur pasar malam Anusan tu sahaja, gerenti sampai....
Post a Comment