Friday, April 17, 2015

Cara untuk Packing Ikan, Udang, Ketam dari Sabah

Jika siapa yang pernah ke Sabah dan pernah mengunjungi pasar ikan di Kota Kinabalu pasti teruja untuk membeli ikan, udang dan Ketam yang cukup segar dan besar-besar pula tu. dan yang paling pentingnya ialah murah.

Ramai orang bertanya boleh ker buat balik ikan tu ke semenanjung. Jawannya BOLEH YER..... takder masalah pun, TAPI korang kene la bungkus elok-elok. Ada 2 cara, pertma bungkus sendiri dan kosnya murahlah sikit dan cara kedua ilah upah sahaja orang yang jual ikan tu untuk bungkus, kosnya mahal la pulak iaitu RM 20 ke RM 30 bagi pek 5 kilo.

Kalau malas, just korang beli jer ikan, udang dan ketam tu ikut suka koranglah banyak mana, pastu suruh sahaja abang ikan tu tolong bungkuskan dan bayarlah caj tambahannya.

TAPI-TAPI kalau korang nak murah, kat sini saya share sikit macam mana kami buat.... caranya ialah lepas beli ikan, udang dan ketam tu, ikut suka la banyak manapun. Lepas tu korang pergi cari kedai kat tepi pasar tu yang ada jual kotak polisterin putih tu. Beli juga bersama salotape kelabu yang besar tu dan sedikit ais ketul. Lepas beli semua alat tu wat balik kat homestay atau hotel. Bekukan dahulu dalam peti ais jika lambat lagi nak flight korang.
Unttuk bungkus dalam kotak tu, ikan atau udang atau ketam tu korang bungkus dengan surat khabar terlebih dahulu, Lepas bungkus dgn paper masukkan dalam plastik dan masukkan beberapa ketul ais kedalam plastik dan ikat kemas plastik tersebut. Pastikan satu plastik hanya seekor ikan sahaja. seytelah semua ikan dan udang2 tu korang bungkus macam saya terangkan tadi masukkanlah dalam kotak polisterin tersebut, susun sampai penuh kotak dan masukkan lagi beberapa ketul ais tadi. Ini adalah untuk mengekalkan suhu sejuk. Lepas dah masuk semua dalam kotak, korang salotapelah kotak polisteren tu sampai tak nampak kotak putih.

Sekarang dah selesai, bolehlah naik flight, selamat  mencuba.....

13 comments:

never give up said...

Mksdny boleh bawa naik atas trus? Xprlu msuk.dlm kargo?

never give up said...

Mksdny boleh bawa naik atas trus? Xprlu msuk.dlm kargo?

atastanah said...

Tal boleh pakai polisterin dah sekarang. Baru tadi staf tak bagi boarding bawak polisterin tu. Dia suruh repack semula..pakai kotak pulak. Ruling baru katanya.

atastanah said...

*Tak boleh

Flight dari KK-KL. Pack semula kena rm20.

Maslan said...

Kalau guna chest cooler mcm Coleman atau Igloo tu boleh x?

shita said...

Laaa airasia dah xboleh pack guna polisterin ke?Baru ingat nk beli udang bwk blk KL

Unknown said...

Bawa ketam frozen naik airasia bulih ker?as hand carry..memang dah pack elok2..

syafiq said...

kotak yg mcm mane tu... msuk kargo atau hand carry ye...

Unknown said...

Kalau nk bwk balik dgn air asia mcm mna skg... Kedai boleh buat ke

Unknown said...

kalau nak bawak ketam hidup boleh ke??

Darwin99 said...

Sebaiknya anda pergilah ke kaunter dan tanya prosedur dia macamana. 5 hari lepas.. kawan saya nak bawa latok.. siap packing dalam polisterin tapi tidak dibenarkan untuk d bawa walaupun masuk kargo. Alasannya sebab sekarang sedang PKP.

Unknown said...

Saya pun bercadang nk bawa ikan segar dr sandakan ke pulau pinang 25july ini..
Tapi tak dapat tau lagi sama ada boleh bawa atau tidak..

Unknown said...

Tak boleh guna polisterin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails