Sunday, December 6, 2015

Trip ke Bali Day 3

Hari ketiga kami di Bali, masih gunakan khidmat Pak Supir dan hari ini tour kami dinulakan dengsn lawatan ke pantai sekitar Nusa 2. Kat sini pantainya memang amat cantik sekali dan terjaga rapi. Ini kerana di kawasan Nusa 2 terdapat banyak hotel-hotel bertaraf 5 bintang. Aktiviti kami di pantai ini lebih kepada mengambil gambar sahaja.




Sebenarnya dikawasan sekitar pantai Nusa 2 ini terdapat  banyak aktiviti sukan air seperti banana boat, snorkeling, skuba, melawat pulau oenyu dan macam2 lagilah aktiviti airnya. Kalau korang minat datang ke Bali untuk main bende alah ni bolehlah datang kesini. Bagiku cukuplah kat Malaysia ni main bende alah ni, kat Bali ni elok luangkan masa dengan berkunjung ketempat2 lain yg lebih menarik.






Selesai di Nusa 2, kami bergerak ke daerah Tanah Lot. Namun begitu dalam perjalanan kesana singgah makan dulu di restoren Muslim 'Pawon Pasundon', ataupun maksudnya Dapur Sunda. Disini makanan specialnya ialah hidangan ikan Flying Gurame. Cuba la jugak rasanya debgan harga RP 59K. Aku mencuba hidangan paket Pawon dengan harga RP 49K dan isteri mencuba hidangan paket Soto Bandung Goreng dengan harga RP 55K. Air pula kami cuba jus Sirsak dan jus Mangga dengan harga RP 21K segelas.




Perut dah kenyang kami bergerak ke Lippo Mall di Kuta untik mencari butik peralatan outdoor Eiger.
Tangkap la juga sepasang sandal bertali. Dari Lippo Mall kami bergerak terus ke Tanah Lot. Dari pekan Kuta ambil masa lebih kurang 40 minit juga untuk sampai kesini.


Untuk memasuki kawasan peranginan Tanah Lot ini setiap pengunjung dikenakan tiket dan seperti biasa pak supir memberitahu kami dari Jakarta dan dapatlah harga penduduk tempatan RP 15K seorang dan mobil RP 5K seorang.


Tanah Lot memang cukup indah sekali tempatnya. Terdapat banyak Pura atau kuil himdu disini dan merupakan tempat suci bagi masyarakat beragama Hindu. Disini hala sahaja lensa anda kearah mana pun, gambar pasti menjadi. Banyak jugalah kami membuat photo shoot di sini, sampai aku dan isteri berpeluh sakan. Cuaca waktu ni mmg pamas betul. Tak taham dengan kepanasan ni kami ajak pak supir balik terus ke hotel dari Tanah Lot.






Sampai hotel jam 5 petang, dengan satu miat nak berehat dulu dan nak meronda pekan Kuta malam ni. Sambung nanti Day 4 yer...

Trip Bali Day 1
Trip Bali Day 2
Trip Bali Day 4
Trip Bali Day 5

1 comment:

budokbituming said...

Terbaik la blog ni... banyak info.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails