Tuesday, December 15, 2015

Trip ke Bali Day 4

Hari ke 4, kami tidak lagi menggunakan khidmat Supir tapi menyewa sebuah motosikal jenis Vario dengan kadar sewa RP 60K. Kami sewa untuk tempoh 2 hari. Dekat Bali agak senang untuk sewa motosikal kerana memang ramai pengusaha pelancongan menyediakan khidmat sewaan motorsikal ini.

Sebelum datang ke Bali lagi aku memang telah survey beberapa pengusaha yang menyediakan khidmat ini, tapi lastnya aku sewa jer dengan pihak hotel kerana harganya pun sama sahaja. Kat Bali kita boleh bawa motor ke mana sahaja tanpa gangguan kecuali jangan bawak keluar dari Bali sudah. Mat Salleh ramai jer yang menunggang motor kat sini.

Destinasi kami yang pertama pagi ini ialah ke Pantai Kuta. Tetapi disebabkan pantai Kuta yang begitu panas walaupun pagi kami beralih arah ke tempat lain. Satu tabiat bawak motor atau keta kat Indon ni ialah, bila nak keluar jer dari parking hulurlah dalam RP 2K pada yang jaga parking tu.

Dari pantai Kuta kami menuju ke kedai menjual peralatan Outdoor iaitu Butik Consina di daerah Denpasar. Kami bergerak berpandukan GPS Google Map sahaja. Menyasar jugaklah mencarinya. Dari Kuta mengambil masa dalam setengah jam menaiki motor ke kedai ini. Alhamdulillah dapat juga jumpa kedai ini. Barangnya amat banyak pilihan jadi memang berbaloi kami meredah kesesakan jalan disini semata-mata untuk mencari kedai ini.











Pada sebelah petang balik dari Butik Consina ini kami hanya berehat di hotel sahaja dan berehat terlebih dahulu sebelum menunggu pemandangan matahari terbenam di pantai Kuta. View matahari terbenam di pantai Kuta dikatakan antara view yang memang cantik sekali. Kami keluar ke pantai Kuta petang itu pada jam 5.30 petang. Memang dah penuh dengan orang ramai di pantai pada waktu itu. Boleh dikatakan semua orang dah siap dengan kamera di tangan masing2 menunggu view terindah untuk dirakam.














Biarlah gambar sahaja yang berbicara keindahan sunset di pantai Kuta. Balik dari pantai kami terus pulang ke hotel dan hanya berendam di kolam hotel sahaja pada malam itu.

Trip ke Bali Day 1
Trip ke Bali Day 2
Trip ke Bali Day 3
Trip ke Bali Day 5

4 comments:

Farikica said...

Mmg kg murah klau kita sewa motor sendiri kn... sunset @ kuta cantik btl...

Farikica said...

*lg (typo)..hehe

Farikica said...

*lg (typo)..hehe

Farikica said...

Mmg kg murah klau kita sewa motor sendiri kn... sunset @ kuta cantik btl...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails