Tuesday, March 8, 2011

Gas Stove Camping Cooking

Memperkenalkan Mini Stove yang mempunyai kuasa api bakar yang cukup hebat sekali. Berbeza dari stove yang lain yang biasanya mempunyai penunu yang kecil.
Menggunakan gas panjang yang murah yang senang didapati dimana-mana sahaja seperti pasar mini, pasaraya dan kedai-kedai runcit.

Antara ciri-ciri utama:-

Saiz : 120 x 120 x 30 mm
Saiz of Extension : 180 x 180 x 30mm
Bahan : Magnesium Alloy & Heat resistant Stainless Steel.
Power Output : 3800W
Ringan & compact.
Tahan Lasak & rekabentuk menarik.
Folding gas flow valve.
4 tapak penyokong,.
Untuk kegunaan luar dan dikawasan terbuka sahaja.

Kaki Dapur

Saiz: Pemegang 90×70MM
Berat:75g
Tujuan;Menampung kedudukan stove
Certification:ISO9000

Didatangkan bersama dengan kakinya sekali dan penunu di simpan dalam beg yang kecil dan menjimatkan ruang beg anda.

Kami menawarkan harga dapur ini pada harga RM 80 sahaja.
Untuk belanja pos sila tambah RM 5 untuk pos laju. Pos biasa FOC.

Jika berminat sila hubungi saya di talian 013 4776002.



Monday, March 7, 2011

Pulau Jerjak Jejak Warisan Sejarah


Pulau Jerjak sebuah pulau kecil yang terletak di selatan Pulau Pinang. Ramai di kalangan kita dahulunya mengenali Pulau jerjak sebagai sebuah pulau tempat tinggalan ataupun kuarantin bagi pesakit Kusta. Pulau Jerjak mempunyai keluasan seluas 362 hektar. Dahulunya juga merupakan pusat penempatan bagi banduan yang di buang negeri.

Pada tahun 1910 pulau Jerjak telah dijadikan pusat kuarantin bagi pendatang yang dating ke Pulau Pinang. Pada tahun 1930 an pula sebuah hospital telah di bina bagi pesakit kusta. Pada tahun 1969 pula pusat pemulihan pesakit kusta ini telah dijadikan pusat penjara keselamatan tertinggi dan telah mendapat nama jolokan sebagai ‘Alcatraz Malaysia’. Namun bagitu pusat ini telah di tutup pada tahun 1993.
Jolokan nama panggilan yang tidak enak di dengar tentang Pulau Jerjak akhirnya pihak kerajaan telah beruasaha untuk mengubah imej Pulau Jerjak. Pada tahun 2000 beberapa pembangunan telah dimulakan di pulau ini. Sebuah resort dan spa telah didirikan. Akhirnya pada tahun 2004 Jerjak resort dan Spa akhirnya siap di bina.

Kini Pulau Jerjak telah bertukar imej dari sebuah pusat tahanan penjara, pusat pesakit kusta dan pusat tahanan banduan yang di buang negeri kepada sebuah pusat peranginan yang bertaraf antarabangsa. Pulau ini boleh dikunjungi dengan menaiki feri yang terdapat di bayan Lepas. JIka kita berkereta dari tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang kita harus membelok susur keluar ke kiri keluar dari jambatan dan hanya beberapa minit sahaja kita akan sampai disatu selekoh kiri menuju ke jeti ini. Terdapat satu papan tanda besar di sini.
Di Pulau Jerjak terdapat berbagai kemudahani yang menarik seperti chalet, dewan, swimming pool, kafe dan macam2 lagi. Dari segi aktivitinya pula seperti karaoke, bola tampar, wall climbing, flying fox,, basikal, jambatan gantung, spa, berbasikal, memanah dan bermacam lagi. Bagi mereka yang hendak berbulan madu di sini adalah tempat yang sesuai sekali bagi mereka yang dahagakan ketenangan dan kedamaian.
Untuk ke Pulau ini hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja dengan menaiki feri dari jeti Bayan Lepas ke Jeti Pulau Jerjak. Baiklah selamat bercuti ke Pulau Jerjak untuk satu lagi pengalaman menarik bagi diri anda.

Alamat Jerejak Resort and Spa
Jerejak Resort and Spa
Zone 4, Mk. 13, Pulau Jerejak,
Karung Berkinci 203
11900 Bayan Lepas,
Penang, Malaysia
Tel: 604-658 7111
Fax: 604-659 7700

Panduan Menguruskan Pendakian ke Gunung Kinabalu

Setelah lama tak menulis, hari ini nak pecah rahsia sikitlah tentang bagaimana tata cara untuk menguruskan sesuatu program pendakian terutamanya ke Gunung Kinabalu. Ramai orang yang nak mendaki ke puncak tertinggi ini dan merupakan impian bagi sesetangah pendaki gunung untuk sampai ke kemuncaknya. Namun begitu disebabkan kos yang tinggi ramai yang terpaksa menyimpan impian dan hasrat tersebut.

Mungkin tidak ramai yang tahu untuk mendaki ke gunung Kinabalu kita boleh menguruskan sendiri dari tempat kita tanpa perlu melalui agen-agen pelancongan yang terdapat di sana. Jadi dengan cara ini kos mendaki dapat dikurangkan ataupun jauh lebih murah lagi. Baiklah kali ini saya pecahkan sedikit rahsia saya setelah empat kali berjaya menguruskan sendiri pakej ke Gunung Kinabalu ini.

Untuk mendaki ke Gunung Kinabalu dan cuba untuk mendapatkan harga yang terendah sekali ialah dengan cara kita menyemak terlebih dahulu tarikh yang sesuai. Tarikh sesuai adalah pada bulan Mac hingga November setiap tahun. Anda seharusnya menyemak dahulu akan pakej tambang murah yang ditawarkan oleh penerbangan Air Asia ataupun FireFlyz. Lihat tarikh mana yang dapat pakej tambang murah. Setelah dapat tambang termurah sekali barulah kita telepon Sutera Santuary Lodres (SSL) iaitu syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan semua pakej pendakian ke Gunung Kinabalu. SSL punya no telepon 088243629, 088245742.

Setelah dapat tarikh yang sesuai dengan kita dan confirm dengan SSL baru kita booking tiket penerbangan.Untuk pakej murah dengan SSL elok kita cuba mintak pakej untuk 2 hari 1 malam. Kos ini lebih murah jika banding dengan pakej 3 hhari 2 malam. Kalau 3 hari 2 malam ni hari pertama bermakna kita dah kena tidor kat Kinabalu Park. Pakej 2 hari 1 malam pulak kita kene sewalah hotel atau chalet yang ada banyak kat sekitar Kinabalu park tu. Rose Cabin adalah penginapan paling hampir sekali ngan Kinabalu Park. No teleponnya 088889233.

Antara kos yang perlu kita bayar kat SSL ini ialah harga pakej yang SSL tawarkan samada 3 hari atau 2 hari yang meliputi makan sepanjang pendakian, tempat tidor di Kinabalu park untuk pakej 3 hari , tempat tidor kat Laban Rata, permit mendaki dan Insuran peserta.
Yang kita perlu bayar masa kat Taman Kinabalu ialah kos Guide, Sijil dan pengangkutan ke Timpohon.

Kos yang ditawarkan ini lebih murah kalau kita arrangge sendiri. 50% kos dengan SSL perlu dibayar seminggu setelah dapat tarikh dan confirm dengan mereka. 50% lagi perlu dibayar 60 hari sebelum tarikh pendakian sebenar. Untuk pengetahuan anda juga untuk mendapatkan tarikh dan tempat yang sesuai untuk grup kita, tempahan haruslah di buat 6 bulan sebelum tarikh sebenar.

Untuk pakej mendaki Kinabalu ini kita boleh buat 5 hari 4 malam atau 4 hari 3 malam bergantung kepada kesesuaian kita. Hari pertama perlu menginap berdekatan Kinabalu Park kerana hari kedua merupakan hari mendaki kita. Hari ketiga turun dan hari keempat atau kelima merupakan hari untuk kita shopping dan ronda-ronda sekitar Kinabalu. Untuk penginapan yang murah kita boleh sewa penginapan ala backpacker iaitu di Kinabalu Lodges Backpackers atau Borneo Backpackers. Harga kat sini sekitar RM 25 seorang sehari. memang berbaloi. kalau nak stail apartment yang boleh diduduki secara berkongsi 12 ke 16 orang boleh stay kat Api-api Apartment. Api-Api Apartment boleh telepon no ni 0178362733.

ok setakat itu sahaja info kali ini, semoga berjaya arrangge satu trip yang hebat pada harga yang kita mampu bayar.

Saturday, February 19, 2011

Hukum Nufnang, Adsense, Adverlets dan macam-macam lagilah....

Setelah lama tak menulis, kali ni nak berkongsi sikit tentang satu artikel menarik yg aku jumpa dalam satu blog kegemaran ilmiah. Harap artikel ini menjadi panduan dan renungan pada semua yg terlibat secara langsung atau tidak dalam perkara ini. Aku copy terus artikel ni dari blog tersebut setelah meminta keizinan dari tuannya, harap korang sudilah membacanya......

Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.


Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).

Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.

Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.

Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.

Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.

Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :


“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :


" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."

Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.

Artikel ni boleh dibaca juga melalui link kat bawah ni.....
-pergi sini-

Wednesday, February 2, 2011

Hari-hari terakhir di Sg Petani......

Hari ini akan bergerak ke Sg Petani, rumah adik. Mak nak datang dari kampung. Ahh lama dah tak jumpa mak. Hari ini merupakan hari terakhir keluarga adikku akan berada di Sg Petani. Hari ini mereka akan berpindah ke Johor mengikut suami yg terpaksa berpindah tempat bertugas ke negeri sebelah selatan pula.

Jadi emak datang dari kampung semata-mata untuk menemankan adikku dan keluarganya untuk ke Johor. Kemungkinan jam 5 petang nanti mereka akan bertolak ke Johor meninggalkan bumi Kedah. Entah bila pulak akan sampai ke sini lagi.

Jadi sementara emak sampai dapatlah berjumpa dengan mak barang sejam dua sebelum mereka terus bergerak ke Johor. Semoga perjalanan mereka ini dalam keadaaan selamat sejahtera. Semoga juga kehidupan baru adikku dan keluarganya di Johor ini beroleh kejayaan hendakNya. Aminnnn.

Harga Minyak naik lagi........

Harga Ron97 naik lagi. Kali ini naik lagi 10 sen menjadikan harganya sekarang ini RM 2.50 seliter. Ini adalah merupakan kenaikan yang keempat berturut-turut.

Harga Ron95 nasib baik tidak mengalami kenaikan yang sama dan kekal pada RM 1.90 seliter.

Walaupun alasan kenaikan minyak ini disebabkan kenaikan harga minyak dunia namun sedikit sebanyak kenaikan ini membebankan rakyat juga.

Nasib baiklah aku guna minyak Diesel, tu pun murah sikit jer naik Ron95 iaitu RM 1.80 seliter. Harap-haraplah kenaikan harga minyak ini tidak berterusan dan pada sedikit masa nanti akan mengalami penurunan pula. Asyik-asyik dok naik jer kan....sesekali nak jugaklah dengar turun pulak....dakkkk gitu bang....

Tuesday, February 1, 2011

Harapan buat Kerajaan Malaysia

Melihatkan akan kegusaran dan kegelisahan kebanyakan ibu bapa dan waris yang mempunyai anak-anak dan keluarga di bumi Arab Mesir membuatkan aku terpanggil untuk mencoretkan sedidit entry tentang bumi Islam Arab yang sedang di landa musibah sekarang ini.

Bumi Arab yang dahulunya aman kini berada dalam keadaan darurat dan kacau bilau. Semuanya adalah disebabkan desakan dan permintaan rakyatnya yang mahukan Perdan Menteri sekarang iaitu Hosni Mubarak supaya berundur diri ataupun dengan kata lain meletakkan jawatang yang telah dipegangnya hampir 30 tahun.

Mungkin rakyat Mesir mahukan perubahan dan mereka merasakan telah terlalu lama berada di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Akibat dari tunjuk perasaan yang dilakukan oleh penduduk dan rakyat Mesir itu menyebabkan beberapa nyawa rakyatnya telah menjadi korban. Kita tidak mahu lebih ramai lagi rakyat Mesir menjadi korban ekoran kedegilan pemimpin mereka ini untuk berundur diri.

Kacau bilau berlaku di sekitar Kaherah dan merebak ke beberapa bandar berdekatan. Yang turut menerima akibat dan kesannya ialah lebih 10 ribu orang rakyat Malaysia yang berada di sana. Rata-ratanya terdiri daripada para pelajar malaysia yang sedang belajar di sana. Yang menyedihkan lagi sekarang ini kekurangan bekalan makanan dan minuman disebabkan kesusahan untuk mendapatkan bekalan.

Ibu bapa pelajar dan waris di Malaysia begitu gusar dan risau dan akibatnya ibu pejabat berita menjadi sasaran kegusaran dan kemarahan mereka yang meminta kerajaan Malaysia segera bertindak untuk membawa segera pelajar-pelajar Malaysia ini keluar dari bumi Mesir. Langkah awal kedutaan Malaysia di Mesir untuk mengumpulkan pelajar Malaysia ditempat-tempat tertentu adalah di puji dan sedikit sebanyak dapat meredakan kegusaran ibu bapa ini.

Namun dari sehari ke sehari keadaan di bumi Mesir semakin meruncing. Kacau bilau berlaku di mana-mana. Kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan menjadi masalah utama. Banduan ramai yang sudah terlepas dari penjara. Jadi rasanya sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertindak segera membawa keluar atau lebih baik lagi membawa pulang rakyat Malaysia ke bumi Malaysia.

Semoga harapan ini dan harapan seluruh rakyat Malaysia dan sudah tentunya harapan seluruh ibu bapa yang anaknya ada di bumi Mesir supaya kerajaan Malaysia segera bertindak bijak membawa pulang rakyat Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails