Thursday, October 31, 2013

Pulau Mabul...Sipadan ....Aku datang lagi

Ya..kali ini aku datang lagi ke Pulau Mabul dan Sipadan.... Destinasi percutian idaman semua.
Kunjungan pertama dahulu pada bulan Jun, kali ni datang lagi pada bulan  Oktober pula. Kali ini aku datang bersama 5 lagi rakan yang kesemuanya merupakan peminat sukan menyelam.


Jatuh cinta pada pandangan pertama menyebabkan aku sanggup lagi datang kesini semata-mata untuk menikmati keindahan  panorama laut dan keindahan dasar laut di sini. Memang kalau nak diikutkan kos kesini agak mahal sedikit kalau nak dibandingkan dengan pulau-pulau yang lain di semenanjung tapi agak berbaloi dengan panorama keindahan yang bakal dinikmati.


Di pulau Mabul aku menginap di Billabong Scuba Resort. Kami mengambil. pakej 3 kali menyelam di Mabul, 1 kali di Kapalai dan 3 kali di Sipadan. Memang puas terasa bila dapat melihat keindahan batu karang dan ikan-ikan yang besar yang terdapat di sini. Setiap selaman kami, pasti ada sahaja cerita yang menarik untuk diperkatakan.

 
Bagi aku Pulau Mabul adalah merupakan satu pulau yang sesuai sekali untuk percutian keluarga. Kalau nak cari ketenangan dan lari dari kesibukan kota, sinilah tempatnya yang paling sesuai. Sapa datang kali pertama ke sini pasti dalam hati akan terniat untuk datang sekali lagi masa akan datang.

Nanti aku cerita lagi pasal Mabul ni....banyak jugak yang nak dikongsikan dengan para pembaca semua...moga korang terbuka hati untuk turut sama berkunjung ke sini...

Monday, October 21, 2013

Takwim Cuti Sekolah tahun 2014

Bagi yang dok tercari-cari Takwim Cuti Sekolah bagi tahun 2014, kat sini aku attachkan Takwim bagi tahun 2014 yang aku copy dari laman web moe.gov.my.

Jadi bagi kaki-kaki melancong dan travel tu bolehlah merancang trip korang untuk tahun 2014 ni yer...



Selamat melancong semua.......

Sunday, October 20, 2013

BMW GS800

BMW 800 GS....
Indah namanya....segagah bodynya..
Tidur malam terngiang ngiang...adakah mampu untuk memilikinya....
Harga pasaran RM 89, 800...
Dari harganya cukup mengujakan....bukan tak mampu tapi mampukah aku memaintainkannya nanti..
Harga mahal sedikit dari kawasaki versys 1000.
Lama dah dok perati..lama dah dok ushar....hati sentiasa terdetik bila gagah mendroom di lebuhraya...
Sabar-sabar....suatu hari nanti aku memilikimu..oh gs 800

Trip to Bandung....Jakarta

Sempena cuti sekolah bulan 11 ni, aku bersama isteri telah merancang satu trip ke Bandung dan Jakarta. Maka kami berdua pun telah menggoogle lah di laman sesawang... Habis dari satu ke satu blog kami jelajah untuk mencari seberapa banyak info tentang Bandung dan Jakarta ini.

Pencarian utama kami ialah untuk melihat terlebih dahulu tentang berapa hari kesesuaian untuk berada di sana dan tempat-tempat menarik untuk dilawati serta tempat shopping dan hotel yang sesuai. Susah juga pada mulanya untuk membuat keputusan terutamanya tentang tempat penginapan. Fokus kami ialah untuk mencari hotel yang berdekatan dengan tempat shopping di mana tidak memerlukan banyak sangat pergerakan dengan teksi ataupun Pak Supir.

Memandangkan trip kami ini bukannya pergi dengan pakej ataupun menempah Pak Supir untuk bergerak ke sana sini, maka perancangan yang rapi serta teliti haruslah dibuat. Ini barulah dinamakan backpacker budget.

Setelah puas bertanya pada Pak Google akhirnya keputusan di buat untuk tinggal selama 3 malam di Bandung dan 2 malam di Jakarta, Tempahan tiket AA pun di buat.
 

Tiket flight kami pergi balik lebih kurang RM 400.  Perjalanan dari KL - Bandung dan balik dari Jakarta - Penang. Kos tambang flight tidaklah terlalu murah dan tak terlalu mahal. Ini kerana kami tempat pun dalam jangka masa 40 hari sebelum bertolak.

Tentang tempat penginapan pulak, ini yang menjadi masalahnya. mana satu nak pilih tempat yang sesuai. Daripada review tentang hotel yang di buat oleh pengunjung sebelum ini, ada yang baik dan ada juga review yang buruk. Susah juga nak buat pilihan. Namun begitu akhirnya aku memilih hotel Kenangan di Bandung. Kos bilik RM 90 semalam. Katanya dekat sahaja dengan pasar Pekan Baru. Di Jakarta pula aku menempah di Hotel Thamrin Condotel berdekatan pasar Tanah Abang. Harga sini pula aku dapat RM 115 melalui Agoda.

 
 
 
 

Hotel kenangan tempah melalui email sahaja.
Hotel Thamrin tempah melalui Agoda.

Untuk perjalanan dari Bandung ke Jakarta, kami telah membuat keputusan untuk menaiki keretapi Argo Perahyangan. Dari info yang dapat melalui google kos keretapi sekitar RM 20 sahaja sehala dan mengambil masa  selama 3 jam setengah. Not Bad sangatlah kan. Perjalanan dengan kereta  atau teksi pula mengambil masa hanya 2 jam. Namun yang aku pasti perjalanan dengan keretapi ini menjanjikan satu pengalaman dan pemandangan yang indah.

Nantikan sahaja nanti catatan perjalanan backpacker kami yang seterusnyai....Mungkin tahun depan boleh buat open trip ke Bandung pula.  Jadi cik Kak-cik Kak di luar sana, tahun depan jom kita ke Bandung pula...


 

Thursday, October 3, 2013

Trip Borong ke Vietnam

Rombongan che kayrol datang lagi ke vietnam..Apalah yg dicari-cari disana. Hehe.. kadang-kadang tersenyum bila ada yg bertanya atau menegur, pergi vietnam lagi....

Kali ni rombongan seramai 15 orang bertolak dari LCCT pd 19 September 2013 hingga 22 September 2013. Kebanyakan ahli rombongan kali ini adakah dari kalangan teman2 sepejabat.

Rombongan kali ini memang sakan sungguh memborongnya...
Bayangkanlah aku sendiri yang banyak kali pergi pun kali ini pergi tiada beg tetapi bila time balik tup-tup 5 beg beranak. Itu belum lagi dikira beg yg berada di dalam beg.

Memang betullah bandar Ho Chi Minh ini memang syurga membeli belah. Bawak riban-riban pun gerenti boleh abis. 





Wah banyak cantik kan baju kat atas ni.. Orang pompuan mesti geram tgk baju ni.. Ni baju cotton satin, kalau kat malaysia biasa org jual RM 150 mcm tu. Tapi kat sana punyalah murahnya RM 50 jer sepasang. Berbaloi-baloi...

Lihatlah trafic jem ni....ingat kat jalan raya jer ada jem...kat vietnam ni dlm air pun jem...

Cukup sini dulu ya...Nak rasa sendiri keseronokannya jom kita pi vietnam sendiri. Jom ikut trip saya.....


Sunday, September 1, 2013

Trip to Taman Negara Tahan, Pahang

Alhamdulillah pada 23 - 24 Ogos yang lalu satu lagi trip menjejak alam fauna Tam,an Negara Tahan berjaya direalisasikan. Trip kali ini terdiri daripada pegawai-pegawai daripada jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Daripada 40 orang yang terpilih pada awalnya, hanya 24 orang sahaja yang mendaftarkan diri pada hari bertolak. Yang tak dapat hadir, disebabkan kekangan tugas yang tak dapat dielakkan termasuklah Tuan pengarah sendiri yang pada mulanya akan turut serta tapi terpaksa membatalkan diri pada saat-saat akhir.

Kami bertolak dari Pulau Pinang pada malam 23 hb dengan sebuah bas 2 tingkat yang boleh memuatkan seramai 60 orang. Bayangkanlah sendiri bas 60 seat hanya diduduki oleh 24 orang sahaja. Memang berbaloi-baloilah jawabnya. Aku sendiri mengambil 5 seat dibahagian belakang sekali dan lenalah tidur sampai ke pagi.

Kami sampai di pekan Jerantut lebih kurang jam 8 pagi dan singgah sarapan pagi terlebih dahulu di gerai berhadapan sebuah masjid di Jerantut. Selesai sarapan kami bertolak masuk ke Taman Negara Tahan. Penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Taman Negara ialah di Teresek View Motel. Alhamdulillah penginapan agak selesa, cuma tempat makan kami terpaksa menapak turun berjalan ke restoren di tepi sungai.


Pakej kami pada hari pertama ialah manaiki perahu laju berenjin 15 hp, menuju ke kawasan Kelah Santuari. Perjalanan ambil masa 30 minit melawan arus. Memang menyeramkan naik bot ni kerana paras air hanyalah  sejengkal dari bot kami. Ditambah pula dengan dasar sungai yang penuh batu-batu. Memang jurumudi bot kat Sungai di Kuala Tahan ni jenis yang dah expert, kene hafal laluan yang hendak dilalui, kalau tak pecahlah bot nanti terlanggar batu.

Selesai menyaksikan ikan kelah yang tak menampakkan dirinya hanya sang ikan Lampam sahaja, kami meneruskan perjalanan ke kawasan lata Berkoh. Kami tak boleh sampai terus ke Lata Berkoh kerana bot tak boleh sampai terus ke sana. Jadi terpaksa treking lebih kurang 15 minit. Air kat kawasan Lata Berkoh ini memang best, walaupun dalam memang syok sekali mandi kat sini. tapi awas kalau korang tak tahu berenang, jangan pandai-pandai nak try mandi kat sini. Elok pergi Lubok Simpon sahaja.



 



Pada sebelah malamnya pula kami buat aktiviti Night Treking ke Bumbon Tahan. Buat apa kat sana, Ha... pelajaran baru bagi kami. Malam ni kami belajar tentang serangga. Macam-macam jenis serangga kami kenal dan malam ni memang malam bertuah sebab banyak binatang sedang buat projek malam ni. nak tengok binatang seekor pun tak Nampak, bukan apa ramai sangat pelancong malam tu, takder binatang yang nak dating kalau bunyi riuh rendah sebatu dah kedengaran.





Hari kedua pada sebelah pagi kami trekking pula ke Canopy Walkway. Titian Canopy kat Kuala Tahan ni special sekit sebab kat sini Canopy dia tak pakai paku, hanya diikat kat pokok sahaja. Ketinggiannya pula sekitar 20 meter ke 35 meter. Pelancong ke Taman Negara kini bertuah kerana pihak Pengurusan Taman Negara telah menyediakan trek lantai berpapan bermula dari Resort Mutiara hingga ke Titian Kanopi dan juga hingga ke puncak Bukit Terisek. Laluan ini siap sepenuhnya setahun yang lalu.




Pada sebelah petang kami di bawa melawat ke kawasan perkampungan orang asli dari suku Batex. Yang istimewa trip ke kampong orang asli ni ialah perjalanan dengan bot yang lebih famous dengan nama "Rapid Shooting". Bot yang dinaiki lebih besar dari yang sebelumnya tapi jangan harap baju kita akan kering bila naik bot ni. Guide awal lagi minta semua beg dan kamera serta handphone dimasukkan ke dalam plastic untuk disimpan. Apabila bot melallui jeram guide yang berada dihadapan akan menghayunbkan badan dan bot akan bergolek ke kanan dan ke kiri dan dalam masa yang sama air akan menerjah masuk ke dalam bot dan apa lagi habis basahlah kami dibuatnya, tak cukup dengan itu, apabila ada bot lain yang lalu disebelah kami masing-masing akan cuba membasahkan pengunjung dlaam bot sebelah. Bagi aku ini merupakan pengalaman paling manis sekali. Habis basah kami semua dibuatnya.


Di kampong orang asli itu kami ditunjukkan dengan demontrasi menghidupkan api dan cara-cara membuat sumpit. Kini tahulah kami dikalanagn orang asli Batex ini mereka akan membuat satu ukiran lilitan pada sumpit bagi menunjukkan seekor binatang yang berjaya mereka sumpit. Jika banyak ukiran lilitan pada sumpit mereka menunjukkan kehebatan si penyumpit itu menyumpit jatuh mangsanya.


Pada sebelah malamnya kami dihidangkan dengan dinner BBQ, Trip kami ni sebenarnya akan balik keesokan harinya, tapi disebabnya ramai yang ada kekangan tugas masing-masing jadi kami ambil keputusan selesai BBQ kami akan berangkat pulang terus ke Pulau Pinang. Alhamdulillah kami selamat tiba di Pulau Pinang pada jam 8 pagi.

Memang satu pengalaman yang terasa aman dan tenteram apabila berada di Taman Negara Tahan ni. Bagi sesiapa yang belum pernah sampai kat sini aku cadangkan pergilah bercuti disini dan nikmati ketenangan yang terdapat disini. Kalau dulu nak sampai ke Kuala Tahan kene naik bot dari Kuala Tembeling dan ambil masa 3 jam lamanya. tapi kini dah ada jalan raya hingga ke Kuala Tahan. jadi dah senang dah sekarang ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails