Wednesday, December 28, 2011

Kampung Morten, Melaka

Ok, Kampung Morten, korang pernah dengar ke tak tempat ni. Kalau biasa pergi melancong ke Melaka pasti pernah tahu pasal tempat ni. Sebenarnya ni adalah sebuah perkampungan yang mana dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka dari segi menjaga keindahannya.
Kat mana tempat ni...sebenarnya aku pun berpeluh jugak nak cari tempat ni, nasib baik ada GPS. Kalau naik River Cruise kampung ni dapat dilihat di sebelah sungai tu saja. Kita akan disajikan dengan pemandangan indah kampung ni. Kalau naik River Cruise sebelah malam lagi best, pemandangan indah dengan cahaya lampu akan jelas dapat di lihat.
Teruja dengan keindahan kampung ni masa naik River Cruise memaksa aku dan isteri berusaha untuk mencari arah ke kampung melalui jalan darat. Setelah puas mencari dapat gak jumpa.
Rumah yg kat atas ni adalah rumah terindah kalau tak salah aku. Tuan rumah ni bina rumah tradisional mini pulak kat depan rumah dia. Memang cantik sangat.
Lihatlah kami rasa tak puas bergambar dihadapan rumah ni. Memang cantik....
Kalau korang nak pergi kat sini gak, elok pergi sebelah petang nak ke malam sikit, sebabnya kalau sebelah malam kita akan dapat lihat limpahan cahaya lampu menyinari bumbung setiap rumah. Katanya lampu-lampu ini dibiayai oleh kerajaan negeri.
Sepanjang laluan sungai kat kampung Morten ni ada susur pejalan kaki dan juga bangku-bangku batu. Maknanya kita boleh jalan-jalan kat sini sambil lepak-lepak menikmati keindahan kampung ni.
Sebagai panduan kalau nak ke kampung ni dengan kereta, korang cari panduan ke Taman Herba. kemudian lintas sungai menggunakan jejambat yang banyak ada sepanjang sungai tu. Kalau nak terus berkereta ke kampung tu cari jer signboard ke Kg Morten. Selamat melancong............

Monday, December 26, 2011

PortKlang4x4, pit stop penggemar 4 wheel

Korang tengok jentera kat atas ni, kalau korang semua jenis aku la yang sukakan jentera jenis Powil ni mesti tertelan air liuq kan. Ni kiranya complete modification lah rasanya. Kedai ni aku jumpa masa aku lalu kat Klang. Apa lagi singgahlah sekejap, usha-usha kat dalam. Not Bad barang aksesori dia banyak pilihan. Tapi aku yang tak banyak pilihan sebab poket kosong. Alih-alih beli sticker jer. Nantilah ada duit lebih nanti aku make up mcm ni jugak Storm aku nanti.
Tak salah kan angan-angan. Sekarang pun Storm aku banyak dah modified nya. Bumper depan dan belakang dah ada. Hi Lift Jack dah ada. Carry Jan dah ada. Tayar dah ok, cuma nanti nak buh Canopy pastu nak buh pulak sporlight kat atas bumbung dan nak up sikit kasi tinggi. Satu lagi nak letak Safari Snorkel. Buat sikit-sikit baru tak terasa.
Tapi yg kat atas ni memang mengancam betul, geram pulak aku tengok. Sebenarnya kat dalam tu banyak lagi jentera-jentera hebat yang dah di make up kan, tapi aku segan nak snap gambar. takut org kedai marah. Yg ni pun sebab dia park kat tepi jalan.
Doakanlah aku dapat duit lebih sikit dan boleh laksanakan impian aku ni. Tak salahkan perabih duit pada mende yg kita puas hati....Haha...dengar kat bini aku ni mesti dia tak puas hati....

River Cruise Melaka

Kali ni kongsi pulak cerita sewaktu percutian aku dan isteri di Melaka beberapa hari yang lalu. Cuti-cuti ke Melaka rasanya dah tak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia, namun begitu mungkin antara kita masih belum lagi mencuba aktiviti "River Cruise" yang terdapat di Banda Hilir ini.
Aku sendiri pun walaupun telah banyak kali sampai ke Melaka, tapi inilah kali pertama berpeluang untuk mencuba aktiviti sebegini. Pemandangan sepanjang sungai Melaka ini cukup indah sekali. Kerajaan Melaka telah memperuntukkan suatu dana yang khas untuk memelihara warisan sejarah yang terdapat sepanjang sungai ini.
Lokasi untuk menaiki bot ini ialah berdekatan dengan Muzium Samudera. Kalau tak tahu kat mana, alah yg muzium bentuk kapal kayu lama tu lah. kat sebelah tu je letaknya jeti River Cruise ini. Bayaran yang dikenakan untuk seorang dewasa adalah RM 10 sahaja. Kanak-kanak pula RM 5.00 dan kanak-kanak bawah 2 tahun percuma saja.
Disepanjang menyusuri sungai dengan menaiki River Cruise yang mengambil masa lebih kurang 1 jam ini, kita akan disajikan dengan pemandangan yang cukup indah sekali. Bangunan-bangunan lama sepanjang sungai telah dicat Mural dengan lukisan-lukisan yang cukup menarik.
Khidmat bot pula boleh dikatakan 5 minit sekali. Sebenarnya terdapat 2 jeti kita boleh menaiki Cruise ini. Sebuah jeti lagi ialah di Taman Rempah. Cruise yang bertolak dari Jeti Muzium Samudera akan membuat pusingan U di Jeti Taman Rempah dan balik semula ke Muzium Samudera. Begitu jugalah dengan Cruise yang bertolak dari Jeti Taman Rempah akan membuat pusingan U di Jeti Muzium Samudera dan balik semula ke jeti Taman Rempah.
Kalau tengok gambar kat atas ni ada tren juga kat sebelah laluan sungai ni, tapi rasanya masa kunjungan kami tren ini belum bukak lagi. Cuma kelihatan kakitangan tren sedang membuat pandu uji tren tersebut.
Satu lagi tinggalan sejarah warisan lama yang menarik di sepanjang laluan sungai ini ialah Kampung Morten. Aku akan cerita lebih lanjut lagi tentang Kampung Morten ni di episod yang akan datang.

Kasut Columbia

Akhirnya impian selama ini untuk memiliki sepasang kasut Outdoor jenama Columbia tercapai jugak akhirnya. Kasut ni memang famous di kalangan para penggemar outdoor. Sejenis kasut yang amat dipercayai dari segi kelasakannya.
.
Memang dah lama mengidam kasut ni, tapi sayang duit sebelum ni nak beli. Tapi akhirnya terbeli jugak. Termakan dek pujukan my mem, dia pun sambar jugak sepasang. Beli kat Plaza Campbell, Kuala Lumpur. Sapa yg minat nak beli jugak boleh kunjungi kedai kat tingkat bawah Plaza Campbell. Korang carilah kedai jual kasut yg dok kat area tengah-tengah sikit tu. Lupa pulak aku nak ambik nombor kedai dier.
Harganya dia malaslah aku nak post kat sini, tapi kopak, koyak rabaklah poket kalau nak beli mende alah ni. Bulan ni terpaksa puasa sunatlah kut gamaknya. Aku punya tu lebih mahal sikit dari mem punya sebab dia hi cut.

Tuesday, December 20, 2011

R&R Tapah..............

12.55 pagi.....
.
Baru sahaja tiba di R&R Tapah, Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan lebih kurang 160 km, kami berhenti rehat sebentar di R&R Tapah ini. Berhenti merehatkan badan dan rehat mata. Malam ni banyak sungguh kerat dan lori, masing-masing ada destinasi tersendiri. Mungkin ramai antara mereka yang mempunyai tujuan yg sama sepertiku untuk bercuti bersama keluarga.
.
Tak tahulah pukul berapa nak sampai ni...Ni pun tak tahu lagi pukul berapa pulak nak gerak....Kalau dah ok nanti geraklah kami..
.
Tak banyak pulak gerai yang bukak malam ni, mungkin sebab dah pukul 1.00 pagi, ada yang dah tutup....Oklah nanti cerita lagi...Gerak dulu.

Monday, December 19, 2011

Percutian seribu makna....mencari damai dihati....

8.50 malam.....
.
Sebentar lagi aku akan memulakan satu perjalanan percutian yang panjang. Cadangnya akan berkereta sehingga sampai ke Mersing Johor. Mencari jejak-jejak peninggalan Damak dan Seri. Malam ini arah tujuan perjalanan akan sampai ke Melaka pada sebelah paginya.
.
Tidaklah tergesa-gesa mana pun, sebab target pagi esok ada kat Melaka, ronda-ronda satu hari kat sana. Malam ni tido kat Lebuhraya sajalah. Selepas ronda-ronda satu hari kat Melaka kami akan bergerak terus ke JB pulak.
.
Harap perjalanan malam ni lancar tanpa sebarang masalah. keta dah pun servis pagi tadi. harapnya tak meragamlah dalam perjalanan nanti.

Tuesday, December 13, 2011

Bagaimana baca Dot Marking pada tank Scuba

Baiklah seperti yang aku janji dalam post lalu berkenaan peri pentingnya kita mengetahui selok belok tangki scuba yang digunakan dalam aktiviti menyelam..
Pada mulanya aku sendiri tidak kisah sangat akan peri pentingnya tank scuba ni, yang aku tahu hanya keseronokan menyelam sahaja. Dan apa yg aku tahu tank tu kuat kut sebab dibuat dari Alloy dan berat pulak tu. tentu kuat pada fikiran kita semua kan. Aku rasa semua diver-diver yang baru pun sependapat dengan aku.
.
Sekarang aku nak kongsi sikit dari apa yang baru aku sedari tentanmg tabung skuba. Tabung skuba yang terdapat kat malaysia ni kebanyakan yang digunakan di pusat menyelam adalah dibuat dari alloy 6351 dan alloy 6061.
Alloy 6351 paling akhir dibuat pada tahun 1995 dan mempunyai masalah Sustained Load Cracking (SLC) atau dalam bahasa mudah keretakan yang susah untuk kita nampak dengan mata kasar. tabung yang dibuat dari alloy 6061 pula adalah hasil pembaharuan yang dibuat oleh manufacter iaitu Luxfer.
Dalaman tangki skuba yang tak pernah di servis.
Inikah dalaman udara yang kita sedut.
.
Apa yang merbahaya pada tangki skuba ini ialah kebimbangan tangki ini akan meletup. tiada
siapa yang tahu bila ia akan meletup. Tangki Skuba ini perlu dilakukan ujian yang dipanggil 'hidro test. Ujian Hidro ini perlu dilakukan sebanyak sekali dalam masa 5 tahun. Jika tak dilakukan hidro test ini adalah amat merbahaya sekali kerana seumpama tank yang kita guna itu sebagai"time bomb", bila-bila masa sahaja akan meletup.
Tangki yang pecah
.
Apa yang dimaksudkan dengan ujian hidro ini ialah tank skuba itu akan diberikan tekanan 5/3.
Contohnya jika tank skuba itu mempunyai service pressure 3000 psi, ini bermaksud tank itu perlu dikenakan tekanan sebanyak 5000 psi. Tank ini akan dimasukkan kedalam chamber khas yang hanya dilakukan oleh pakar tertentu sahaja.
.
Jangka hayat sesuatu tank skuba itu bergantung kepada sesebuah negara dan juga bergantung pada pemilik pusat menyelam. tank dari alloy 6351 biasanya mempunyai hayat sehingga 15 tahun sahaja, selepas itu eloklah tidak dipakai lagi. Manakala tank Alloy 6061 pula hayatnya 20 tahun atau 100000 kali kitaran penggunaan.
Sekarang mari kita belajar cara bagaimana nak baca apa yang tercatat pada tangki skuba itu supaya kita lebih faham akan tahap keselamatannya.
.
TC - bermaksud Transportation Canada
3AL - Jenis tangki Aluminium
M124 - Tekanan sebanyak 124 bar
T11.3 KG - berat tank skuba
DOT - US Department of Transportation
3AL3000 - Tangki Aluminium, tekanan 3000 psi
U372530 - serial Number
LUXFER -Manufacturer
01A98 - Ini yg penting kita perlu tengok (01 bermaksud bulan di buat, A bermaksud org yg buat Hidro test, 98 bermaksud tahun buat) pastikan kod ini berada dalam jangka masa 5 tahun semasa kita guna tabung itu.
20#CO2 - Karbon Dioksid
TW24.9 - kandungan Berat dalam Pound
.
Itulah serba sedikit yang boleh aku kongsikan bersama disini. kesimpulannya yang penting sekali pastikan apabila kita menggunakan tabung skuba ini di mana-mana pusat menyelam pastikan kita memilih tangki skuba yang tarikh Hidro Test dia dalam lingkungan 5 tahun. Dan elakkan sama sekali tangki skuba yang tidak pernah dibuat hidro test selama 10 tahun ke atas. Ini memang umpama time bomb. Bila-bila boleh meletup.
.
Uatakan keselamatan dalam menyelam.
Contoh mesin untuk ujian Hidro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails