Monday, December 26, 2011

River Cruise Melaka

Kali ni kongsi pulak cerita sewaktu percutian aku dan isteri di Melaka beberapa hari yang lalu. Cuti-cuti ke Melaka rasanya dah tak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia, namun begitu mungkin antara kita masih belum lagi mencuba aktiviti "River Cruise" yang terdapat di Banda Hilir ini.
Aku sendiri pun walaupun telah banyak kali sampai ke Melaka, tapi inilah kali pertama berpeluang untuk mencuba aktiviti sebegini. Pemandangan sepanjang sungai Melaka ini cukup indah sekali. Kerajaan Melaka telah memperuntukkan suatu dana yang khas untuk memelihara warisan sejarah yang terdapat sepanjang sungai ini.
Lokasi untuk menaiki bot ini ialah berdekatan dengan Muzium Samudera. Kalau tak tahu kat mana, alah yg muzium bentuk kapal kayu lama tu lah. kat sebelah tu je letaknya jeti River Cruise ini. Bayaran yang dikenakan untuk seorang dewasa adalah RM 10 sahaja. Kanak-kanak pula RM 5.00 dan kanak-kanak bawah 2 tahun percuma saja.
Disepanjang menyusuri sungai dengan menaiki River Cruise yang mengambil masa lebih kurang 1 jam ini, kita akan disajikan dengan pemandangan yang cukup indah sekali. Bangunan-bangunan lama sepanjang sungai telah dicat Mural dengan lukisan-lukisan yang cukup menarik.
Khidmat bot pula boleh dikatakan 5 minit sekali. Sebenarnya terdapat 2 jeti kita boleh menaiki Cruise ini. Sebuah jeti lagi ialah di Taman Rempah. Cruise yang bertolak dari Jeti Muzium Samudera akan membuat pusingan U di Jeti Taman Rempah dan balik semula ke Muzium Samudera. Begitu jugalah dengan Cruise yang bertolak dari Jeti Taman Rempah akan membuat pusingan U di Jeti Muzium Samudera dan balik semula ke jeti Taman Rempah.
Kalau tengok gambar kat atas ni ada tren juga kat sebelah laluan sungai ni, tapi rasanya masa kunjungan kami tren ini belum bukak lagi. Cuma kelihatan kakitangan tren sedang membuat pandu uji tren tersebut.
Satu lagi tinggalan sejarah warisan lama yang menarik di sepanjang laluan sungai ini ialah Kampung Morten. Aku akan cerita lebih lanjut lagi tentang Kampung Morten ni di episod yang akan datang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails