Tuesday, December 13, 2011

Bagaimana baca Dot Marking pada tank Scuba

Baiklah seperti yang aku janji dalam post lalu berkenaan peri pentingnya kita mengetahui selok belok tangki scuba yang digunakan dalam aktiviti menyelam..
Pada mulanya aku sendiri tidak kisah sangat akan peri pentingnya tank scuba ni, yang aku tahu hanya keseronokan menyelam sahaja. Dan apa yg aku tahu tank tu kuat kut sebab dibuat dari Alloy dan berat pulak tu. tentu kuat pada fikiran kita semua kan. Aku rasa semua diver-diver yang baru pun sependapat dengan aku.
.
Sekarang aku nak kongsi sikit dari apa yang baru aku sedari tentanmg tabung skuba. Tabung skuba yang terdapat kat malaysia ni kebanyakan yang digunakan di pusat menyelam adalah dibuat dari alloy 6351 dan alloy 6061.
Alloy 6351 paling akhir dibuat pada tahun 1995 dan mempunyai masalah Sustained Load Cracking (SLC) atau dalam bahasa mudah keretakan yang susah untuk kita nampak dengan mata kasar. tabung yang dibuat dari alloy 6061 pula adalah hasil pembaharuan yang dibuat oleh manufacter iaitu Luxfer.
Dalaman tangki skuba yang tak pernah di servis.
Inikah dalaman udara yang kita sedut.
.
Apa yang merbahaya pada tangki skuba ini ialah kebimbangan tangki ini akan meletup. tiada
siapa yang tahu bila ia akan meletup. Tangki Skuba ini perlu dilakukan ujian yang dipanggil 'hidro test. Ujian Hidro ini perlu dilakukan sebanyak sekali dalam masa 5 tahun. Jika tak dilakukan hidro test ini adalah amat merbahaya sekali kerana seumpama tank yang kita guna itu sebagai"time bomb", bila-bila masa sahaja akan meletup.
Tangki yang pecah
.
Apa yang dimaksudkan dengan ujian hidro ini ialah tank skuba itu akan diberikan tekanan 5/3.
Contohnya jika tank skuba itu mempunyai service pressure 3000 psi, ini bermaksud tank itu perlu dikenakan tekanan sebanyak 5000 psi. Tank ini akan dimasukkan kedalam chamber khas yang hanya dilakukan oleh pakar tertentu sahaja.
.
Jangka hayat sesuatu tank skuba itu bergantung kepada sesebuah negara dan juga bergantung pada pemilik pusat menyelam. tank dari alloy 6351 biasanya mempunyai hayat sehingga 15 tahun sahaja, selepas itu eloklah tidak dipakai lagi. Manakala tank Alloy 6061 pula hayatnya 20 tahun atau 100000 kali kitaran penggunaan.
Sekarang mari kita belajar cara bagaimana nak baca apa yang tercatat pada tangki skuba itu supaya kita lebih faham akan tahap keselamatannya.
.
TC - bermaksud Transportation Canada
3AL - Jenis tangki Aluminium
M124 - Tekanan sebanyak 124 bar
T11.3 KG - berat tank skuba
DOT - US Department of Transportation
3AL3000 - Tangki Aluminium, tekanan 3000 psi
U372530 - serial Number
LUXFER -Manufacturer
01A98 - Ini yg penting kita perlu tengok (01 bermaksud bulan di buat, A bermaksud org yg buat Hidro test, 98 bermaksud tahun buat) pastikan kod ini berada dalam jangka masa 5 tahun semasa kita guna tabung itu.
20#CO2 - Karbon Dioksid
TW24.9 - kandungan Berat dalam Pound
.
Itulah serba sedikit yang boleh aku kongsikan bersama disini. kesimpulannya yang penting sekali pastikan apabila kita menggunakan tabung skuba ini di mana-mana pusat menyelam pastikan kita memilih tangki skuba yang tarikh Hidro Test dia dalam lingkungan 5 tahun. Dan elakkan sama sekali tangki skuba yang tidak pernah dibuat hidro test selama 10 tahun ke atas. Ini memang umpama time bomb. Bila-bila boleh meletup.
.
Uatakan keselamatan dalam menyelam.
Contoh mesin untuk ujian Hidro

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails