Wednesday, January 26, 2011

Bukit Bendera - 830 meter

Satu lagi destinasi percutian menarik yang terdapat di Pulau Pinang. Boleh dikatakan Bukit Bendera merupakan tempat percutian utama di sini selain Pantai Batu Feringgi. Bukit Bendera terletak di sebelah pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera yang terletak di kawasan pekan Air Itam. Jika berkeretapi kabel untuk ke puncak Bukit Mendera, ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Dari puncak ini kita boleh melihat keseluruhan pemandangan sekitar Pulau Pinang. Kita juga akan dapat melihat Bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar.Disamping menaiki keretapi kabel untuk ke puncak terdapat beberapa cara lain untuk sampai ke sini. Antaranya dengan menaiki kereta atau pun kenderaan 4 x 4 yang bermula di sebalah Taman Botanical. Selain itu kita boleh juga ke puncak dengan menggunakan sedikit kudrat yg ada iaitu dengan cara mendaki. Kali ini aku nak berkongsi sikit tentang pengalamanku mendaki Bukit Bendera. Sebenarnya ini bukanlah pengalamanku yang pertama mendaki Bukit Bendera, boleh dikatakan aku lebih banyak sampai ke puncak Bukit Bendera dengan cara mendaki daripada menaiki kereta kabel.Untuk mendaki Bukit Bendera ini biasanya mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja. Terdapat banyak trek yang boleh dilalui, anataranya laluan "Moon Gate", laluan dari taman Belia Perbandaran, laluan dari dalam Taman Botanical, dari sebelah Air Itam dan beberapa lagi laluan lain. Namun terdapat satu lalaun yang paling panjang yang dikenali sebagai "Laksamana Trail" yang mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk sampai ke puncak. Laluan ini dari sebelah Teluk Bahang.
Kali ini trip mendaki ke Bukit Bendera ini di buat sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan pada penghujung bulan Mac nanti. Lalun yang aku pilih pada kali ini iaitu laluan "Moon Gate" Laluan ini pendaki akan melalui trek denai dan akan berjumpa dengan kawasan bertangga yang selalunya akan menyebabkan kita mengalah jika tak kuat stamina. Selepas habis kawasan bertangga kita akan melalui kawasan trek kembali dan sampai ke kawasan rehat no. 5. Kat sini disediakan tandas, serta pondok berehat serta kawasan gym. Seterusnya apabila kita terus bergerak keadaan treknya lebih banyak mendatar sehinggalah kita sampai ke pertemuan trek hutan dan jalan raya. kat sini kita akan berjumpa dengan kawasan rehat no. 84. Dari pondok 84 sehingga kepuncak biasanya mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dari sini kita hanya akan menggunakan trek jalan raya sahajam sehinggalah sampai ke puncak Bukit Bendera.
Di puncak Bukit Bendera terdapat sebuah masjid, kuil Hindu, Balai Polis, sebuah klinik, tandas, restoren, deretan kedai cenderahati dan stesen keretapi. Setelah berehat lebih kurang 30 minit kami meneruskan perjalanan turun dan cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam saja untuk sampai ke bawah. Alhamdulillah latihan hari ini semua success.


3 comments:

faralululily said...


hi,

nak tanya, kalau kita 1st time nak try lalu laluan ni..agak2 sesat x..kena ader guider jugak ke..

sharifah shakila said...

salam, haah saya pun nak tahu kalau 1st time nak naik kena ada guide ka takut jugak sesat. hehe

kayrol said...

utk naik bukit bendera tak prlu guide pun..sbb jalannya mmg jelas.
tapi kalau betul2 takut sesat just ikut saja trek jalanraya sampai ke puncak pastu turun dgn kereta kabel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails