Sunday, January 30, 2011

Kuala Woh, Tapah, Perak

Satu lagi destinasi percutian menarik iaitu Hutan Lipur Kuala Woh, yang terletak dalam daerah Tapah Perak. Hutan Lipur Kuala Woh terletak dipertengahan jalan ke Cameron Highlands bagi pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Tapah - Cameron Highlands. Simpang ke Kuala Woh di sebelah kanan iaitu lebih kurang 15 km sahaja dari pekan Tapah.

Hutan Lipur Kuala Woh ini dilengkapi dengan kawasan perkhemahan yang luas, chalet dan kemudahan asas yang baik yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah dan kursus serta seminar. Disamping aktiviti merentas hutan, kita juga boleh melakukan aktiviti mendaki Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter dari aras laut yang merupakan satu aktivti mencabar yang cukup menyeronokkan sekali.

Kemudahan-kemudahan di sini boleh disewa dan berhubung terus dengan Jabatan Perhutanan Kuala Woh. Sewa yang dikenakan amat murah sekali sehinggakan untuk menempah kemudahan di sini memerlukan tempahan yang awal jika tidak semua tempat dan kemudahan telah penuh.

Kali pertama menjejakkan kaki disini saya amat tertarik sekali dengan deruan air terjun dan aliran airnya yang menenangkan sekali. Tidak salah jika saya katakan disini adalah merupakan tempat yang sesuai sekali untuk membawa keluarga dan anak-anak kecil untuk bermain dengan airnya. Ini kerana kawasan airnya tidaklah terlampau dalam disamping kawasan tempat untuk mandi amat luas dan selesa.
Jika anda berkunjung di sini, janganlah risau jika anda tidak mebawa bekalan dari rumah, kerana di sini terdapat sebuah Cafe yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang boleh dibeli untuk mengalas perut.

Disamping itu juga kemudahan tandas dan bilik air juga amat selesa untuk para pengunjung untuk menyalin pakaian selepas mandi manda.
Hargailah sungai dan hutan lipur kita yang masih indah ini, kerana inilah merupakan warisan untuk generasi akan datang. Jadi jika anda berkunjung ke sini jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan tempat ini.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails