Thursday, September 13, 2012

Berakit di Sg Selama, Perak

 Petang tadi berkesempatan untuk ikut grup dari PKK Putrajaya untuk sesi Berakit di Sg Selama, Perak. Kami dari Pulau Pinang seramai 4 orang sampai lebih kurang jam10.30 pagi di PKD Cawangan Selama Perak.
Semasa tiba di PKD Selama, kelihatan para peserta sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan rakit masing-masing menggunakan kayu dan tiub getah. Sebanyak 6 biji rakit berjaya disiapkan untuk mengharungi cabaran pada sebelah petangnya yang dijadualkan bermula jam 3.00 ptg.
Para pelajar terlebih dahulu dilepaskan untuk berhanyut di Sg Selama untuk sesi pemanas badan iaitu sesi "Keyakinan di Air". Nampak dari telatah para peserta ternyata kebanyakan dari mereka tidak biasa dengan aktiviti mencabar sebegini. Maklumlah orang Putrajayalah katakan.
Kami bertuah pada teengahari ini kerana di jamu dengan juadah Udang Galah. Bukannya seekor dua, tapi ambik kau sebekas besar. Juadah ni hanya untuk guru-guru dan Jurulatih sahaja yang ada lebih kurang 10 12 orang. masih teringat lagi betapa manisnya isi udang tersebut....

 Aktiviti berakit bermula dengan para peserta mengangkut rakit masing-masing ke dalam lori untuk di hantar ke tepi sungai. Kebanyakan peserta begitu teruja untuk melakukan aktiviti tersebut. Setiap rakit getah terdiri dari 4 ke 5 orang peserta dengan seorang dua Jurulatih.Rakit pertama dilepaskan pada jam 3.30 ptg.

 Sungai Selama initidaklah begitu besar sangat, tapi airnya boleh dikatakan agak laju juga. Cabaran mengelak pokok buluh dan himpunan tunggul kayu amat mencabar sekali. Apabila ada rakit yang tersangkut pada rimbunan buluh, maka riuhlah para peserta semua menjerit.
 Aktiviti selesai setelah  lebih kurang 2 jam setengah berkayuh. kayuhan ditamatkan di sebuah Jambatan berdekatan SK Sungai Bayor. Alhamdulillah semua peserta selamat tiba tanpa berlaku sebarang kecederaan.
 Dan bagi aku sendiri berjaya juga berkayuh tapi bukan dengan rakit sebab aku membawa sendiri sebuah kayak jenis Dancer untuk berkayuh. Kat bawah ni kayak yang aku bawa dengan kenderaan kesayanganku My Storm Rider.
 Tahniah pada PKK Putrajaya kerana berjaya menganjurkan aktiviti mencabar sebegini. Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih. Walau kekurangan lokasi untuk melakukan aktiviti sebegini di Putrajaya, mereka sanggup untuk bergerak jauh ke luar semata-mata ingin merasai sendiri pengalaman sebegini. Tahniah sekali lagi.....kalian memang hebat.....

1 comment:

Naramas Aman said...

Udang galah besar ambik kau!!! Kalau dpt kat saya habis lesaplah semua udang2 tu he he he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails