Tuesday, September 18, 2012

Catatan Rentetan Dive Trip to Bidong Islands....

Trip ke Pulau Bidong yang dianjurkan oleh pihak Scubatex bermula dengan perjalanan berkereta selama lebih kurang 6 jam ke Merang Terengganu. Kami seramai 4 orang dari Pulau Pinang telah sesama ikut trip ni yang dianjurkan oleh En Ahmad dari Scubatex KL. Rombongan cik Kiah dari KL seramai lebih kurang 40 org datang dengan bas.

Trip ni berlangsung pada 14 - 16 September 2012. Dijadualkan sebanyak 6 dive akan kami ikuti. Aku yang selama ini memang teringin sangat untuk dive di Pulau Bidong ini memang teruja sangat mengikuti trip ini. Apa taknya persiapan segala peralatan selaman memang telah aku prepare 2...3 hari lebih awal.

Kami tiba di chalet Kembara Resort di Merang pada jam 6 pagi. Masa tiba ni rombongan dari KlL belum tiba lagi. Dia orang sampai lebih kurang jam 7.45 pagi. Setelah taklimat lebih kurang kami diberikan bilik masing-masing dan diminta bersiap sedia pada jam 10 pagi dengan segala peralatan untuk bertolak ke jeti Merang. Sebenarnya kami akan menginap di Kembara Resort ni dan akan berulang alik ke Pulau Bidong selama 2 hari selaman ini.

Lebih kurang jam 10.00 pagi kami menaiki 2 buah bot besar dengan segala peralatan tangki gas dan Kompressor dibawa naik ke bot. Team "support crew" dari Kuantan iaitu En Mansor yang akan bertindak mengisi segala gas untuk team kami yang hanya pergi turun naik menyelam sahaja. Team En Mansor ini akan bermalam terus di jeti Pulau Bidong ini.

Lebih kurang jam 11.00 pagi kami tiba di jeti Pulau Bidong. Terkejut juga masa mula-mula sampai di jeti Pulau Bidong ini. Apa tidaknya setahu aku, Pulau Bidong juga merupakan salah sebuah Taman Laut, tapi kelihatan ramai student dari sebuah Universiti tempatan yang sedang memancing di jeti ini. Apabila diselidiki masa sembang-sembang, mereka ni katanya ada silibus yang memerlukan mereka belajar memancing. Syoknya memancing kat Taman Laut ni, ikan memang banyak giler kat sini.

Dive pertama kami bermula jam 11.27 pagi di dive site dekat saja ngan jeti iaitu di Heritage Site. Kat sini terdapat koleksi Replika Tepak Sireh, Keris, Sampan, Bas Buruk dan Lori. Maksimum depth kat sini 15.6 meter, suhu air 31 darjah celcius. Kat sini aku berjaya dive selama 52 minit. Selesai dive pertama kami kembali semula ke jeti dan makan tengahari dan berehat sebelum dive kedua.

Jam 2 petang kami turun dive di lokasi kedua di Pulah Karah dengan kedalaman maksimum 15 meter. Kat sini Coralnya biasa-biasa sahaja seperti yang kami lihat ditempat lain. Kali ini aku berjaya spend gas selama 47 minit. naik dari dive kedua balik semula ke jeti dan siap sedia untuk dive ketiga dilokasi sama tapi kearah yang bertentangan dari dive yang kedua tadi.

Dive ketiga, kedalamannya lebih dalam iaitu 16.8 meter dan kami dive selama 44 minit. Kembali semula ke jeti pada jam 5.30 petang dan siap sedia untuk kembali ke jeti Merang. waktu ini kelihatan langit mula gelap di kaki langit. kami bertolak laju dari jeti Pulau Bidong. Tetapi nasib kami malang sedikit kerana dipukul ribut sepertiga lagi nak sampai ke jeti Merang. Keadaan masa tu hanya Tuhan yang tahu, masing-masing kelihatan cuak. Ribut dan hujan membadai kami, dan bot terpaksa diperlahankan dengan laluan dihadapan sudah tidak kelihatan. Bot pula terhoyong-hayang. aku memang dah get ready untuk segala kemungkinan. Dalam perlahan pergerakan bot, kami menghampiri pantai tetapi kami telah tersasar sedikit dan sedang mencari-cari arah yang betul, Hampir 20 minit dok mengintai-ngintai arah yang betul, Akhirnya Alhamdulillah kami selamat juga tiba di jeti Merang pada jam 7.00 petang.

Malam tersebut aktiviti bebas sahaja, dan terdapat beberapa orang dari grup kami yang mengambil kelas Open Water dan sedang menyambung kelas teori Open Water.

Hari kedua kami bergerak pada jam 9.30  pagi dan tiba di jeti Pulau Bidong jam 10.30 pagi. Kelihatan En Mansor dan crewnya sudah siap sedia dengan tong gas untuk selaman kami.

Selaman keempat kami mula jam 11.30 pagi di kawasan Tanjung Geluk dengan kedalaman maksimum aku capai pada waktu itu ialah 20.1 meter. Suhu air masa tu 29 darjah celcius. Aku berjaya capai 50 minit gak masa dive tu. Kali ni dive tu rasa best gak sebab banyak dapat lihat coral dan penyu.

Selaman seterusnya di lokasi Chanel dandive keenam dilokasi pertengahan antara Pulau Bidong dan Pulau karah. Dive keenam ni dive kami seperti dive di Gurunn Sahara pulak kata salah seorang buddy diver. Mana taknya kami mula turun, cadangnya nak gerak ke hadapan, tetapi disebabkan current yang terlalu kuat kami terpaksa ikut sahaja current tersebut dan hasilnya kami hanya dapat lihat pasir sahaja.

Dive ke Bidong ini agak best jugaklah sebabnya aku tak pernah sampai sini, dan lagi satu trip ni boleh dikatakan murah jugaklah dengan bayaran sebanyak RM 600 termasuk makan minum, bot, penginapan dan 6 kali dive lagi. Tahniah pada pihak Scubatex kerana berjaya atur trip ini. Pada semua diver yg ikut sama trip ini, u all memang best..............Jumpa lagi next time, InsyaAllah.

6 comments:

Naramas Aman said...

Rombongan Cik Kiah tu pompuan semua ke?

kayrol said...

hehe rombongan cik kiah dan pak meon....

Naramas Aman said...

ha ha ha :D seronoknya Cik Kiah dan Pak Meon scuba diving kan...tak kena simpul mengkarung ke scuba ni?

alialisa said...

waahhh..saya berenang pun ala ala...teringin nak dive..tengok keindahan dunia dari perspektif lain! good job~

kayrol said...

jom-jom sapa nak pergi dive, kalau kita tgk keindahan tuhan masa atas darat ni sudah indah, alam laut lagi indah ciptaanNya.

Naramas Aman said...

Betul tu...indahnya ciptaan Tuhan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails