Wednesday, September 19, 2012

Sipadan, Mabul dan Kapalai

Hari ini rasa happy dan gembira sangat.
Sebab apa.....hehe....hari ini berjaya buat tempahan untuk Trip Diving di Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai.
Terima kasih Billabong Scuba kerana sudi menerima grup kami dari Pulau Pinang.

Aku telah membuat tempahan untuk pakej 12 org diver dan 8 non diver.
Lokasi selaman juga telah di setkan
,
3 dive di Pulau Sipadan
3 dive di Pulau Mabul
dan 1 Night dive.

Tak sabar pulak rasanya.....walaupun tarikh yg ditempah memang lama lagi iaitu 19 - 22 Jun 2013.
Tapi bila dah tempah tu rasanya sebelah kaki dah berpijak di sana.

Kunjungan pertama dahulu pada tahun 2010 kalau tak silap hanya sempat buat lawatan sosial sahaja, just pergi jalan-jalan.....
Tapi kali ini tunggu Sipadan, Mabul dan Kapalai, aku datang untuk menyelami isi perut kamu, aku datang untuk menikmati keindahan dasar laut kamu.

Untuk dive di Pulau Sipadan ini memang kene buat tempahan awal, sebab Pulau Sipadan hanya limit kepada 120 penyelam sahaja sehari. Dan penyelamnya pula datang dari serata dunia.

InsyaAllah jika diizinkan Tuhan nanti dan diberikan kesihatan yang sempurna, akan aku jejaki sekali lagi Sipadan.

3 comments:

Naramas Aman said...

Memang tempat yang menarik untuk scuba diving...airnya jernih, ikan-ikannya cantik, subhanallah...2 orang dah beritahu perkara yg sama pada saya. Saya sendiri tak pernah pergi..:)

♡ a.y.u ♡ said...

mintak jasa baik..tolong suggest kat saya challet mana yg dekat ngan pulau2 ni n senang untuk sy bergerak dari airport..sebab ini pertama kali nak kesana so cam blurr....tq :)

b541314 said...

I will be at Billabong on 29 Apr - 03 May... All the best to all :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails