Tuesday, September 11, 2012

Anugerah Kayak Keselamatan

Anugerah Kayak Keselamatan adalah merupakan step yang ke-4 dalam Persijilan Kayak Kebangsaan yang dikendalikan oleh Persatuan Kenu Malaysia ataupun MASCA. Di Malaysia ini aktiviti sukan Kayak dan struktur Persijilannya di jaga oleh satu badan yang bernaung dibawah Persekutuan Kenu Antarabangsa.

 Pada 2 - 7 September yang lepas aku berpeluang untuk sama-sama mengikuti Kursus ini yang dijalankan di Sungai Klah, Sungkai Perak. Kursus ini dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum Perak dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak MASCA yang diketuai oleh sifunya iaitu En Md. Amin Md Taff.



Kursus ini telah dijalankan di kawasan jeram gred 3 dan kami berpeluang untuk menuruni jeram yang terdapat di Sungai Klah ini. Alhamdulillah semua peserta yang terlibat amat berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi dan segala skil dan ilmu yang diperolehi amat berguna sekali. Kami telah didedahkan dengan pelbagai teknik menyelamat menggunakan alatan dan tanpa alatan. Peserta juga didedahkan dengan basic untuk membuat gulingan.

Dengan tamatnya kursus ini bermakna aku sedang menghampiri satu sahaja lagi step iaitu step kelima untuk bergelar seorang  Jurulatih Kayak. Bagi seseorang yang telah mengikuti  Kursus Jurulatih, mereka  boleh mengendalikan Kursus-kursus Bintang Satu dan Dua, Sijil Jurulatih Asas dan Anugerah Keselamatan.
.
Namun begitu untuk bergelar seorang Jurulatih kayak, kursus yang akan dikendalikan nanti lebih tegas dan keras bagi melahirkan seorang Jurulatih kayak yang betul-betul berwibawa. Kami telah diingatkan supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh dan memahirkan diri dengan segala skill yang terdapat dalam struktur persijilan Anugerah Jurulatih. Memang kami telah dibekalkan lebih awal apa yang akan diuji dalam persijilan Anugerah Jurulatih tersebut nanti.

Nampaknya dari sekarang aku perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memahirkan segala kemahiran yang terdapat dalam silibus Jurulatih tersebut. Kami juga diingatkan supaya mahir dalam kedua-dua belah sisi tangan kanan dan kiri. Ini yang buatkan aku sedikit lemah kerana sebelum ini semasa mengambil sijil Jurulatih Asas dahulu memang aku dapat buat dengan baik pada sisi sebelah kanan tapi bila suruh buat belah sisi kiri, akan berlaku sedikit masalah pulak.
.
Semoga kursus yang telah diterima pada kali ini akan membangkitkan lagi semangat aku untuk bergelar seorang Jurulatih Kayak berkaliber.. Cehhh wah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails