Wednesday, December 26, 2012

Azam Tahun Baru 2013

Bila di tanya apa Azam tahun baru 2013. apa anda nak jawab, masih berfikir, menerawang ke alam khayalan mencari apakah sebenarnya azam diri. Adakah azam tahun lalu sudah tercapai atau masih terkapai-kapai. Adakah berbaloi membuat azam baru atau sekadar meneruskan azam lama.

Sudah tentu bila masuk sahaja tahun baru, semua dari kita bersemangat untuk menyatakan azam masing-masing. Sebenarnya azam tahun baru dapat memotivasikan diri ini untuk berubah atau membuat perubahan pada diri daripada sesuatu yang kurang kepada sesuatu yang lebih baik.

Bagi aku pulak, boleh tak kalau aku katakan Azam aku tahun 2013 ni nak terus berjalan atau mengembara ke lebih banyak negara yang belum pernah pergi dan kalau diizinkan Allah nak sampai jugak sampai ke negara China. Itu pun kalau status kewangan mengizinkan. Setakat ni yg dah ada dalam perancangan nak sampai ke Bangkok, Chiengmai, Laos, Hanoi, Ho Chi MInh, Nanning dan Yunnan.

Nak berjalan tahap gaban, tapi duit ada ke idak. Itulah lumrah manusia, keinginannya tinggi, nak mencapai awan, tapi sayang tangan tak berapa nak sampai.

InsyaAllah kalau diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki dan  juga dipanjangkan umur, akan aku menjelajah ke serata dunia. Kata orang banyak berjalan, luas pandangan, terbuka minda bertambah pengetahuan. Harap-harap jugak AIr Asia buatlah promo banyak-banyak yer......Ok Bye...bye.

4 comments:

Mie said...

Wah satu lagi blog travel yang menarik...

Unknown said...

salam...maaf kalau komen nih tanpa di undang....sy mazuan, asal dari pulau pinang, ada sijil star 1&2... boleh tak kalau sy nk join or sewa kemudahan kayak di sekitar pulau pinang, tu pon kalau tuan blog x keberatan nak berkongsi...tq

kayrol said...

To mazuan,
Untuk pengetahuan tuan, kemudahan kayak yg terdapat di premis saya jab pelajaran pulau pinang hanyalah untuk kegunaan latihan bagi para pelaar dan guru serta boleh juga badan kerajaan yg lain untuk menggunakannya. Tapi ianya bukanlah untuk disewa untuk badan swasta atau org perseorangan seperti yg biasa dibuat oleh sesetengah pusat rekreasi. Tapi kalau mazuan minat nak main kayak boleh jer join kalau saya ada program, boleh jer kita main selit-selit mcm tu, terima kasih

ct cheery said...

haha..hope tercapai impian itu dengan izin allah..amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails