Saturday, February 28, 2015

Keindahan Bukit Broga.....

Bukit Broga ialah sebuah bukit yang terletak dalam negeri Selangor dalam daerah Semenyih. Ketinggiannya taklah setinggi mana, dalam 400 meter dari aras laut sahaja. namun keindahan panoramanya amat mengasyikkam dan menjadi satu lokasi tumpuan terutama pada hujung minggu dan cuti am.

Bukit Broga juga menjadi lokasi kegemaran penggemar fotografi yang ingin merakamkan suasana matahati terbenam dan matahari jatuh. Pemandangan 360 darjah di beberapa puncaknya amat menenagkan sekali.


 Untuk sampai ke Bukit Broga ini, kita bolehlah mmemandu kereta menghala ke pekan Kajang dan Semenyih. Selepas itu ambil signboard ke Broga. Selepas kita berjumpa simpang Broga, hala terus lurus ke dalam dan kita akan berjumpa dengan Universiti Nottingham di sebelah kiri. Pandu lagi ke hadapan dalam beberapa kilometer dan kita akan nampak kawasan parking kereta ke Bukit Broga dalam kawasan ladang kelapa sawit.
 Singnboard ini menandakan kita dah sampai ke starting point. 
 Bayaran parking adalah RM 2 dikenakan oleh tuan tanah disini. Dikawasan parking ada disediakan tandas.
 Memang banyak kereta yang parking disini dan para pendaki akan hadir sekitar jam 3 dan 4 pagi. Ini kerana mereka ingin melihat suasana matahi terbit yang amat indah sekali.
 Signboard jalan masuk ke starting point. Gunung Tok Wan pula boleh dijejaki apabila kita sampai di puncak Broga. Tapi kene tambah beberapa kilometer lagilah yer. Pastikan anda membawa bekalan yang mencukupi sebelum menjejaki Gunung ini.
 Suasana sekitar waktu matahari ingin terbit.

Cukup tenang dan mengasyikkan. Memang tak jemulah kalau selalu mendaki disini.
Untuk sampai ke puncak Broga, aku mengambil masa sekitar 1 jam. Dengan keadaan rehat yang sekejap-sekejap. Kami bertolak jam 5.00 pagi dan sampai sekitar jam 6 pagi.
 Sebenarnya Broga mempunyai beberapa puncak. jangan ingat anda dah sampai puncak apabila jumpa puncak yang pertama, sebenarnya ada 4 puncak yang aku jumpa. Puncak Bukit Broga ada signboard besar kat atasnya dan ada banyak pokok-pokok juga. Puncak dibawah yang jumpa sebelum ini langsung tiada pokok.

 Pemandangan sekitar trek Bukit Broga memang cantik sekali.
 Jalan hati-hati yer, trek sini akan licin jika kene waktu hujam.
 Lihatlah betapa ramainya orang pada waktu cuti aritu.


Lepak-lepak santai kat atas ni memang best. Aku lihat ramai pendaki yang hadir datang semata-mata untuk menikmati kaindahannya. Mungkin sebab Bukit ini tidaklah setinggi mana, jadi sebab itu ianya menjadi kegemaran para pendaki.

 Cantikkan, tak menyesal datang dari jauh semata-mata nak naik bukit ni.
 Trek turun yang mencanak. Masa naik tadi tak perasan sebab dalam gelap lagi.
Selamat tinggal Broga, moga dapat hiking lagi ke sini pada masa akan datang.

2 comments:

Unknown said...

ok saya kena cuba hike nih hihi

kayrol said...

memang berbaloi-baloi kalau hiking sini, tak rugi punya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails