Saturday, October 29, 2011

Kursus Lagi........

Akan bergerak ke Melaka esok pagi. Ini bermakna sekali lagi aku meninggalkan isteri di rumah berseorangan. Menghadap tuntutan kerja, Kursus Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Aktiviti Risiko Tinggi Jurulatih Pusat kokurikulum Negeri.
Kunjungan kedua ke Melaka dalam masa 2 bulan, Semoga perjalanan esok pagi akan dimudahkan dan terselamat dari mara bahaya. Kursus ini akan dijalankan oleh NIOSH iaitu satu badan yang mempunyai autority dalam bidang keselamatan dan aktiviti risiko tinggi.
Moga aku mendapat maklumat dan ilmu yang berguna dalam kursus ini nanti.

Thursday, August 25, 2011

Muqarrabin ingin tawan Gunung-gunung Para Nabi


...semasa pelancaran misi Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi...

Selepas kejayaan Expedisi menawan 7 benua, Muqarrabin sekali lagi akan melakukan satu ekspedisi besar yang dikenali sebagai Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi. Misi ini telah di rasmikan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malayisa, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Ogos 2011 di pejabatnya.
.
Misi tersebut akan bermula pada Oktober ini dan akan berakhir pada Mac tahun depan. Kali ini misinya bukanlah melibatkan ketahanan fizikal tetapi lebih kepada pendakian untuk berkongsi kisah para nabi-nabi terdahulu mula mendaki dan mengenal diri, mencari kekuatan spiritual dan mengenal siapa Tuhannya serta membentuk perwatakan diri.
.
Pendakian ini akan melibatkan 7 buah negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Syria, Turki dan Russia. kali ini Muqarrabin akan membawa bersama 2 orang pendaki muda yang akan dipilih dari kalangan remaja yang berumur 17 dan 18 tahun di samping 12 orang kru penggambaran.
.
Dikatakan juga kos ekplorasi ini berjumlah sekitar RM 1.2 juta. Kos ini sebahagiannya melibatkan kos penggambaran pendakian yang akan dijadikan 30 siri penggambaran untuk siaran TV Nasional.
.
Aku memang respect betul dengan si Qabin ni, Kalau tengokkan badan tu, rasa macam tak percaya yang dia telah berjaya menawan gunung-gunung terhebat kat dunia ni. Tapi inilah yang dikatakan nasib badan. Kalau nak pergi naik dengan kos sendiri mintak maaflah memang tak akan mampu punya. tapi Qabin ni, dia telah berjaya mengumpul dana yang banyak untuk projek-projeknya.
.
Apapun Ahmad Muqarrabin, rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kamu, semoga kamu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menamatkan misi kamu dengan jayanya.



Wednesday, August 24, 2011

Kedai Outdoor di Penang


Kali ni nak kongsi satu kedai Outdoor yang baru bukak kat Pulau Pinang. Kedai ni namanya outdoordynamics. Lokasinya terletak di belakang USM. Kalau nak tepat lagi, di The Pallazia, kedai 97-G-18 . Kedai memang berhadapkan jalan, dan selang satu kedai dari Al-Ikhsan Bukit Gambir. Lebih kurang seberang jalan dari MaryBrown dan Petronas Bukit Gambir.
.
Bagi yang ada GPS, lagi senang, korang set saja coordinat ni - N05 21.551' , E100 17.660' . Kedai buka dari jam 11 pagi sampai 8 malam - Isnin - Jumaat dan 11 pagi sampai 5 petang hari Sabtu. Ahad dan cuti awam tutup. Hari Jumaat pun tutup antara kul 12.30 tgh hingga jam 2.30 tgh. Kalau nak tepon kedai - 04-656 3345.
Kedai ni memang sempoi dan terasa adventure sekali apabila anda berkunjung ke sini. Tuan kedai pulak, namanya Bro Nadir. Susun atur barangan dalam kedai memang nampak kemas disamping tuan kedai yang cukup friendly.
Jadi bagi geng-geng Utara kalau tercari-cari kedai outdoor bagi memenuhi keperluan dunia kembara anda, mailah berkunjung ke sini. Aku promote ni pun bukannya dapat komisen pun, saja nak tolong kawan bagi up traffic ke kedai dier.Harap gambar yang aku post kat sini dapat menarik korang semua berkunjung ke kedai ni. Kalau lalu atau jalan-jalan kat area Penang ni, janganglah segan-segan untuk singgah ke sini.
.
##Bro Nadir, sorry yer copy paste gambar ko kat sini....



Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.......

Dikesempatan ini, di hari baik bulan baik ini kami berdua memohon ribuan kemaafan, andaikata ada terguris kata terkasar bahasa sepanjang persahabatan di alam maya ini. Sesungguhnya tiada apa yang lebih mulia selain maaf memaafi di bulan mulia ini.
.
Ucapan terima kasih tidak terperi,
Atas tatapan semua pembaca,
Kad di olah pengganti diri,
Ucapan Selamat Hari Raya pada semua.....







Monday, August 22, 2011

Duit Raya, dah tukar ker.....


Hari ni dok berebut kat Maybank. sebabnya apa lagi kalau dah dekat nak raya ni. Tukar duitlah. Punyalah lama dok menunggu giliran nak tukar duit tu. Ada lah dekat setengah jam dok menunggu giliran. Akhirnya dapat gak tukar.
.
Cuba kira duit kat dalam gambar tu berapa ratus aku tukar, alang-alang tukar nah ambik ko ada dekat RM 800 aku tukar. Semuanya duit RM 1. Apa banyak? Mana ada banyak, aku punya sendiri dalam RM 200 jer, Yang lain-lain tu my mother sendiri RM 200, mak saudara RM 100 dan Mak mertua RM 300. Bukan apa semuanya minta tolong aku tolong tukarkan.
.
Biasanya tukar RM 200 tak abis pun, tapi kene get ready jugak.
Tapi kan, apa punya kedekut Maybank ni, aku tukar RM 800, dia bagi sebungkus jer ampau. Kedekut betul. tak pa nasib baik ampau tahun lepas tak abis lagi....
.

Cara letak iklan Nufnang terapung di sidebar


Hari ini aku cuba-cuba untuk meletakkan iklan Nufnang supaya dok terapung kat sebelah kanan blog aku tu.
.
Jadi mulalah aku godek-godek laman-laman blog yang membuat tutorial pasal mende alah ni.
Banyak yang aku masuk dan cuba tapi cubaan aku tu tak berapa menjadi. Ada yang timbul tapi tak terapung kat kanan atau kiri tapi kat tengah-tengah.
.
Kalau terapung kat tengah nak buat apa. Buat menyemak mata adalah. Dari petang selepas balik kerja aku cuba, tak berjaya, sambung lepas berbuka sebelum pi Tarawikh pun tak berjaya. Balik tarawikh cuba lagi, pun tak berjaya. Puas aku pikir apa pasal tak nak jadi ni. Tengok tutorial yang di buat oleh teman-teman blogger yang lain nampak senang saja.
.
Akhirnya selepas puas aku dok pikir, akhirnya aku berjumpa akan masalahnya. Masalahnya pasal "angka" sahaja. Bila iklan nufnang tu timbul ditengah, aku try adjust angka yang asal iaitu dari 10 ke 20, tapi aku tak nampak perbezaan sangat. Aku ingat memang dia tak berubah. Akhirnya aku cuba tukar angka tu dari 10 kepada 890, barulah iklan nufnang tu bergerak terus ke sebelah kanan blog. Ohhh rupanya kena tukar angka yang besar baru nak jadi yer...
.
Ok kat sini aku nak kongsilah dengan rakan-rakan semua yang mana nak try jugak tutorial ni..Tapi rasenyer korang try sajalah tutorial tu kat sini. Aku malas nak tulis balik tutorial dia.
.
Cuma kalau iklan nufnang tu timbul kat tengah blog korang, adjust saja kat angka, dan tgk sendiri perubahan dier. Ingat jangat ubah sikit-sikit tak nampak kesannya, nak ubah, ubah terus ke angka ratus... Ini pendapat akulah dan memang ada kesannya kat blog aku. Ok selamat mencuba..
.

Sunday, August 21, 2011

Zakat Fitrah, Satu Kewajipan

Alhamdulillah pada petang tadi tepat jam 5.15 petang, sempurna sudah Rukun Islam ke tiga iaitu kewajipan zakat fitrah bagi tahun ini bagi diriku dan juga isteri. Seperti tahun sebelumnya, aku membayar zakat fitrah di Jusco Bandar Perda. Senang bagi kami di samping pergi shopping keperluan raya di Jusco, singgah sekejap menunaikan kewajipan kepada Ilahi.
Seperti yang pernah aku khabarkan sebelum ini zakat ini lebih elok dan afdal di bayar di tempat di mana kita mencari rezeki. Jadi aku kerja kat Pulau Pinang, kat sinilah tempatnya aku membayar zakat. Kawan-kawan semua macam mana, zakat fitrah dah bayar belum.
.
Walaupun zakat fitrah ini lebih afdal lagi dilewatkan sehingga dekat Syawal, tapi mungkin kita akan terlupa apabila makin dekat nak raya lagi kita sibuk dengan keperluan raya akhirnya kewajipan zakat tertinggal.
.
Bagi diriku dan isteri jumlah zakat fitrah yang kami keluarkan pada tahun ini adalah sebanyak RM 14.00 untuk dua orang. Bagi negeri Pulau Pinang harga zakat fitrah ialah RM 7. Kalau korang semua nak tahu nilai zakat fitrah bagi negeri masing-masing boleh ke entri aku yang lalu kat sini.
.
Harap semua muslimin dan muslimat tidak lupa menunaikan kewajipan berzakat pada tahun ini.....Semoga Ramadhan kan datang lagi pada tahun hadapan dan kita sempat untuk menikmatinya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails