Thursday, November 17, 2011

Trip Mendaki Gunung Kinabalu


Satu trip mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara akan diadakan pada cuti pertengahan sekolah 2012 nanti. Program ni aku "open" kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berkemampuan.
.
Senarai nama diperlukan sebelum 30 Disember 2011 nanti. Aku hanya buka trip ni hanya kepada 22 orang sahaja. Jadi jika berminat, boleh segera contact aku. Wang deposit sebanyak RM 400 diperlukan semasa mendaftar. Aku akan mula membuat penempahan tempat di Kinabalu Park dan flight pada 1 Januari 2012.
Jika berminat nak tengok dia punya full jadual, aku akan email pada korang, just, tinggal alamat email korang kat ruangan chat atau ruangan komen dibawah.
.
Harga penuh pakej ni RM 1300.00 yang meliputi
i) Flight pergi balik
ii) Pengangkutan sepanjang program
iii) Makan dan minum di Kinabalu Park
iv) Pakej White Water di sungai Kiulu
v) Penginapan sepanjang kursus
Gambar kat atas ni, dia punya laluan ke puncak Kinabalu. Jom sertai program ni untuk pengalaman seumur hidup korang. Mungkin ramai yang berhajat nak naik gunung nji, tapi tak punya peluang dan tak tahu macam mana caranya untuk ke sana. Jadi apa tunggu lagi sementara ada peluang.............................
.
Anda juga boleh email aku di kayrol_penang@yahoo.com
 

Sungai Sedim White Water Rafting Expeditions

Kali ini pada 13 dan 14 November, aku seperti biasa bersama grup PULAKOPP telah mengikuti satu lagi sesi cabaran getir iaitu menempuh cabaran Berakit Arus Deras atau lebih glamour lagi di sebut White Water.
.
Bertempat di Sungai Sedim dan menggunakan khidmat Jurupandu Air dari Rafid Fire Adventures. Pergerakan dari Pusat Ko bermula jam 6.45 pagi dengan menggunakan bas persiaran sewa khas dan sampai di Sedim lebih kurang jam 8.30 pagi. Sampai sahaja kami terus bersarapan dan berjumpa dengan Abg Zali yang incharge kami untuk aktiviti kali ini.
Sebaik kami sampai itu, pihak Rapid Fire telah bersiap sedia dengan Raft yang telah diangkut ke dalam 4x4 untuk dihantar ke starting point.
.
Setelah kami bersiap-siap dengan pakaian aktiviti, satu penerangan dan taklimat ringkas telah diberikan oleh pihak Rapid Fire tentang peraturan dan perkara yang patut kami lakukan dan elakkan. Oleh kerana antara kami ada yang masih baru lagi dalam bidang ni, maka penerangan terperinci harus diberikan.
Trip White Water kali ini kami memilih pakej mencabar iaitu selama 6 jam untuk hari pertama dan pada hari kedua pakej santai selama 2 jam. Kami terpaksa berjalan dahulu ke starting point kerana 4x4 yang ditunggu untuk mengambil kami tidak berpatah balik. Ini kerana laluan ke starting point terlalu bersemak dan sesetengahnya dihalangi oleh pokok tumbang dan ranting buluh yang merintangi jalan.
.
Oleh sebab itu mereka terpaksa menebas dahulu halangan-halangan tersebut. Lebih kurang jam 10.45 pagi, kami tiba di starting point. Deruan air sungai sedim membuatkan kami lebih teruja. Semuanya rasa tak sabar untuk merasai pengalaman Rafting. Ada kalangan peserta yang mukanya nampak pucat kerana terpikir adakah aku akan berjaya mengikuti program ini. Ada pula yang terpikir betul ke apa yang aku buat ni.
Semua guide kami sedang sibuk mengepam Raft yang akan kami gunakan nanti. Sementara menunggu semua Raft selesai diisi angin, kami membuat Water Confident terlebih dahulu. Oleh kerana ramai yang masih baru dalam bidang ni dan ada juga yang fobia dengan air, tetapi disebabkan semangat nak mencuba sesuatu yang baru, sebab itulah mereka berada disini.
.
Jam 12 tgh kami memulakan ekspedisi. Setiap Raft terdapat 5 org beserta Skipper dari Rapid Fire. Disamping itu terdapat juga Rescue Man yang bergerak dengan 2 kayak single dan juga 3 orang dengan Tubing.
Satu demi satu jeram kami tempuhi. Permulaan trek masih ok, jeram tidak terlalu besar, namun cukup mendebarkan bagi yang masih baru. Setelah menempuh jeram yang ketiga sahaj sudah ada kalangan peserta yang jatuh dari Raft setelah menumph jeram yang agak berliku.
Terdapat juga laluan di mana para peserta terpaksa turun dari raft dan hanya raft sahaja yang melalui laluan tersebut. Ini kerana terdapat batang kayu yang merintangi laluan. Fenomena ini disebabkan keadaan 'Ibu Air' yang membawa kayu-kayu besar dan tersangkut pada batu-batu besar di situ.
Satu jeram yang amat mendebarkan peserta yang dikenali sebagai "Triple Night Mare". Jeram ini dilalui secara satu persatu oleh setiap Raft. Ada Raft yang berjaya melalui dengan sekali harung sahaja terus sampai di kawasan air tenang, Namun kebanyakan raft tersangkut di tengah jeram di kawasan air berpusar dan memerlukan mereka memerah tenaga untuk berkayuh bagi melepasi jeram. Raft terakhir yang melepasi jeram tersebut, pada mulanya berjaya melepasi dengan baik, tidak tersangkut di kawasan air berpusar namun setelah tiba di penghujung jeram, Raft tersebut telah terbalik dan menyebabkan berlaku sedikit kecederaan di kawasan hidung.
.
Namun disebabkan semangat untuk mencuba sesuatu yang baru, ekspedisi diteruskan tanpa berpatah balik. Begitulah resam aktiviti outdoor ni, calar-calar dan luka sedikit itu biasa sahaja bagi kami.
.
Satu lagi kejadian mencemaskan berlaku apabila tiga buah Raft telah melalui satu jeram yang sempit. Ini kerana 3 Raft ini berada di bahagian belakang dan tidak menyedari bahawa 3 Raft hadapan, pesertanya telah turun dan hanya Raft sahaja yang dihanyutkan. Jadi apabila mereka melalui jeram tersebut, kesemua sekali peserta dari ketiga-tiga raft itu telah terbalik dikawasan air yang cukup laju. Seorang peserta tertelan air yang amat banyak dan terpaksa diberikan rawatan kecemasan. Ditambah pula terkejut akan saat mencemaskan yang baru berlaku. Peserta itu terpaksa di bawa pulang dengan segera ke base Camp dengan raft.
Setelah saat mencemaskan tadi berlalu, semua peserta bergerak ke base camp yang hanya tinggal 10 minit sahaja pergerakannya dari tempat tadi. Kali ini aku terpaksa bertindak sebagai Skipper untuk Raft aku kerana Sklipper aku telah bergerak dahulu untuk menghantar peserta yang cedera ke base camp.
.
Tamat hari pertama dengan seribu satu cerita dan pengalaman yang amat berharga bagi kami semua. Pada sebelah malam masing-masing bercerita tentang kisah masing-masing. Ada yang tertelan air, ada yang terasa seperti nak mati apabila tenggelam dalam air dan ada pula yang hanya tersengeh mendengar cerita lucu dari rakan-rakan.
Hari kedua dimulakan dengan senaman pagi yang ringkas sahaja. Badan terasa sedikit sengal-sengal dan letih. Laluan pada hari kedua ini tidaklah terlalu panjang seperti hari pertama semalam. kali ini cuma 2 jam sahaja. Laluannya pula tidaklah terlalu mencabar seperti semalam.
.
Satu tempat yang amat mencabar pada laluan pada hari ini dikenali sebagai "Elbow Fall". Di kawasan ini semua peserta dikehendaki turun dan mengangkat kayak ke kawasan dihadapan sedikit seterusnya dilepaskan dari kawasan atas jeram. Alhamdulillah semua peserta selamat sampai ke bawah tanpa ada Raft yang terbalik. Kawasan ini amat ditakuti oleh semua peserta kerana jeramnya yang tinggi iaitu lebih kurang 15 kaki dan peserta hanya duduk berpegang pada Raft sahaja tanpa pendayung.
Setelah melalui saat mendebarkan itu, jeram-jeram seterusnya hanya biasa sahaja dan semua Raft dapat melaluinya dengan selamat. Hanya layan sahaja celahan batu-batu jeram.
.
Ekspedisi akhirnya tamat pada jam lebih kurang 11.45 pagi. Setelah mandi dan berkelah lebih kurang kami semua mengangkat kembali Raft ke dalam 4x4 yang sudah sedia menunggu dan kembali semula ke base camp.
.
Tengahari ni rasa sedap pulak nasi yang dimakan. maklumlah baru selesai main air dan tiada apa yang nak dirisaukan lagi. Semuanya sudah selamat. Kami keluar dari Rapid Fire punya Kem lebih kurang 2.40 petang dan bas sudah sedia menunggu di kawasan parking Sungai Sedim.
.
Seribu satu cerita telah dikutip, selepas ini akan tersebarlah cerita-cerita menarik ini dikalangan rakan-rakan Jurulatih yang lain.
.
Pada rakan pembaca blog ini kalau korang nak merasai sama aktiviti White Water ini boleh berhubung terus dengan aku. Aku boleh tolong aturkan. Minima peserta 8 org sahaja dan maksimum peserta 24 org. Untuk full pakej korang boleh email sahaka dekat aku kayrol_penang@yahoo.com.

Thursday, November 10, 2011

Loan Peribadi

Nak kongsi sikit berkenaan selok belok buat loan. Tentu antara kita selagi bergelar insan kat muka bumi ni dan bukannya datang dari kalangan anak Jutawan atu orang kaya-kaya, tentu kita tak lekang dari hal-hal loan meloan. Kalau setakat kerja gomen ataupun swasta tu mesti tak boleh lari punya. Sampai masa pasti kita akan kesuntukan wang dan akan mencari bank-bank yang boleh bagi kita loan dengan kemampuan gaji kita.
.
Apa yang aku nak share kat sini ialah tentang apa yang berlaku kat aku hari ni. Sebenarnya aku memang dah ada 2 loan yang sedang aku tanggung. Satu dengan Bank Rakyat dan satu lagi Agro Bank. Jadi petang tadi pergilah aku kat satu cawangan bank Rakyat ni mintak nak buat Overlap loan yang lalu dan aku buat dlm 100K. Jadi untuk buat Overlap , kalau pinjaman lalu dari bank sama takder masalah, Yang menjadi masalahnya bank yang satu lagi tu. Dalam kes aku ni loan dari Agro Banklah. Apa yang kita kene buat ialah kita kene mintak penyata baki terkini pinjaman kita.
.
Masalahnya timbul bila nak mintak statement bank ni, punyalah payah dia nak bagi. Katanya bank cawangan tak boleh keluarkan penyata bank kepada peminjamnya. Kalau nak kene berhubung terus dengan cawangan yang mana kita buat loan dulu. Teruklah macam ni kalau aku nak kene balik kampung pulak ambik statement tu. Loan Agro bank ni dulu aku buat kat cawangan Tanah Merah Kelantan. Ada sesetengah kawan aku kata, ada sesetengah bank yang mintak bayaran RM 50 untuk keluarkan penyata ni. Aik siap buat bisnes pulak. Padahal setakat print saja penyata yang ada kat dalam Komputer tu. Bukannya susah mana pun dan bukannya makan modal apa pun, setakat print sehelai dua page saja. teruk betullah bank-bank sekarang ni.
.
Berbalik pada kisah aku ni, terpaksalah aku telepon Agro Bank cawangan Tanah Merah Kelantan mintak dia orang untuk hantar kat aku penyata tu. Nasib baik Agro bank ni tak mintak kat aku RM 50 sebagai caj. Yang syoknya bila aku semak kedudukan loan aku kat cawangan kat Penang ni, dia kata aku punya loan tu dah selesai sebenarnya, tapi Angkasa masih potong lagi. Ni la yang masalahnya kalau dah abis potong, dahlah jangan dok buat potongan lagi. Buat susah aku nak buat loan baru jer....sebabnya had kelayakan aku akan berkurangan jika dalam slip gaji tu tertera potongan yang lalu.
.
Jadi sebagai pengajarannya ialah kalau korang nak buat loan peribadi, seelok-eloknya korang buat dengan satu bank sahaja. Ini lebih menyenangkan di kemudian hari, terutamanya jika korang nak buat Overlap. Tapi kalau tak nak buat Overlap tak apalah.
.
Hari ni buat loan bukannya apa...balik Raya hari tu dok usha tanah dan rumah kat kampung, alih-alih berkenan pada satu lot tanah tu, harga dalam RM 65,000. Keluasan dalam 6500 kaki persegi. Dekat pulak tu ngan jalan raya. Rasa rugi pulak kalau tak ambik. Kalau tak nak buat rumah pun, elok pegang dulu mana tahu 4 atau 5 tahun lagi harga tanah tu boleh up naik RM 100,000. Tak ker durian runtuh namanya.....

Saturday, October 29, 2011

Kursus Lagi........

Akan bergerak ke Melaka esok pagi. Ini bermakna sekali lagi aku meninggalkan isteri di rumah berseorangan. Menghadap tuntutan kerja, Kursus Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Aktiviti Risiko Tinggi Jurulatih Pusat kokurikulum Negeri.
Kunjungan kedua ke Melaka dalam masa 2 bulan, Semoga perjalanan esok pagi akan dimudahkan dan terselamat dari mara bahaya. Kursus ini akan dijalankan oleh NIOSH iaitu satu badan yang mempunyai autority dalam bidang keselamatan dan aktiviti risiko tinggi.
Moga aku mendapat maklumat dan ilmu yang berguna dalam kursus ini nanti.

Thursday, August 25, 2011

Muqarrabin ingin tawan Gunung-gunung Para Nabi


...semasa pelancaran misi Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi...

Selepas kejayaan Expedisi menawan 7 benua, Muqarrabin sekali lagi akan melakukan satu ekspedisi besar yang dikenali sebagai Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi. Misi ini telah di rasmikan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malayisa, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Ogos 2011 di pejabatnya.
.
Misi tersebut akan bermula pada Oktober ini dan akan berakhir pada Mac tahun depan. Kali ini misinya bukanlah melibatkan ketahanan fizikal tetapi lebih kepada pendakian untuk berkongsi kisah para nabi-nabi terdahulu mula mendaki dan mengenal diri, mencari kekuatan spiritual dan mengenal siapa Tuhannya serta membentuk perwatakan diri.
.
Pendakian ini akan melibatkan 7 buah negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Syria, Turki dan Russia. kali ini Muqarrabin akan membawa bersama 2 orang pendaki muda yang akan dipilih dari kalangan remaja yang berumur 17 dan 18 tahun di samping 12 orang kru penggambaran.
.
Dikatakan juga kos ekplorasi ini berjumlah sekitar RM 1.2 juta. Kos ini sebahagiannya melibatkan kos penggambaran pendakian yang akan dijadikan 30 siri penggambaran untuk siaran TV Nasional.
.
Aku memang respect betul dengan si Qabin ni, Kalau tengokkan badan tu, rasa macam tak percaya yang dia telah berjaya menawan gunung-gunung terhebat kat dunia ni. Tapi inilah yang dikatakan nasib badan. Kalau nak pergi naik dengan kos sendiri mintak maaflah memang tak akan mampu punya. tapi Qabin ni, dia telah berjaya mengumpul dana yang banyak untuk projek-projeknya.
.
Apapun Ahmad Muqarrabin, rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kamu, semoga kamu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menamatkan misi kamu dengan jayanya.



Wednesday, August 24, 2011

Kedai Outdoor di Penang


Kali ni nak kongsi satu kedai Outdoor yang baru bukak kat Pulau Pinang. Kedai ni namanya outdoordynamics. Lokasinya terletak di belakang USM. Kalau nak tepat lagi, di The Pallazia, kedai 97-G-18 . Kedai memang berhadapkan jalan, dan selang satu kedai dari Al-Ikhsan Bukit Gambir. Lebih kurang seberang jalan dari MaryBrown dan Petronas Bukit Gambir.
.
Bagi yang ada GPS, lagi senang, korang set saja coordinat ni - N05 21.551' , E100 17.660' . Kedai buka dari jam 11 pagi sampai 8 malam - Isnin - Jumaat dan 11 pagi sampai 5 petang hari Sabtu. Ahad dan cuti awam tutup. Hari Jumaat pun tutup antara kul 12.30 tgh hingga jam 2.30 tgh. Kalau nak tepon kedai - 04-656 3345.
Kedai ni memang sempoi dan terasa adventure sekali apabila anda berkunjung ke sini. Tuan kedai pulak, namanya Bro Nadir. Susun atur barangan dalam kedai memang nampak kemas disamping tuan kedai yang cukup friendly.
Jadi bagi geng-geng Utara kalau tercari-cari kedai outdoor bagi memenuhi keperluan dunia kembara anda, mailah berkunjung ke sini. Aku promote ni pun bukannya dapat komisen pun, saja nak tolong kawan bagi up traffic ke kedai dier.Harap gambar yang aku post kat sini dapat menarik korang semua berkunjung ke kedai ni. Kalau lalu atau jalan-jalan kat area Penang ni, janganglah segan-segan untuk singgah ke sini.
.
##Bro Nadir, sorry yer copy paste gambar ko kat sini....



Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.......

Dikesempatan ini, di hari baik bulan baik ini kami berdua memohon ribuan kemaafan, andaikata ada terguris kata terkasar bahasa sepanjang persahabatan di alam maya ini. Sesungguhnya tiada apa yang lebih mulia selain maaf memaafi di bulan mulia ini.
.
Ucapan terima kasih tidak terperi,
Atas tatapan semua pembaca,
Kad di olah pengganti diri,
Ucapan Selamat Hari Raya pada semua.....







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails