Wednesday, August 8, 2012

Keretapi Laju Beijing ke Shanghai

Tahukan anda terdapat satu perkhidmatan keretapi berkalajuan tinggi yang paling laju di dunia. Perkhidmatan keretapi ini menghubungkan bandar Beijing ke Shanghai di China yang panjangnya 1,318 km. Keretapi ini telah memulakan operasinya pada 30 Jun 2011. ini bermakna baru lebih kurang setahun ianya memulakan perkhidmatannya.
.
Syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan pembinaan landasan ini ialah "Beijing–Shanghai High-Speed Railway Co., Ltd." yang mana menelan belanja lebih kurang 220 billion yuan(sekitar$32 billion). Di sepanjang landasan itu pula terdapat lebih kurang 244 batang jambatan dengan jambatan Danyang-Kunshang sepanjang 164 km merupakan jambatan terpanjang didunia. Juga terdapat lebih kurang 22 terowong yang perlu dilalui sepanjang landasan tersebut.
.
Sebelum adanya landasan ini, jarak masa yang diambil untuk perjalanan dari Beijing ke Shanghai adalah selama 14 jam, tetapi kini jarak perjalanan telah dapat disingkatkan kepada 8 jam untuk kelajuan purata 250 km sejam. Bagi tren yang membuat kelajuan 300 km sejam jarak dipendekkan kepada 5 jam sahaja.
.
Ihsan TravelChinaGuide.com

InsyaAllah satu masa nanti aku pun nak cuba try gak naik train ni. Sapa tahu nanti kalau diizin tuhan aku boleh buat trip dari Beijing balik Malaysia pakai jalan darat saja.... Ini bukan mustahil sebab memang ada dah orang yang buat macam ni, tapi masa tu kan tok sah cakap lah memang perlukan masa yang panjang, boleh jangkau sebulan gak tu yang mana hanya guna train, bas dan van sahaja.

Tuesday, August 7, 2012

Penginapan Murah bagi Kakitangan Kerajaan

Sebenarnya bagi kakitangan kerajaan terdapat satu keistimewaan yang mana apabila kita bercuti kita akan mendapat satu keistimewaan iaitu kadar penginapan yang murah. Rasanya tidak ramai yang tahu akan keistimewaan ini. Kadar penginapan yang murah itu adalah serendah RM 25 untuk bilik standard. Harga ini memang amat berbaloi sekali. Bagi penginapan sebuah apartment 3 bilik pula kadar penginapan termurah adalah serendah RM 50.00. Namun begitu kadar penginapan ini berbeza antara sesuatu tempat dan juga jenis penginapan.
.
Antara rumah penginapan yang terdapat di negara kita ini adalah seperti di bawah:-
.
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) terletak di 7 lokasi iaitu :

Rumah Penginapan Persekutuan (RP) pula terletak di 8 lokasi iaitu :  

Rumah Transit 1 lokasi iaitu :

.
Untuk menempah rumah penginapan ini, kakitangan kerajaan boleh terus memaut link di sini. Ikutilah setiap langkah yang diberikan.
.
Tapi perlu diingat rumah peranginan dan penginapan ini seperti goreng pisang panas, sentiasa penuh dan kita perlu menempah dalam satu jangka waktu yang lama sebelum tarikh sebenar.
.
Ok, selamat melancong semua.....

Monday, August 6, 2012

Keperluan Visa Bagi Rakyat Malaysia

Setelah lama tidak mengupdate blog ni, kat sini aku nak kongsi sikit tentang keperluan Visa bagi kita rakyat malaysia. Info ini tentu amat berguna bagi kaki kembara di luar sana. Sebenarnya bukan semua negara yang kita nak pergi melancong atau mengembara perlukan keperluan Visa ini. hanya sesetengah negara sahaja yang memerlukan kita mendapatkan Visa terlebih dahulu sebelum memasuki negara mereka.
.
Ok lah aku pun tak mau nak salin balik atau hurai dengan panjang lebar berkenaan Visa ni, cukuplah dengan korang klik saja kat sini. Dan korang baca sendirilah yer.
.
Lagi satu bila korang dah pergi melancong tu, untuk keselamatan kita sendiri takut berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini semasa melancong atau mengembara itu eloklah korang ambik tahu juga mengenai pejabat kedutaan dan konsul negara kita di negara yang kita lawati. Seeloknya korang salin dan simpan alamat, no. telefon atau email dia orang. Senang nanti kalau berlaku masalah kita boleh refer terus ke sini. tapi nak lebih "afdal" lagi sebelum masuk negara tu elok laporlah dulu kedatangan kita ke sana. Ok kalau nak tahu alamat semua kedutaan negara kita di negara luar, korang klik dan godek-godek saja di sini.
.
Selamat mengembara dan melancong semua.

Tuesday, June 19, 2012

Kursus Selam Skuba "Open Water"

Satu kursus Selam Skuba "Open Water" akan dijalankan pada 14 - 16 September 2012 di Pulau Perhentian, Terengganu.
.
Bagi yang berminat untuk mengambil lesen menyelam sebagai satu langkah untuk meneroka alam lautan, bolehlah sama-sama join trip kali ini.
.
Kosnya adalah sekitar RM 1350.00 yang meliputi kos untuk:-
i) Kos kursus termasuk buku nota dan lesen menyelam
ii) Kos bot jeti Besut ke Pulau Perhentian pergi dan balik
iii) Kos makan dan minum selama 3 Hari 2 Malam.
iv) Kos penginapan selama 3 hari 2 Malam.
v) Kos bot sepanjang kursus.
vi) Peralatan menyelam termasuk BCD, Regulator dan peralatan lain.
.
Bagi yang dah lama minat nak menyelam tu dan tak tahu macam mana nak mula, jom sama-sama join  trip kali ini.
.
Jangan malu, jangan segan korang boleh contact aku di talian 0134776002 atau email ke kayrol_penang@yahoo.com.
.
Kursus ini terbuka kepada semua, tak kira lelaki atau perempuan, Umur kalau boleh lepasan sekolah lah yer.
.
Macam mana nak confirm, just bank in deposit sebanyak RM 300 ke akaun Maybank 107152305032 Khairul Anuar. Selebihnya di bayar sewaktu kursus nanti.

"MAAF KURSUS INI DAH PENUH"

Program Taman Laut Pulau Redang

Kali ini aku bawak trip pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang seramai 50 pelajar dan 30 orang Jurulatih termasuk Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang sekali. 
Gambar atas ni sedang menunggu masa feri tolak iaitu pada jam 10.30 pagi kat Jeti Syahbandar, di tengah-tengah pekan Kuala Terengganu.
Kos feri ke Pulau Redang ialah RM 40 untuk pelajar sekolah dan RM 70 untuk dewasa.
Ni pulak on the way dari jeti Pulau Redang ke Pusat Kokurikulum Cawangan Redang tempat penginapan kami selama 3H 2M disini.


Sesi taklimat awal semasa baru tiba di Pusat Kokurikulum. Pusat Kokurikulum dikhaskan untuk penginapan para pelajar dan pengunjung dari kalangan warga Pendidikan seluruh Malaysia.
Briefing tentang aktiviti Snorkeling dan water confident. Taklimat keselamatan perlu disampaikan sebelum para pelajar turun dalam air.
Sesi regangan sebelum turun air.
Memang cantik pantai Teluk Dalam ni, airnya cukup tenang sekali, amat sesuai untuk bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan air ni.
Jangan takut dik, bukan senang nak mai Pulau rewdang ni.
Ikan Nemo, wah cantik tak, memang indah sekali ciptaan Tuhan.
Balik sesi pemanas badan, naik lori ramai-ramai.....Satu pengalaman baru bagi para pelajar.
 Malam pertama, para Jurulatih dan Tuan Pengarah, pergi mencandat sotong, rezeki mereka memang murah, dapat lebih kurang 30 kilo sotong malam tu, Apa lagi kami yang kat darat ni terus menyediakan bara api untuk sesi bakar sotong.

Inilah bentuk kapal yang dinaiki oleh para pelajar dan Jurulatih semasa sesi "Round Island". Sarat ngan penumpang, dah macam pelarian Vietnam la pulak.
Destinasi pertama hari kedua, lawatan ke Pusat Pemuliharaan Penyu Chagar Hutang. Kat sini telur-telur penyu di jaga dengan rapi daripada pemangsa-pemangsa terutamanya manusia.
kak Suzana sedang memberikan taklimat mengenai pusat ini.
Tak sangka satu lagi pengalaman baru yang dialami oleh para pelajar, iaitu Spa Udang. Berjalan sedikit ke dalam kawasan hutan kawasan pemuliharaan penyu ini para pelajar akan menemui satu kawasan takungan air yang mana terdapat anak-anak udang yang banyak yang akan menggigit kaki anda.
Inilah buktinya anak-anak udang di kawasan "Spa Udang" ini.
Sempat jugak buat 1 dive di kawasan Pulau Paku. Jadilah buat menambahkan log book.
Sayonara jumpa lagi lain kali.....bye...

Saturday, June 9, 2012

Open Water and Advanced Open Water......



Alhamdulillah satu lagi trip yang aku bawa untuk buat trip Diving di Pulau Perhentian succes dengan cemerlangnya...

2 orang rakan kini berjaya bergelar diver...dan 2 orang rakan lagi berjaya melanjutkan lesenya ke Advanced Open Water. Tahniah pada kalian semua.
.
InsyaAllah lepas ni bertemu lagi kita untuk dive di Pulau Payar pulak. 2 Hari 1 Malam, 5 dive maybe.
Gembira gak masa trip Perhentian ni dapat jumpa geng lama masa buat rescua and DM dulu iaitu si Azlie dari Putrajaya. Tak sangka betul, dulu masa jumpa baru jer buiat Open, sekarang ko dah bergelar Rescue Diver yer.
.
Bolehlah lepas ni ambik lesen Dive Master pulak.
Terima kasih pada saudara Pyruzal kerana mengaturkan dengan baik trip kali ni, begitu gak dengan Mahaguru kami Abang Mie Fauna, InsyaAllah Abg Mie, kita akan terus berurusan lagi lepas ni. And Hope sangat-sangat Projek "Dive Raya" kita menjadilah.
.
Thank pada diver baru, Mukrim and Ust Shukri, lepas ni bolehlah mula hobi baru ni dengan lebih giler  lagi, hehe.

Wednesday, May 30, 2012

....Akan memulakan suatu lagi langkah menyelami dan menikmati keindahan alam  dasar laut.
.....Perhentian..aku datang lagi buat kesekian kali.....
....Kali ini bersama 3 orang bakal diver yang baru, dan 2 diver yan g kan further study ke Advance Diver. Dan aku sendiri cuba satu lagi bidang baru Underwater Photography.
.
Moga trip kali ini success.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails