Tuesday, December 3, 2013

Trip Bandung dan Jakarta - Part 4

Untuk episode keempat ni aku just nak share pengalaman kami menaiki keretapi dari Bandung ke stesyen Gambir Jakarta. Perjalanan dari stesyen bandung ke stesyen Gambir Jakarta mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kos dalam 70,000 Rupiah sama dengan RM 21 sahaja.



Kami mengambil train jam 3.30 dari Bandung. Keluar awal sikit dan sempat makan tengahari di dalam stesyen Bandung. Di stesyen Bandung ramai yang kerja tolong mengangkat barang. Dia orang ni pakai baju merah. Dia orang ni pandai cakap kat kita dah boleh masuk pastu terus angkat barang kita tolong hantar. Aku pun tak sempat nak buat apa, alih-alih ikut jerlah dia dari belakang. bagus gak Bapak ni tolong angkat beg aku dan hantar sampai ke kerusi. Mulanya aku hulur 10,000 rupiah, tapi dia mintak 20,000 dalam RM 6 jugaklah. Oklah tu.




Pemandangan dalam perjalanan ke Jakarta sungguh indah sekali. Sukar digambarkan dengan kata-kata.Pemandangan sawah padi di lereng-lereng bukit amat mempesonakan sekali. Dalam train ada pramugari yang datang offer beli makanan dan minuman.






Kami sampai stesyen gambir jam 6.30 petang. cari teksi dan terus ke Hotel Condotel di daerah Thamrin City. Dekat jer dari pasar Tanah Abang. Sampai kat hotel dah pukul 8.00 malam. Hotel Condotel menarik gak, tinggi dan di sajikan dengan pemandangan kota Jakarta.



Malam tu keluar cari makan dan berjalan di sekitar Thamrin City. Kedai dah banyak yang nak tutup. Makan di restoren bawah Hotel sahaja. esok akan bergerak ke Tanah Abang...dengar kata antara pasar terbesar di Asia Tenggara. Tunggu yer...

Part 1
Part 2
Part 3
Part 5

Trip to Bandung dan Jakarta - Part 3

Pak Supi dating tepat jam 8.00 pagi seperti yang dijanjikan. Terkejut pagi tu ingatkan mai dengan kereta kecik jer, tapi datang dengan Suzuki besar, boleh muat 6 orang lagi tu. takpa, senang sikit nak isi barang kut. pak Supir kami namanya pak Ngkus. Seorang islam, baiknya orangnya, ikut sahaja kemana aku minta di bawa. Sebab dia baik jugaklah aku topup 50 000 Rupiah kat dier.

Perjalanan dari Hotel ke Tangkuban Perahu ambil masa 1 jam setengah. 30 minit melepasi Bandung kami mula masuk ke jalan mendaki dan bengkang bengkok. Pemandangan Gunung Tangkuban Perahu di hadapan. Dalam kereta Pak Ngkus telah berpesan kepada kami supaya berhati-hati dengan penjaja-penjaja jalanan yang ramai terdapat di pusat wisata Tangkuban Perahu.
 



Pintu masuk ke Tangkuban Perahu kami kene bayar tiket masuk 50,000 Rupiah seorang dan permit kereta 15,000  Rupiah sebuah. yang ni kita yang kene bayar. sampai jer kawasan parking, penjaja-penjaja jalanan telah cuba mengerumuni kami. Buat tak tahu jer sudah. Ambil gambar sana sini cari port yang cantik dan menarik. Nak ambil gambar di sign board Tangkuban yang cukup terkenal tu kene ambil giliran dulu. Sign ni wajib untuk ambil gambar. baru sah sampai sini. Ada jugak penjaja tu yang nak tolong ambil gambar kami, ikhlas katanya. Aku nasihatkan korang tak payahlah yer..suruh pelancong lain lagi bagus. nanti tak pasal-pasal di paunya korang nanti.



Dari kawasan parking kami berjalan turun di laluan di kawasan tersebut mencari port-port lain yang menarik. Memang banyak gambar yang kami rakam. Sempat jugak singgah makan ubi keledek goring di gerai yang ada di situ. Sejuk-sejuk pekene kopi panas memang syok di sini. sejarah gunung tangkuban Perahu ni katanya dari kisah Sangkuriang yang ingin berkahwin dengan ibunya sendiri. Kisah selanjutnya korang google sendirilah yer. Malas aku nak tulis di sini.



Selesai di Tangkuban Perahu kami bergerak turun dan destinasi seterusnya ke daerah beli belah barangan kulit yang terkenal iaitu Cibaduyut. Kawasan ni memang terkenal dengan barangan kulit. Kasut kulit, jaket kulit, beg kulit dan aneka macam barangan kulit. Harga memang murah. Kebanyakan barangan kulit yang di jual di serata Indonesia datangnya dari daerah Cibaduyut ini.

Selesai di Cibaduyut kami minta Pak Supir hantar kami ke kawasan Toko Tiga kawasan yang terkenal dengan seluar Jean. Tapi kami bukan ke kawasan Jean ni, tapi  mencari kedai basikal. Memang banyak kedai basikal di sini. Jalan-jalan di kedai basikal, ada yang kecik dan ada yang besar. yang besar tu macam butik pulak rupanya.




Selesai di sini kami bergerak pula ke Factory Outlet di kawasan jalan Riau, juga destinasi wajib di bandung. kat sini antara Factory Outlet yang terdapat Heritage, Stamp dan The Summit. Selesai jalan Riau kai bergerak terus ke Pasar Baru sekali lagi. Pasar Baru tutup jam 5.00 petang. Jadi petang tu semasa kami ke Pasar Baru kedai dah nak tutup. Sempat jelajah sahaja dengan niat esoknya akan shooping lagi buat terakhir kalinya.


yang lain-lain tunggu next part yer...

Part 1
Part 2
Part 4
Part 5

Trip Bandung dan Jakarta - Part 2

Selamat pagi Bandung. Hari ini hari kedua kami di Bandung. Sebelah pagi kami plan untuk ke Pasar Baru. Jadi jalan kaki keluar dari Hotel Kenangan, sampai simpang belok kiri, terus sahaja sampai satu jejantas keretapi, naik jejantas tu dan jalan terus lagi sampailah Pasar Baru. Pasar Baru bukak jam 8.00 pagi. 9.00 pagi waktu Malaysia yer. Waktu Bandung lewat sejam dari Malaysia. Dari blog lain dapat tahu elok pergi awal ke Pasar Baru ni, biasanya pelanggan pertama akan dapat harga lebih murah. Harga pecah telur katanya. jadi waktu kami sampai tu banyak kedai yang masih belum buka. Dok tercangaklah sekejap depan kedai-kedai tu.



Untuk pengetahuan korang Pasar Baru ni ada lapan tingkat atau 8 lantai kata orang sana. Setiap lantai itu pulak ada  beratus kedai. jadi kalau korang ke Bandung dan bawak anak kecil elok pegang elok-elok, kalau hilang memang susah nak jumpa. kat sini barang-barang memang murah. memang syurga beli belah bagi orang perempuan.



Kat sini kalau nak cari telekung memang murah yang amat...kat sini panggil Mukena. Mukena kat sini harga rata-rata RM 30 sahaja. Kalau yang budak punya tu harga belas-belas jer. Memang murah sangat. Orang rumah memang rambang mata. banyak jugak dia shopping, letih jugaklah aku menunggu. Aku pulak terjumpalah jersi basikal yang murah dan amat cantik. Dapat tangkap jugak 2 pasang. Lepas tu wasap kat geng Pusat Ko, dia orang pun order gak, sempat jugaklah cari untuk dia orang.

Kami menjengah dari satu kedai ke satu kedai sambil tengok-tengok barangan pilihan hati. Kain sutera memang tak miss. Cantik dan murah. dalam hatio esok dan lusa mesti datang lagi sebelum ke Jakarta. Kami dok kat Pasar Baru dari pagi sampailah ke tengahari. Nak ikutkan tak habis lagi kedai yang kami jelajahi. tapi piker petang ni nak ke tempat lain pulak jadi cukuplah dulu. menapak pulak sambil kini membimbit dan mengendong beg-beg plastic yang berisi habuanya. Keluar jer dari Pasar Baru, mak ai banyak nyer penjaja jalanan yang tak kurang murahnya barangan yang dijual.

Pada sebelah tengahari kami bergerak dulu ke stesyen keretapi untuk menempah tiket keretapi ke Jakarta. Untuk membeli tiket keretapi kita kene isi borang terlebih dahulu dan ambil nombor dan tunggulah giliran kita di panggil. dekat 2 jam jugaklah kami menunggu nombor dipanggil Kalau nak senang korang booking jer melalui online. memang ada disediakan perkhidmatan tempahan tiket melalui online. Bayaran tiket keretapi dari Bandung ke Jakarta sebanyak Rupiah 70,000 sekitar RM 21.



Selesai tiket keretapi kami dapatkan teksi untuk ke Cihampelas. Paling terkenal kat sini Ci Walk. Kat sini banyak deretan Factory Outlet dan banyak juga Spiderman dan Batman yang bergayutan. Sekitar jalan Cihampelas korang boleh cari aneka pakaian dan barangan kulit serta jean yang murah-murah. Kat sini memang happening terutamanya di malam hari.

Selesai ronda-ronda kat sini kami bergerak pula dengan teksi ke Rumah Mode. Ingatkan apalah Rumah Mode ni, rupanya juga Factory Outlet yang banyak jual barangan branded. tak beli apa kat sini. tak kene dengan selera kut. last sekali ambil balik teksi terus balik ke hotel. Malam tu kami cuma melepak kat bilik jer, letih sangat sebelah siangnya.
 



Planning untuk esok untuk ke Tangkuban Perahu. Booking Pak Supir bersama mobilnya. Kos Rupiah 450,000 dalam RM 135. Boleh pakai pak Supir ni dari jam 8.00 pagi sampai jam 9.00 malam. Dapat Pak Supir dari satu blog iaitu dari Iwan Transport. Berhubungan dengan saudara Iwan hanya melalui wasup sahaja. Janji diatur, harga dipersetujui dan pak Supir hdir pada waktu dijanjikan. Iwan Tanya berapa orang, cakap 2 orang sahaja. Ingatkan dia nak bagi keretalah sebab 2 orang jer kan. Alih-alih esoknya nah kereta Suzuki, boleh memuatkan 6 orang.. Wife  aku memang jadi bos besarlah kat belakang tu.

Jadi nak tahu cerita kami esoknya di Tangkuban Perahu, tunggu episode seterusnya yer....

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5


Trip to Bandung dan Jakarta - Part 1

Alhamdulillah trip ke Bandung dan Jakarta telah pun selesai dan kai telahpun selamat kembali ke Tanah Malaysia tercinta. Trip ni telah berlangsung pada 23 hingga 28 November yang lalu. Seperti biasa sebelum pergi ke sana kenelah dulu survey blog-blog lain yang dah pernah ke sana. Bukan apa survey nak dapatkan idea mana tempat yang menarik dan happening di bandung dan Jakarta. Trip ini memang sengaja dirancang bermula dengan shopping di Bandung kemudian habisan sikit lagi duit di Jakarta. Tapi kalau korang nak pergi ke sana eloklah pergi Jakarta dulu dan kemudian Bandung. Nanti tak adalah jadi macam kami yang memikul banyak barangan sebab terlajak shopping kat Bandung.

Pertama kali mendarat di Lapangan Terbang Bandung dari LCCT. Turun jer dari flight...ummph kecik jer Airport ni. Kaunter imegresen pun cuma ada 2. Tempat ambil beg juga kecik dan tidak membuat pusingan seperti di lain-lain Airport. Maknanya jika tuan beg yang pertama tak ambil beg maka beg akan jatuh ke lantai di langgar beg yang lain.

Dari Airport Bandung kami terus keluar dan membelok ke kiri ke tempat teksi. Sengaja tak ke kaunter teksi dalam terminal Airport tu, takut mahal. Dari Airport ke pusat kota Bandung kos RM 15 jer. Di Bandung kami menginap di Hotel Kenangan dengan kos Rupiah 280,000 bersamaan RM 84.00. Menarikh gak hotel ni...harga sekali dengan sarapan pagi, dimana ada 4 menu disediakan, tinggal kita pilih sahaja. Nak tempah sini, just email sahaja kat pihak pengurusan sini.

Dari Hotel Kenangan, ianya berdekatan dengan pusat membeli belah utama di Bandung iaitu Pasar Baru. Cuma berjalan kaki lebih kurang 10 minit. Kalau nak ke stesyen keretapi Bandung, hanya 5 minit jalan kaki dari hotel.
 

Hari pertama kami di bandung tak banyak yang dapat dilakukan, sebabnya sampai bandung dah pukul 5 petang. Perjalanan dengan flight dari LCCT ke bandung mengambil masa 2 jam 10 minit. Malam tu kami berjalan kaki cari kedai makan, jumpa kedai makan Ampera. makan disini pilih lauk dulu mana yang berkenan, pesan air dan duduk di meja, lauk yang kita pilih itu mereka akan panaskan terlebih dahulu. dalam 5 minit hidangan kita akan sampai dan uniknya nasi di bungkus dalam daun pisang, seperti nasi kukus. Kat Bandung korang kene cuba jus Sirsak,  jus Alpukat, jus Manggo dan ada satu dua jenis lagi. Memang best, terasa kepekatannya.


Lepas makan kami terus menapak ke arah hadapan tanpa arah tujuan, Tanya orang nak cari shopping Complex, jalan punya jalan samapai ke Mall Matahari. Masuk dalam terjumpa kedai buku Gramedia. Memang aku tahu dah kalau ada kedai buku ni, adalah barangan Eiger  brand outdoor yang terkenal di Indonesia. habislah jugak duit aku dalam seratus dua malam tu.

Esoknya perancangan hanya untuk shopping di Pasar Baru, Cihampelas dan Rumah Mode. Untuk cerita seterusnya tunggu dalam part ke dua ok......

Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails