Tuesday, December 3, 2013

Trip Bandung dan Jakarta - Part 2

Selamat pagi Bandung. Hari ini hari kedua kami di Bandung. Sebelah pagi kami plan untuk ke Pasar Baru. Jadi jalan kaki keluar dari Hotel Kenangan, sampai simpang belok kiri, terus sahaja sampai satu jejantas keretapi, naik jejantas tu dan jalan terus lagi sampailah Pasar Baru. Pasar Baru bukak jam 8.00 pagi. 9.00 pagi waktu Malaysia yer. Waktu Bandung lewat sejam dari Malaysia. Dari blog lain dapat tahu elok pergi awal ke Pasar Baru ni, biasanya pelanggan pertama akan dapat harga lebih murah. Harga pecah telur katanya. jadi waktu kami sampai tu banyak kedai yang masih belum buka. Dok tercangaklah sekejap depan kedai-kedai tu.



Untuk pengetahuan korang Pasar Baru ni ada lapan tingkat atau 8 lantai kata orang sana. Setiap lantai itu pulak ada  beratus kedai. jadi kalau korang ke Bandung dan bawak anak kecil elok pegang elok-elok, kalau hilang memang susah nak jumpa. kat sini barang-barang memang murah. memang syurga beli belah bagi orang perempuan.



Kat sini kalau nak cari telekung memang murah yang amat...kat sini panggil Mukena. Mukena kat sini harga rata-rata RM 30 sahaja. Kalau yang budak punya tu harga belas-belas jer. Memang murah sangat. Orang rumah memang rambang mata. banyak jugak dia shopping, letih jugaklah aku menunggu. Aku pulak terjumpalah jersi basikal yang murah dan amat cantik. Dapat tangkap jugak 2 pasang. Lepas tu wasap kat geng Pusat Ko, dia orang pun order gak, sempat jugaklah cari untuk dia orang.

Kami menjengah dari satu kedai ke satu kedai sambil tengok-tengok barangan pilihan hati. Kain sutera memang tak miss. Cantik dan murah. dalam hatio esok dan lusa mesti datang lagi sebelum ke Jakarta. Kami dok kat Pasar Baru dari pagi sampailah ke tengahari. Nak ikutkan tak habis lagi kedai yang kami jelajahi. tapi piker petang ni nak ke tempat lain pulak jadi cukuplah dulu. menapak pulak sambil kini membimbit dan mengendong beg-beg plastic yang berisi habuanya. Keluar jer dari Pasar Baru, mak ai banyak nyer penjaja jalanan yang tak kurang murahnya barangan yang dijual.

Pada sebelah tengahari kami bergerak dulu ke stesyen keretapi untuk menempah tiket keretapi ke Jakarta. Untuk membeli tiket keretapi kita kene isi borang terlebih dahulu dan ambil nombor dan tunggulah giliran kita di panggil. dekat 2 jam jugaklah kami menunggu nombor dipanggil Kalau nak senang korang booking jer melalui online. memang ada disediakan perkhidmatan tempahan tiket melalui online. Bayaran tiket keretapi dari Bandung ke Jakarta sebanyak Rupiah 70,000 sekitar RM 21.



Selesai tiket keretapi kami dapatkan teksi untuk ke Cihampelas. Paling terkenal kat sini Ci Walk. Kat sini banyak deretan Factory Outlet dan banyak juga Spiderman dan Batman yang bergayutan. Sekitar jalan Cihampelas korang boleh cari aneka pakaian dan barangan kulit serta jean yang murah-murah. Kat sini memang happening terutamanya di malam hari.

Selesai ronda-ronda kat sini kami bergerak pula dengan teksi ke Rumah Mode. Ingatkan apalah Rumah Mode ni, rupanya juga Factory Outlet yang banyak jual barangan branded. tak beli apa kat sini. tak kene dengan selera kut. last sekali ambil balik teksi terus balik ke hotel. Malam tu kami cuma melepak kat bilik jer, letih sangat sebelah siangnya.
 



Planning untuk esok untuk ke Tangkuban Perahu. Booking Pak Supir bersama mobilnya. Kos Rupiah 450,000 dalam RM 135. Boleh pakai pak Supir ni dari jam 8.00 pagi sampai jam 9.00 malam. Dapat Pak Supir dari satu blog iaitu dari Iwan Transport. Berhubungan dengan saudara Iwan hanya melalui wasup sahaja. Janji diatur, harga dipersetujui dan pak Supir hdir pada waktu dijanjikan. Iwan Tanya berapa orang, cakap 2 orang sahaja. Ingatkan dia nak bagi keretalah sebab 2 orang jer kan. Alih-alih esoknya nah kereta Suzuki, boleh memuatkan 6 orang.. Wife  aku memang jadi bos besarlah kat belakang tu.

Jadi nak tahu cerita kami esoknya di Tangkuban Perahu, tunggu episode seterusnya yer....

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails