Thursday, December 26, 2013

Kayuhan Basikal Timah Tasoh - Padang Besar - Hatyai - Timah Tasoh

Tarikh : 15 dan 16 Disember 2013
Laluan : Timah Tasoh - Padang Besar - Hat Yai - Timah Tasoh
Jarak Kayuhan : 82 km sehala, pergi balik 164 km
Jumlah peserta : 27 orang
Hotel penginapan : Florida Hotel, Hat Yai

Trip kayuhan ini dirancang dalam masa sebulan setengah sahaja. Hasil dari perbincangan kedai kopi kami realisasikan kayuhan inter country ini. Kemudian sesi mengumpulkan team yang akan berkayuh dibuat. Pada mulanya dalam 30 org gak yang setuju nak pergi, tapi hanya 23 peserta sahaja yang berjaya menyahut seruan dan pada saat akhir di tambah dengan 4 peserta dari PKK Perak.


Kami bersetuju untuk berkumpul di Pusat Kokurikulum Perlis pada 14 hb jam 6 petang mesti ada di sana. Semua peserta complete tiba jam 7 malam di Pusat Ko. Persediaan basikal telah dibuat masing-masing peserta, Alhamdulillah ramai ahli grup yang telah membuat persediaan rapi seperti menukar tayar kecil untuk on road saiz 1.25  dan saiz 1.5 siap dengan lampu depan belakang lagi. Persediaan jika terpaksa sampai malam.

Dari pengalaman kayuhan sebelum ini, 82 km mungkin boleh sampai dalam masa 4 atau 6 jam sahaja termasuk masa rehat. Kami bermula seawal pagi pada 15 hb tu, semua peserta bangun awal, seawal jam 5 pagi. Siap mandi, sembahyang subuh semua get ready tak sabar-sabar lagi nak mula berkayuh. Setelah senaman regangan sedikit dan diiringi bacaan doa kayuhan pun dimulakan.


Jam 7.30 pagi kayuhan bermula, melalui kawasan laluan berpokok, semua kayuhan berjalan lancar dan kami sampai di kawasan Padang Besar dalam masa 45 minit dengan jarak 17 km. Berhenti sarapan pagi di situ. Selesai sarapan, kayuhan dimulakan melalui pintu imegresen Padang Besar. Pemeriksaan Imegresen di sebelah Malaysia berjalan lancar,  dan kami memulakan kayuhan ke sebelah Thailand, Alhamdulillah orang tak ramai, jadi semuanya berjalan lancar dan kayuhan di sebelah Thailand dimulakan dengan laluan menuruni bukit dan turun naik bukit yang tek berapa tinggi hinggalah sampai ke pekan Sadao.

Semua team kayuhan telah berkumpul semula di stesyen minyak shell pekan Sadao. Pada waktu ini jarak kayuhan sudah mencecah 40 km. Tinggal lebih kurang separuh saja lagi untuk sampai ke destinasi. Setelah semua peserta sampai dan dapat berehat sebentar, kayuhan di sambung kembali dengan check point seterusnya di restoren makan bersebelahan masjid. Aku mengingatkan peserta jatak kayuahn ke restoren  mungkin dalam 20 km sahaja lagi. Jadi masing-masing bersemangat untuk menyambung kayuhan. Masa ni matahari mulai menyinar dan memanaskan badan kami.



Setelah berkayuh lebih kurang  20 km, masih tak nampak lagi rupa masjid yang ada restoren disebelahnya. mana-mana peserta yang berjumpa aku masa berkayuh, bertanya jauh lagi ker, apa yang boleh kukata dekat jer...dekat jer lagi...
 

Aku sendiri pun jadi confius, tak nampak-nampak lagi rupa restoren ni. Rupa-rupanya masjid yang disangka 20 km  sebenarnya 30 km jaraknya dari check point dekat stesyen shell tadi. Sampai jer restoren semua melantak makan tak ingat apa dah. Perut semua kosong, harap diisi dengan air jer..Memang rasa nikmat sunggut makan tengahari pada hari itu. Di tambah pula dengan matlamat destinasi Hat Yai dalam jarak 10 km sahaja lagi.


Pada waktu itu jam dah dekat pukul 1.30 tengahari. Jadi kami yang tinggal kat belakang hanya santai sahaja untuk menghabiskan baki jarak kayuhan. Memasuki kawasan pekan Hat Yai, jalan mulai sibuk dengan kereta dan motor. Jadi kene lebih berhati-hati sedikit. Terpaksa menyelit-nyelit di celahan kereta. Alhamdulillah akhirnya tiba ke destinasi yang dituju Florida Hotel. Selesaikan kayuhan 82 km dengan jayanya tanpa berlakunya apa-apa masalah besar kepada basikal mahupun peserta.


Malam tu kami ronda-ronda pekan Hat Yai dan Floating Market. Tak boleh ronda lewat sangat malam tu kerana esoknya akan berkayuh balik semula ke Timah Tasoh.

Hari kedua kayuhan balik pada 16 hb dimulakan dengan cabutan nombor bertuah kepada peserta kayuhan. Kayuhan balik dimulakan jam 7.30 pagi juga dan pagi tersebut kami bersarapan di kawasan gerai berdekatan dengan masjid kelmarin. Kayuhan balik ini, aku rasakan seperti santai sahaja, mungkin kerana cuaca terasa sedikit teduh. Hari itu kami bersarapan terus di kawasan Padang Besar sebelah Malaysia.



Dalam perjalanan balik ini, sebuah basikal peserta iaitu Farah telah mengalami bocor tayar dan di ganti tiub oleh team swapper di belakang. Ieyta pula terpaksa di bawa balik dari pekan Sadao ke Imegresen Thailand dengan sebuah Tut Tut kerana kekejangan otot. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Selesai makan tengahari di Padang Besar, kami meneruskan kayuhan ke Timah Tasoh yang jaraknya lebih kurang 17 km lagi. Dalam saki baki kayuhan tinggal lebih kurang 2 km lagi kami team belakang telah dihujani dengan hujan lebat hingga ke Pusat Koko. Habis basah lencun dibuatnya.

Akhirnya trip kayuhan ke Hat Yai ini telah Berjaya dengan jayanya dan semua merasa puas dan berbaloi modal yang dikeluarkan  untuk setup basikal masing-masing untuk kayuhan on road kali ini.
Moga berjumpa lagi dalam kayuhan ynag akan datang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails