Saturday, December 29, 2012

The Ridge Restoren


Restoren The Ridge, sebuah lagi restoren terbaru yang bakal menjadi restoren yang akan dikunjungi ramai suatu masa nanti. Lokasinya yang begitu startegik iaitu terletak di pintu masuk  utama ke Pulau Aman iaitu di jeti Bukit Tambun. Walaupun masih baru beroperasi, Restoren The Ridge menyajikan menu-menu yang terdiri dari maskan Western, Asia dan Seafood.
 Suasana persekitaran restoren ini yang terletak dikawasan tebing tinggi yang dibina menghadap ke arah pantai dan Pulau Aman. Suasana petang disni amat mendamaikan sekali. Tiupan angin pantai begitu mengasyikkan apabila anda sedang makan di sini.
 Lihatlah panorama pantainya, indah sekali, Nun dikejauhan sayup-sayup kelihatan Jambatan Pulau Pinang. Pada waktu malam kita akan dapat melihat dengan jelas lampu-lampu di  Jambatan tersebut.
 Kawasan Restoren yang cukup luas amat sesuai sekali untuk di buat jamuan bagi meraikan atau merayakan sesuatu perkara.
 Cashier Restoren The Ridge sedang melayan pengunjungnya yang sedang menunggu giliran membayar makanan mereka.
 Menu kami petang ini air tembikai dan Mee Udang. AIr tembikai harganya RM 4 segelas, manakala mee Udang kat bawah ni harganya RM 12 sepinggan. Nampak enak kan, Nak tahu enak ke tidak mai jemput rasa sendiri.

 Kami makan, betul-betul di tepi anjung restoren ini yang menghadap tebing tinggi dan pemandangan indah persekitaran Pulau Aman.
 Jika anada bertuah kat sini jugak kita boleh tengok matahari tenggelam. Cukup indah sekali.
 Ni waktu nak senja, kelihatan rumah-rumah di Pulau Aman sedang menyalakan lampu.
 Ni antara menu masakan di Restoren The Ridge. Tak susah untuk sampai ke sini, cari sahaja sign board ke jeti Bukit Tambun. Restoren ni di sebelah kiri jeti itu sahaja. Selamat menjamu selera dan selamat berkunjung ke sini.

Bagi rakyat Pulau Pinang, mai ramai-ramai ke sini, mari kita support pengusaha Melayu kita, katanya bos restoren ni sebelum ni kerja sebuah  hotel terkemuka.

3 comments:

Naramas Aman said...

Salam,
Nampak sedap mee udang tu. Adakah rasanya lebih kurang mee udang Teluk Kumbaq?

Macam mana nak pi jeti Bukit Tambun ni? Nama saja duk Penang, tapi banyak yang saya tak tau he he he.

kayrol said...

Boleh lawanlah kak, nak ke jeti tambun ni keluar tol bukit tambun dan hala ke batu kawan atau ke bukit tambun seterusnya ikut jer signboard tu, kalau hari minggu selalunya jeti ni penuh orang yg pergi berkelah kat pulau aman tu, pulau tu kalau pergi, boleh balik hari tu jugak

norh said...

boleh masukkan dlm plan ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails