Thursday, December 20, 2012
Travelouge Vietnam - Part 1
Pertama sekali, sorry you all, lama dah tak update blog ni....nungkin kesibukan dan kemalasan melanda.
Kali ni nak sembang tentang trip aku ke Vietnam pada 2 hingga 6 Disember 2012 yg lalu.
Trip ni kami pergi seramai 10 orang. Seperti biasa memang tak guna travel agen. Semua pakai researh Pak Google sajer dan redah terus. Pastu siap berani bawak kawan sampai 10 orang semuanya.
Dari pemerhatian aku sewaktu tiba di sana, Vietnam terutamanya bandar Ho Chi Minh adalah satu negara yang tidak susah untuk kita orang Malaysia untuk ke sana. Kita akan berjumpa dengan ramai orang Malaysia di sini. Tambahan pula kebanyakan peniaga di sini boleh berbahasa melayu sedikit sebanyak.
Nak cari kedai makanan halal juga tidak susah, kini telah banyak kedai dan restoren makanan halal di sini. Cuma yg tak berapa syok sikitnya dari segi harga. Amatlah mahal sekali. Purata sekali makan sekitar RM 25-RM 30 seorang. Menunya pula memang jenis makanan melayu sebabnya, kebanyakannya dipunyai oleh masayarakat Melayu Champa.
Dari segi pakej tour pula, korang boleh pilih sendiri nak yang murah atau yang mahal, Kalau murah tu boleh guna terus agen yg dah establish. Biasanya dia orang akan guna bas dan bilangan satu grup dalam 35 orang. Tapi kalau nak mahal pulak dan privacy sikit korang boleh guna agen persendirian dari kalangan orang Champa. Biasanya dia orang akan sewa Van bergantung kepada jumlah grup kita. Yang ni memang dah include makan sekali. Biasanya dalam USD 25-USD 30 seorang.
Bandar Ho Chi Minh ni memang syurga shopping bagi orang-orang Malaysia. Hargnya memang amatlah murah sesangat. Kebanyakan peniaga kain dan baju kurung di Malaysia akan datang ke sini sebulan sekali untuk mengambil stok. Bayangkanlah Butik First Lady dan Maidin pun mai ambik barang kat sini.
Tempat penginapan pulak tak susah, Kat sini banyak hotel-hotel murah. Budget dalam RM 80-RM 100 semalam sajer dah boleh dapat hotel yang selesa. Hotel ni pulak banyak yang berdekatan dengan tempat shopping. Kalau ada yang berhajat nak datang ke Vietnam cari hotel yang dekat dengan Ben Tanh Market. Korang boleh searh kat agoda.com terus untuk booking hotel. Senang dan cepat.
Mata wang yang guna kat sini Vietnam Dong, USD dolar dan Ringgit Malaysia. Aku nasihatkan kalau nak tukar duit, korang tukar sikit jer Vietnam Dong kat Malaysia, cukup untuk bayar tambang teksi sahaja, Selebihnya bawak duit Malaysia tukar kat Vietnam ni. kadar tukaran lebih tinggi kita tukar di sini.
Oklah dulu, selebihnya aku akan cerita pasal Vietnam ni dengan lebih terperinci di episod yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya pon minat jgk nak p vietnam... hehe.. tapi tahle bila akan smp.. yg kata boleh book hotel via agoda.com tu, boleh rekemen tak hotel apa yg best n selesa? yela hotel murah mmg best tp kdg2 nasib kita tu dpt bilik lak yg xbest! hrp semua bilik best2. xdak masalah mcm air pelan ker.. aircond rosak ker..hehe
puan boleh tgk link ni...http://mytripadventure.blogspot.com/2012/12/travelouge-vietnam-part-5.html
saya suggest hotel saigon pink 2 tu, aritu dok oklah, semua function elok jer...
Post a Comment