Jom saper-saper nak join pi Vietnam. Kali ni aku pergi sorang jer, tiket dah beli, pastu bilik pun dah tempah. Ha bilik tu boleh muat sorang lagi, jom sapa-sapa nak join, tapi kene lelaki jer lah ya....
Tentu korang tertanya-tanya kenapa aku pergi sorang saja kan...Bukan apa kali ni aku pergi seawal bulan januari selama 3 hari 2 malam ni, sebabnya aku nak pergi borong kain-kain pasang dan kain tudung buat bisnes kat Malaysia ni. Saja jer nak try meniaga, Mana tahu kot-kot esok boleh jadi saudagar kain pulak...hehe..
Seperti biasa hotel aku booking melalui agoda.com. Senang jer, duit bayar terus menggunakan credit card dan bilik dah confirm booking atas nama kita. Melalui pengalaman sebelum ini booking melalui agoda.com, memang tak ada masalah semasa check in. Tak tahu lah pulak pada maa akan datang. Harapnya semua berjalan lancar.
Hajatnya nanti sampai sana jer terus pi borong mana-mana kain yang berkenan dan murah-murah, lepas tu aku nak cuba survey lagi mana-mana tempat yang tak sempat diteroka semasa kunjungan sebelum ini.
Teringin nak menjejak kaki ke kawasan "Pham Lu Ngo" yang dikatakan kawasan "backpacker heaven" di Saigon ini. Pada mulanya hajat nak booking bilik di kawasan sini, tapi disebabkan tujuan utama aku nak beli kain jadi rasanya kawasan Pham Lu Ngo ni tak berapa sesuai utnuk menginap sebab jauh sedikit dari kawasan pasar Ben Tanh dan pusat beli belah utama di Saigon ini.
Flight pulak seperti biasa aku tempah penerbangan "Air Asia". Harga yang aku dapat untuk tarikh ni taklah mahal mana dan taklah jugak dikatakan murah. Kiranya bolehlah kut. Harapnya nanti perjalanan ni selamat pergi dan balik. Bukannya lama lagi pun, dalam sebulan jer lagi. Jadi kalau ada sesaper yang berhajat nak join sama trip ni bolehlah ya. Jangan malu dan jangan segan, kita boleh jadi kawan punya.....
8 comments:
Alamak...kena lelaki hu hu hu...
Semoga berjaya sebagai saudagar kain.
Kat Pham Ngu Lao tu memang agak happening tempatnya tapi jauh sikit dari Ben Thanh Market...
tu lah mie, rasanya nak kene jengah jugak tempat tu, tgk mcm mana happeningnya, sama tak ngan Khaosan Road kat Bangkok tu, jauh sikit pun tak pa sebab pergi sorang jer...
Ni yg membuatkan tak sabar nak jejak vietnam ni... 4bulan lagiii eehehe.
Berapa jauh la agaknya hotel tu ye?
Hotel tempat sy menginap ni dekat jer dr tempat shopping kat bent tanh market tu, yg jauhnya tu kws:-)backpacker di Pham Lu Ngo tu, lebih kurang 30 minit jugak jalan kaki,
Blh x guide saya dan adik ke sana
Zila, boleh sy kalau nak guide ke sana, mcm mana kalau trip bulan puasa ni, ok tak
Dekna, jarak hotel tempat kami menginapa semuanya dekat dgn tempat tumpuan utama spt shopping dan kedai makanan muslim...
Post a Comment