Wednesday, April 21, 2010

Percutian Impian...Sipadan Island

Percutian impian...hai bilakah dapat sampai kesini.
(dipetik dari laman web http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=sipadan)

Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini di dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu dan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini

Sewaktu menyelam di sini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.Tips
Cubalah pergi menyelam skuba di awal pagi ke tapak selaman Sipadan yang terkenal - Barracuda Point. Anda berpeluang berenang berhampiran kumpulan ikan alu-alu yang besar jumlahnya pada waktu awal pagi.

Pengangkutan
Jalan Laut
Jalan yang terdekat untuk pergi ke Pulau Sipadan ialah melalui Kota Kinabalu atau Tawau.

Jalan Udara
Jalan yang terdekat untuk pergi ke Pulau Sipadan ialah melalui Kota Kinabalu atau Tawau.

Jalan Darat
Teruskan perjalanan anda selama satu jam untuk sampai di pekan Semporna.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Sabah di talian :
+6088-248 698 / 211 732

Penginapan

Memandangkan Pulau Sipadan telah diisytiharkan sebagai kawasan lindungan maka tempat penginapan yang terdekat hanya terletak di pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai.

3 comments:

♥Fitnunnisak♥ said...

bila la aku akan sampai ke sini????

kayrol said...

boleh dikatakan pulau sipadan ni tempat percutian semua insan

Farah said...

Salam,
tau x mana2 travel agency yang provide pakej ke pulau sipadan dari kuantan? yg murah2 sket..heheh
thanks..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails