Thursday, April 29, 2010

Peralatan Asas Berkayak

KAYAK : Bergantung kepada jenis kayak dan keadaan air.
PENDAYUNG : Tangan kita amat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kayak dengan menggunakan pendayung ini.
JAKET APUNGAN KESELAMATAN : Dipakai dibahagian badan bagi tujuan mengapungkan si pemakai apabila berada di dalam air. Merupakan bahagian yang penting sekali dalam membuat aktiviti berasaskan air. Tak kira anda bijak atau cekap dalam berenang, anada diwajibkan memakai Jaket ini apabila berada di air.
TOPI KESELAMATAN : Berfungsi melindungi kepala kita daripada terantuk di permukaan yang keras. selalu digunakan apabila berkayak di Jeram.
SKIRT KAYAK : Dipakai dibahagian pinggang si pemakai. Berfungsi mengelakkan air dari masuk ke dalam kayak. Juga biasa digunakan dalam aktiviti Kayak Arus Deras.

BOOTIES : Merupakan kasut yang dipakai semasa berkayak. Tidak sesuai untuk memakai kasut biasa atau selipar sewaktu berkayak. Booties bertujuan melindungi kaki dari terpijak benda tajam di dalam air.


Tuesday, April 27, 2010

12 gunung tertinggi di MALAYSIA


GUNUNG KINABALU 4,095 m 13,435 kaki SABAH

GUNUNG TRUSMADI 2,645 m 8,669 kaki SABAH

GUNUNG TAMBUYUKON 2,579 m 8,462 kaki SABAH

GUNUNG MURUD 2,422 m 7,946 kaki SARAWAK

GUNUNG MULU 2, 376 m 7,795 kaki SARAWAK

GUNUNG TAHAN 2,191 m 7,186 kaki PAHANG

GUNUNG KORBU 2,182 m 7,162 kaki PERAK

GUNUNG YONG BELAR 2,181 m 7,156 kaki PERAK

GUNUNG CHAMAH 2,171 m 7, 123 kaki KELANTAN

GUNUNG YONG YAP 2,166 m 7,113 kaki PERAK

GUNUNG ULU SEPAT 2,161 m 7,091 kaki PERAK


Adakah anda serius dalam aktiviti Lasak?

Senang tak nak jawab soalan diatas. Bagi peminat aktiviti lasak, dengan konfiden mereka akan menjawab yaaa. tapi bagi yang tak minat ada yang akan jawab entahlahh, tak tahu, tak minatlah dan macam-macam lagi. Ia juga sudah tentu membimbangkan para ibu bapa yang bimbang akan keselamatan anak-anak mereka.

Kita sebagai manusia memang tidak dapat menahan ajal dan maut dari Allah. namun kita sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi sudah tentu kita akan cuba mengelak daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak dingini dalam melalkukan aktiviti outdoor ini.

Jadilah pemngamal aktiviti lasak yang smart dan bijak, bukannya hanya menjadi ikutan dan trend semata-mata. Inilah juga menjadi satu wadah bagi saya cuba menyebarkan seberapa banyak maklumat dan pengetahuan yang saya ada selama berkecimpung dan bekerja dalam bidang outdoor ini. Semoga blog mytripadventure.blogspot.com ini terus menjadi bahan dan sumber rujukan bagi peminat-peminat aktiviti outdoor di dalam dan di luar negara.

12 gunung tertinggi di DUNIA

GUNUNG EVEREST 29,035 ft / 8,850 m NEPAL

GUNUNG K2 28,250 ft / 8,611 m PAKISTAN

GUNUNG KAMGCHENJUNGA 28,169 ft / 8,586 m NEPAL

GUNUNG LHOTSE 27,940 ft / 8,516 m NEPAL

GUNUNG MAKALU 27,766 ft / 8,463 m NEPAL

GUNUNG CHO OYU 26,906 ft / 8,201 m NEPAL

GUNUNG DHAULAGIRI 26,795 ft / 8,167 m NEPAL

GUNUNG MANASLU 26,781 ft / 8,163 m NEPAL

GUNUNG NANGA PARBAT 26,660 ft / 8,125 m PAKISTAN

GUNUNG ANNAPURA 26,875 ft / 8,091 m NEPAL

GUNUNG GASHERBRUMI 26,470 ft / 8,068 m PAKISTAN

GUNUNG PUNCAK BROAD 26,400 ft / 8,047 m PAKISTAN

Monday, April 26, 2010

Bekerja sambil bercuti

Yup pernah dengar ungkapan ni kan. Kita pergi bekerja tapi sambil tu kita juga keluar bercuti. Apa orang kata sambil menyelam sambil minum air.

Esok aku akan keluar bekerja sambil bercuti ke Pulau Lagenda Pulau Langkawi. Kali ini program Pelajar Pendidikan Khas sekolah rendah. Kami akan keluar membawa lebih kurang 40 orang pelajar pendidikan khas sekitar Pulau Pinang untuk melawat sekitar Pulau Langkawi. Program ini akan bermula esok 27 hb April dan tamat pada 29 hb April 2010.

Nampaknya kali ini aku off kejap dari tulis blog dan tumpu jap pada kerja kat sana. Bukan tak pernah pergi sana, boleh kata dah muak dah pi Langkawi ni. Tapi disebabkan kerja terpaksalah pergi juga.

Kali ni kami akan melawat banyak jugalah tempat-tempat menarik sekitar Langkawi ni. nantilah sahaja akan aku post kan semua aktiviti di sana apabila aku balik nanti.

Selamat bercuti untuk diriku sendiri.
Jadi pada rakan-rakan blogger semua maaf yer jika aku tak balas mesej korang.

Cabaran Kayak Laut - Teluk Kumbar ke Pulau Aman

Kali ni nak sembang pulak pasal trip Kayak yang telah berlangsung pada 20 hingga 21 Mac 2010 yang lalu. Maaflah baru skrg berkesempatan untuk buh N3 ni.
Sebenarnya ini adalah merupakan trip open pertama yang aku handle untuk team dari luar.

Mulanya aku iklankan dalam ruangan forum Multiply dan Gunung Online. Dari situ banyak aku dapat feedback dari rakan-rakan forumer. Setelah cukup peserta aku pun setkan plann yang cantik punya untuk grup-grup yg minat kayak ni. Kebanyakan peserta adalah dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang, antaranya yg bekerja dan yg masih student pun ada lagi. Yg tak biasa berkayak pun ada.

Kelihatan peserta cukup bersemangat pada awalnya untuk berkayak. Tengok saja persediaan yang mereka ni bawa. Siap dengan waterbag dan dry bag, gaya pun dah macam pro. Peserta perempuan Zurek dan Ida cukup sempoi dengan gayanya.
Keadaan air laut pada hari tersebut agak sedikit bergelora. Syabas kepada semua peserta kerana bijak mengawal kayak masing-masing dalam melawan arus. Yg nak tergelak cuma ada kalangan peserta yg bertanyakan aku kenapa kayak yg mereka naik sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Biasanya bang, dik, berkayak kat laut ni kan airnya bergelora, sudah tentu kita kawal mcm mana pun sudah pasti kayak kita tu akan di bawa arus. kalau kayak kat tasik yg airnya tenang tu lainlah.

Peserta bertuah kerana dapat memalui kawasan berdekatan pembinaan Jambatan Pulau Pinang yang kedua. Lihat saja gambar kat atas tu, siap lalu tepi besi cerucuk lagi.
Masa dok buat Rafting sempat buat demo sikit kat grup-grup cara untuk berjalan atas kayak. Aku banyak bagi arahan untuk buat rafting, bukan apa supaya grup depan dapat tunggu grup belakang dan semangat dia orang tak lah cepat punah bila melihat rakan yang lain jauh dihadapan.
Alhamdulillah siap ada bot Tebuan Laut dari Polis Marin lagi mengiringi kami. Walaupun pada mulanya aku hanya membuat surat makluman sahaja kepada mereka.
Lihatlah gambar atas ni, wajah-wajah ceria peserta. Tapi ni masa awal lagi ni. Semangat pun masih kuat. Nasib baik tak dak gambar korang pewai dan kene towing kalau tak aku dah tunjuk kat sini.
Ha, yang ni pulak masa rest untuk makan tengahari, punya la lapar geng-geng ni, tak sempat nak hidang, pakat pi serang semua sekali, Nasib baik chef ni pun hebat orangnya, hehe. Menu tengahari ayam goreng, ikan kering, tomyam, dan buah tembikai yang paling diseukai. tengah penat-penat, nampak buah tu merahhhhh jer. habis pakat terliuq, yang tak tahannyer ada la sorang dua tu siap dok tunggu lagi buah tembikai tu, kotnya ada lebih....Last-last memang rezeki dier jugak....Siapa yer......Harap korang makan puas hati lah yer...aku pun bukan pandai sgt masak, ala-ala camping bolehlah.
Ni setelah selesai semua sekali. Kami pun balik semula ke Teluk Kumbar. Dok bermalam kat Pulau Aman semalam, semua puas hati dapat pekene Mee Udang fresh kat sana. Ada yang kata nak mai lagi Pulau Aman. Mai-mai pakat mai ramai-ramai..

Tengok kaki mamat sorang tu kat atas ni siap berbelang lagi kaki tu, Pasni pergi kejer tak yah pakai stoking dah, kiranya semulajadi dah tu stokinnnyer.
Tulah diernye secebis kisah pengalaman berkayak dilaut bagi grup-grup ni. Pengalaman bersama korang tetap bestlah dan menjadi satu memori terindah. Moga lain kali dapat buat trip lagi ke Penang.

Buat Banner Animasi Guna Photoshop dan Image Ready

Gembira rasa sebab aku berjaya jugak buat banner animasi guna program Adobe Photoshop dan Image Ready. Sebelum ni memang reti dah buat tapi sebab lama tak guna jadi lupa pulak, pagi ni puas belek-belek cuba buat akhirnya aku jaya jugak,....

Nilah hasilnya......pasni bolehlah buat macam-macam banner dan template untuk blog aku ni.

Keindahan Pulau Aman

Slamat pagi rakan-rakan semua......
Pagi ni kayrol nak cerita sikit berkenaan tempat percutian yang paling dekat dengan kayrol iaitu Pulau Aman.
Pulau Aman ni merupakan sebuah pulau yang dihuni oleh lebih kurang 300 orang penduduk sahaja. Rumah penduduk pula ada lebih kurang 40 buah sahaja.

Untuk ke sini kita boleh menggunakan Jeti Batu Musang di Bukit Tambun. Perjalanan dengan feri lebih kurang mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja dengan tambang RM 4 sehala. Namun begitu untuk kesini kita perlu tahu jadual feri. Feri akan bergerak dari jeti batu Musang ke Pulau Aman pada jam 10.00 pagi, 1.00 tghi, 3.00 petang dan 7 malam. Tetapi jika air surut maka feri tak dapat bergerak dan jadual perjalanan terpaksa ditangguhkan.
Di Pulau Aman kita boleh menyewa chalet dan rumah penginapan di sini. Kadar harganya pula adalah diantara RM 70 hingga RM 180.00 Kita boleh menghubungi Persatuan Nelayan yang ada di Jeti Pulau Aman untuk mendapatkan kemudahan ini.
Antara aktiviti menarik di pulau ini adalah aktiviti memancing dan juga makan-makan. Makanan terkenal di Pulau ini ialah Mee Udang. Harganya pula adalah amat murah iaitu RM 5 sahaja sepinggan. Pernah seorang rakan yang saya bawa ke sini membelanja semua rakannya lebih kurang 15 orang hanya disebabkan Mee Udang kat sini murah. Katanya dia tak pernah jumpa Mee Udang yang sedap dan harganya murah. biasanya bila makan Mee Udang ni harganya lebih kurang RM 12 ke RM 15 sepinggan.
Di Pulau Aman terdapat sebuah sekolah dengan lebih kurang 50 org murid, sebuah klinik kesihatan, sebuah masjid, sebuah dewan tertutup, 2 buah kedai makanan, sebuah kedai runcit dan beberapa buah Chalet.

Bercuti di Pulau Aman ini dapat merehatkan minda bagi mereka yang terasa stress. Kat sini tiada pengangkutan darat seperti motosikal dan kereta. Jadi jika nak pekena Mee Udang sedap mailah kesini bersama keluarga.

Sunday, April 25, 2010

Kejohanan Paintball ASAD 2010

Satu Kejohanan Paintball Asrama Peringkat Negeri Pulau Pinang.. (ASAD) telah berlangsung di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang pada 25 April 2010.
Kejohanan ini melibatkan lebih kurang 140 orang pelajar dari 19 buah sekolah menengah sekitar Pulau Pinang. Kejohanan ini juga turut disertai oleh lebih kurang 20 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan pegawai Unit HEM JPN.
Sebanyak lebih 40 perlawanan telah berlangsung pada pagi tadi, dan kami mencari Juara di antara Juara yang mewakili setiap sekolah masing-masing.
Setelah kesemua perlawanan ditamatkan maka keputusan penuhnya adalah seperti kat bawah ni


Kategori Lelaki:-

Johan : SMK Seri Balik Pulau

N. Johan : SMKA Almashoor (L)

Tempat ke 3 : SMKA Al Irshad


Kategori Perempuan:-

Johan : SMK Seri Balik Pulau

N. Johan : SMK Seri Nibong

Tempat ke 3 : SMK Kampung Selamat

Kategori Pegawai:-

Johan : Pejabat Pelajaran Daerah Tengah

N. Johan : Pejabat Pelajaran Timur Laut

Ke 3 & 4 : Unit HEM dan PPD Utara

Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya, yang tak berjaya cuba lagi di tahun hadapan.
Untuk melihat koleksi gambar-gambar sepanjang Kejohanan Paintball ASAD 2010 sila klik link kat bawah ni

Kejohanan Paintball ASADKejohanan Paintball ASAD

Gunung tersingkat untuk didaki

Tahukah anda gunung yang paling singkat dan paling mudah didaki gunung apa??
Yaa Betoii!!! Gunung Perdah....... Pastu bonus tambah satu gunung lagi iaitu Gunung Jasar.

Kat mana letaknya gunung ni....... Mana lagi kalau bukan kat kawasan pelancongan tanah tinggi yang cukup terkenal kat negara kita ni iaitu Cameron Highlands.
Korang tengok gambar atas ni, tu kami snap masa atas puncak Perdah. Ketinggian gunung ni ialah 1529 meter. Masa pendakian ialah hanya selama 10 minit sahaja. Tak percaya ka..... Betoiii wa tak tipu punya. 10 minit tu korang kena naik ikut perkampungan orang asli Kuala Rui, berdekatan dengan Tanah Rata tu. Bila sampai ke kampung orang asli tu tanya la orang asli yg ramai kat situ mana satu puncak Perdah, nanti dia orang akan tunjuk, tuuuu belakang rumah kami tu. hehe.
Bila dah sampai puncak Perdah kita akan nampak Puncak Gunung Jasar pulak kat belakang kita sahaja. Tapi untuk kesana kita kene menuruni puncak Perdah dulu menggunakan trek yang sedia ada, pastu baru start naik balik ke Gunung Jasar. Trek ke Gunung Jasar cukup cantik, kiranya lebih kurang trek ke Gunung Irau juga iaitu penuh dengan hutan berlumut. Tak caya tengok gambar kat atas tu. Puncak Jasar pula berketinggian 1696 meter. Masa diambil dari Gunung Perdah ke Ke Gunung Jasar pula lebih kurang 1 jam setengah.

Puncak Gunung Jasar mempunyai kawasan yang cukup luas untuk di pasang khemah. Rasanya kat sini boleh memuatkan lebih kurang 20 ke 30 orang. Kalau kita menggunakan laluan dari Gunung Perdah terdapat 2 laluan yang boleh digunakan untuk ke Gunung Jasar. Samada menggunakan trek didalam hutan atau menggunakan laluan balak betul-betul di bawah kabel elektrik. Jadi selamat bercuti kesana.

Saturday, April 24, 2010

Perkhemahan Kokurikulum SMK Sri Mutiara

Pada tarikh 23 - 24 April 2010 SMK Sri Mutiara telah mengadakan satu perkhemahan Kokurikulum di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.

Seramai lebih kurang 118 orang yang terdiri daripada kaum Melayu 63, Cina 25 dan India 30 orang telah mengikuti perkhemahan ini dan telah dibantu oleh seramai 12 orang Guru Pengiring.
Antara aktiviti yang telah dijalankan disini adalah seperti aktiviti Repelling, Flying Fox, Wall Climbing, Rempuh Halangan, Mendaki Bukit Mertajam dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan.
Aktiviti selama 2 hari satu malam ini turut dibantu dan mendapat kerjasama penuh daripada Jurulatih Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.Alhamdulillah semua peserta yang mengikuti program kali ini merasa seronok dan tiada perkara buruk yang tidak dingini berlaku sepanjang program.
Walaupun aktiviti selama 2 hari dirasakan terlalu singkat oleh para pelajar namun apa yang diperolehi dalam 2 hari ini amat bermakna dalam diri setiap peserta yang mengikuti kem ini.

Untuk melihat gambar-gambar yang lain sila klik link kat bawah ni:-

Memori Gambar SMK Sri Mutiara

Kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita ketemu lagi.

Friday, April 23, 2010

Menerobos Tembok Kematian

Talian Hayat Untuk Gaza

Balik dari bersembahyang Jumaat pada hari ini terbaca satu artikel tentang Palestin. Rasa terpanggil untuk bersama-sama berkongsi pendapat dengan blogger2 yg lain.
Rupanya sudah 10 tahun sejak November 2000, iaitu sejak Intifadah Al Aqsa sekatan dikenakan terhadap rakyat Gaza dimana mereka ini dihalang daripada mendapatkan hak asas kemanusiaan, kebebasan bergerak, mendapatkan pendidikan, bekalan makanan dan air.

Israel juga telah menghina dunia dengan melanggar Konvensyen Geneva dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa apabila terus-terusan menghukum rakyat Palestin Gaza dengan mengurung mereka dalam Tembok batu setinggi 8 hingga 15 meter.
Mereka juga dengan kejamnya menyerang rakyat Gaza dari 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. Habis semua kemudahan asas seperti hospital, sekolah, universiti, kilang, jalan raya telah dimusnahkan.
Rakyat Palestin di Gaza telah lama sengsara dan menderita. Mereka hilang kebebasan hidup, tidap seperti rakyat Islam di negara-negara yang lain.
Sekarang sudah tiba masanya kita bangun bergabung tenaga, fikiran dan secebis apa yang kita miliki untuk bersama masyarakat antarabangsa menentang Israel dan sekutunya dengan menerobos sekatan yang telah mereka bina.

Daripada hanya menjadi pemerhati sekarang Ayuh kita bangun untuk turut sama membantu saudara seislam kita di Palestin..
bagimana caranya kita dapat membantu adalah dengan turut memberi sokongan kepada satu usaha murni yang sedang dijalankan yang diberi nama LIfeline4Gaza. Ianya merupakan satu projek utnuk mengu8mpul danabagi membiayai misi menghantar bantuan dan sokongan kemanusiaan ke Gaza pada 15 Mei 2010. Misi tersebut akan menghantar lebih kurang 20 buah kapal yang membawa bekalan binaan, peralatan operasi hospital, ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan dan pelbagai keperluan asas yang lain. Negara kita Malaysia sendiri berhajat untuk menghantar 2 buah kapal untuk projek ini.

Sebar-sebarkanlah maklumat dan informasi ini kepada rakan-rakan dan saudara kita, marilah kita sama-sama membantu Masyarakat Islam Palestin di Gaza.

Segala bentuk bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank Berhad, Tabung Palestin HALUAN 5-644-902-085-28

Dapatkan maklumat lanjut dan perkembangan projek ini dengan melayari link kat bawah ni

http://www.lifeline4gaza.org

Kawah Ijen, Jawa Timur Indonesia

Kawah Ijen merupakan satu kawasan kawah gunung berapi yang terletak di Jawa Timur Indonesia. Perjalanan untuk ke sini sahaja cukup memenatkan kerana terpaksa melalui pekampungan kecil dan jalan yang berliku-liku. Ini merupakan sedikit cebisan dari pengalamanku sewaktu berkunjung kesana sedikit waktu dahulu.
Kawah Ijen ialah kawasan untuk mengambil belerang ataupun sulfur. Bila dilihatkan orang yang mengambil belerang itu, hati kita mesti bertanya kuatnya mereka dan kita akan bertanya lagi berapakah upah yang diperolehi oleh mereka.

Bila persoalan diajukan kepada mereka, dengan senyum mereka menjawab upahnya lebih kurang RM 10 sahaja sekali angkut untuk di bawa turun. Rata-rata beban yang mereka tanggung lebih kurang 70 - 80 kilo. Purata umur mereka yang bekerja di sini pula lebih kurang lingkungan umur 40 - 60 tahun. Kesian sungguh melihat mereka apabila dipikirkan upah yang diperolehi tidak sama dengan beban yang di bawa.
Lihat sahaja photo diatas untuk mengambil sulfur tersebut pekerja-pekerja ini terpaksa turun lebih kurang beratus meter kebawah dan naik semula keatas dengan beban yg berat dibelakang, seterusnya membawa beban tersebut turun kekaki gunung untuk dibawa ke pusat pengumpulan. Masa yang diambil pula dari turun dan naik sehingga ke tempat pengumpulan ialah lebih kurang 3 jam. Paling banyak pun seseorang itu hanya boleh membuat 2 ke 3 trip sahaja sehari.
Kami yang cuba untuk turun kebawah iaitu ketempat mereka mengambil sulfur tersebut, tidak dapat bertahan lama disitu kerana tidak tahan dengan bau sulfur tersebut yang terlampau menusuk ke hidung. Hati bertambah sedih apabila melihatkan raut wajah mereka yang menampakkan kesusasahn yang mereka alami. Kebanyakan mereka tidak segan silu untuk meminta wang dan rokok dari pelancong yang berselisih dengan mereka di situ.

Kami akhiri lawatan kami disini dengan satu perasaan keinsafan dihati dan kamim teruskan tinggalkan Ijen untuk bergerak pula ke Pulau Bali

Anatomi Pendayung (Paddle)




ANATOMI PENDAYUNG

Pandayung adalah alatan yang kedua terpenting dalam aktiviti berkayak. Ia berfungsi untuk menggerakkan kayak anda ke semua arah dan juga untuk mempraktikkan teknik-teknik tyang telah anda pelajari.Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukannya.Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angina terhadap mata dayung yang berada di udara sewaktu berdayung.
Sebagaimana kayak., pendayung juga mempunyai anatominya yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakkan dayungan.
Blade ( Bilah mata dayung )

Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak.Ia mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.

Tip ( Pelindung mata dayung )

Kepingan logam yang beada di hujung mata dayung. Berfungsi melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan. Tidak semua pendayung mempunyai tip.

Shaft/Loom/Bar ( Batang Pendayung )

Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

Neck ( Leher Pendayung )

Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring ( Bulatan Getah )

Bahan yang diperbuat daripada getah atau plastik dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi utamanya ialah menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tiddak semua pendayung mempunyai drip ring.

Front Of Blade ( Muka Dayung )

Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back Of Blade ( Belakang Dayung )

Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Thursday, April 22, 2010

Pengalaman ditahan polis sewaktu di Bali

Nak cerita sikit pasal pengalaman lama aku sewaktu bercuti di Pulau Bali pada tahun lepas. Waktu tersebut kami dalam perjalanan dari Surabaya nak ke Pulau Bali dengan menaiki sebuah lori kecil.
Kesemua kami berjumlah 6 orang. Oleh keraana lori tersebut kecil maka bertinggunglah kami dibelakang lori tersebut.

Inilah rupanya lori yang kami naiki tersebut, Waktu lori tu baru sahaja keluar dari tempat persinggahan kami dan mengalami kebocoran tayar. Mungkin ni petanda awal perkara buruk nak berlaku.

Pada awalnya perjalanan berjalan lancar. Pemandangan orang naik lori duduk dibelakang adalah biasa kalau di Surabaya. Disepanjang perjalanan kami pun ramai lagi orang lain yang berkeadaan sama seperti kami. Cuma yang bezanya kami ni ditemani beg-beg sandang yang besar disisi. maklumlah baru turun dari Gunung Raung.

Sewaktu memasuki Pulau Bali, kami disajikan dengan pemandangan yang indah sekali dikiri kanan jalan. Kelihatan rumah-rumah masyarakat Bali yang rata-ratanya berketurunan Hindu penuh dengan kuil Hindu dihadapan rumah mereka.

Ketika hendak samapai lebih kurang 30 km sahaja lagi dari Pekan Utama Pulau Bali iaitu di bandar Kuta, kami ditahan oleh seorang Polis yang menaiki motosikal. Pak Supir memberhentikan kenderaan dan berbincang sesuatu dengan Polisi tersebut. Kami dikehendaki mengikutnya ke pondok polis yang terdekat.

Rupa-rupanya di Pulau Bali ini undang-undangnya berlainan sedikit walaupun dalam negara Indonesia sendiri. Disini menaiki lori dengan cara tersebut adalah salah. Akhirnya Pak Supir tersebut telah di saman oleh Polisi tersebut dan kami dikehendaki turun sahaja disitu dan menunggu bas untuk kedestinasi seterusnya.

Yang menjadi masalahnya apabila berlaku pertukaran syif kerja antara polis siang dan petugas malam kat pondok tersebut. Kami memang tidak salah apa-apa, memang kami boleh terus bergerak ke pekan Kuta cuma kami terpaksa menunggu bas atau teksi sahaja. Tapi disebabkan susah untuk mendapatkan kenderaan tersebut disitu maka lewat sikit kami mendapat kenderaaan.

Masalah bermula apabila polis seterusnya mengambil syif. Sudah tentu polis yang baru masuk syif bertanyakan apakah masalah kami. Setelah diberitahu lebih kurang mereka bertanya lagi seperti kami ini tidak mempunyai pasport yang sah. Mereka tidak membenarkan kami beredar dari situ sehinggakan terpaksa memanggil pegawai yang lebih tinggi yang biasa dengan urusan pasport. walaupun mereka meneliti pasport kami tapi mereka seperti tidak pasti dan konfius samada kami ni sah atau tidak masuknya. Dalam hati kami mulai geram bercampur fed-up.

INilah bila dah boring, kami dok tengok TV kat luar pos tersebut. Ni sementara menunggu bos mereka yg lebih besar sampai.









Bila pegawai polis yang lebih berpangkat sampai kami terpaksa menerangkan sekali lagi akan punca masalahnya. setelah berbincang lebih kurang setengah jam pegawai tersebut berjanji untuk membantu kami dan mengakui akan salah faham anak buahnya.Pegawai tersebut juga telah membantu kami mendapatkan sebuah teksi memandangkan hari makin jauh malam.














Kami sampai pekan Kuta jam 11 malam, Masalah bagi kami kerana terpaksa mencari bilik Hotel. Kebanyakan bilik Hotel semuanya telah penuh. Ini disebabkan hendak menjelanya tahun baru. Setelah masuk lebih kurang 4 dan 5 buah hotel akhirnya dapat jugaklah 3 buah bilik untuk kami.

Moralnya kat sini kalau kita terlibat dengan masalah polis kat mana-mana negara asing, kalau masalah tersebut kita boleh blah awal elok kita beredar segera dari pegawai polis tersebut. Takutnya masalah kecil jadi besar, dan yang tak salah jadi salah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails