Perjalanan
bermula pada 21 Mac 2013 dengan menaiki bas dari stesyen Bukit Mertajam ke
stesyen Puduraya, seterusnya mengambil LRT dari Pasar Seni ke KL Sentral dan
akhir sekali ambik pulak Sky Bus ke
LCCT.
Tuk-Tuk Laos, berbeza dgn Tuk tuk Thailand
Malam tu
itu kami selamat tiba di LCCT jam 11 malam. Tak berapa nak dapat tidur sangat,
mungkin sebab tak berapa selesa. Esok flight ke Laos jam 7.35 pagi. Ini
bermakna nak kene check in masuk jam 6.00 pagi mcm tu. Oleh kerana aku dah buat
web check in, jadi prosesnya jadi senang, terus jer pergi cop imegresen dan tunggu
saja kat pintu berlepas.
Penerbangan
ke Laos mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Setibanya di Wattay Intenational Airport, kami kene
cop imegresen dahulu. Hanya ada 3 sahaja kaunter yang dibuka, jadi lambat
sikitlah prosesnya.. Nasib baik masa aku cop pasport tu, imegresen tu tak tanya
banyak sangat. Keluar jer dari kaunter imegresen, aku pergi tukar duit telebih
dahulu di pusat tukaran wang yg ada akat Airport tu. Perlu diingat kalau nak ke
Laos kita kene tukar dahulu duit Malaysia ke USD dan bila sampai kat Airport
Laos, baru tukar ke KIPP Laos. Kat Malaysia kebanyakan Pusat Tukaran Wang tidak
menerima tukaran untuk matawang kipp Laos ni. Jadi mahu tak mahu kene tukar kat
Laos jugaklah yer.
Selesai jer
tukar duit, kami ditegur oleh seorang warga Malaysia yg bekerja di Laos.
Setelah berbual lebih kurang beliau bersetuju untuk menghantar kami ke Guest
House kami di Mixox Guest House.
Jadi selamatlah duit tambang teksi kami. Beliau sebenarnya sedang menunggu
seorang rakannya yang juga satu penerbangan dengan kami yang datang
berseorangan bercuti di Laos.
Perjalanan
dari Wattay Airport ke Mixox Guest House lebih kurang 20 minit sahaja. Tak jauh
pun. Harga bilik dalam RM 60 semalam. Alhamdulillah keadaan bilik amat tidak
mengecewakan kami. Sebelum naik kebilik kami selesaikan dahulu urusan untuk
mendapatkan tiket bas dari Vientaine ke Chiangmai pada keesokan harinya. Memang
dalam plan nak duduk sehari jer kat Vientaine ni. Dari info yg kami dapat
bandar Vientaine ni tak besar manapun. Boleh di habiskan dalam sehari ronda
sahaja. Alhamdulillah dapat tiket bas ke Vientaine dengan harga 120 bath. Bas
tolak jam 5.00 petang dan agen akan pick up jam 3 petang.
Jadi
bagaimana nak dihabiskan dalam sehari pusing Vientaine ni, apa lagi kami sewa
basikal sebuah seorang. Harga sewa basikal kat sini tak mahal, dalam RM 4
sebuah untuk tempoh 24 jam. Murah kan...Berbaloi-baloi.
Selesai
makan tengahari dan basikal pun siap di sewa, pengembaraan ke kota purba ini
pun bermula. Tempat pertama yg dituju, Masjid
Jamia. Masjid ini berdekatan dengan jalan besar di Jalan Saetthathirath. Tapi
kalau nak masuk kene berjalan melalui sebuah lorong kecil, tak jauh pun. Tak
masuk pun, sebab bukan waktu sembahyang, just bergambar dan perati dari luar
sahaja.
Destinasi
seterusnya, Pasar Talat Sao. Berpandukan peta di Galaxy Tab 10.1, kami begerak
dari satu tempat ke satu tempat. Pasar Talat Sao merupakan sebuah pasar yang
menjual pelbagai barangan kraftangan dan pertukangan masyarakat Laos. Sebelah
pasarnya juga ada sebuah pasar raya Talat Sao. Kalau nak beli cenderamata tu,
kat sini pun banyak.
Destinasi
kedua ialah di Menara Patuxay yang merupakan sebuah mercu tanda Laos. Kami
tidak melepaskan peluang untuk menaiki menara tesebut untuk menyaksikan
pemandangan bandar Vientaine dari atas. Tiket masuk ialah RM 3 seorang. Di
setiap tingkat ada orang menjual pelbagai cenderahati. Tingginya aku tak pulak
perasan tapi rasanya lebih kurang bangunan 4 tingkat kut.
Seterusnya
kami singgah di 'Black Stupa', cukup sekadar bergambar kenangan. Kayuhan
diteruskan ke Bangunan Cultural dan behadapan Muzium Laos. Juga sekadar bergambar
sahaja, Kaki dah letih kayuh. Tak masuk pun. Cuaca amat panas, kami akhirnya
balik ke bilik dahulu untuk mandi dan berehat.
Pada
sebelah petangnya kami kayuh lagi ke kawasan dataran di tebing sg Mekong.
Sempat pergi bergambar dengan patung Chao Anouvong Statue. Kawasan ini ramai
orang duk berjogging pada sebelah petang. Kayuh lagi di sepanjang tepian sungai
tersebut dan akhir sekali kami shopping di pasar malam yang tedapat di kawasan
Riverfront. Malam tu makan di restoren Assyifa. Makan roti Banana sahaja sebab
dah kekenyangan sebab tengahari tadi makan di restoren Fathima, memang banyak
nasinya sampai tak habis.
Sebenarnya
kat Vientaine ni banyak dengan Wat-wat Budha. Kami tak masuk atau singgah
langsung kat wat ni walaupun senibinanya indah dan menawan, kecuali singgah
bergambar di Black Stupa semasa kayuh basikal tadi. Dikatakan ada berpuluh Wat
di kawasan pekan Vientaine ini sahaja. Yang syoknya kebanyakan Wat sibuk
memperindahkan wat masing-masing untuk menarik kedatangan pelancong.
Sebelah
malam setelah selesai makan malam, kami berehat dibilik sahaja. Kat sini yg ada
cuma pasar malam sahaja untuk dikunjungi pada sebelah malamnya. Esoknya pada
sebelah pagi kami jalan-jalan lagi pusing bandar Vientaine sambil bejalan kaki.
Jalan punya jalan kaki pun dah letih, nak pergi mana pun tak tau dah, last-last
balik berehat dibilik sambil tunggu masa untuk check out dan bertolak ke
Chiangmai. Nasib baiklah perancangan kami tepat untuk stay hanya sehari di
Vientaine. Buatlah kalau sebelum ni rancang nak duk lama di sini, tak taulah
takat mana keboringannya nanti.
Petang itu
Van pick up kami dari hotel jam 3.30 petang.
Travelouge kedua.
Travelouge ketiga.