Thursday, December 26, 2013

Kayuhan Basikal Timah Tasoh - Padang Besar - Hatyai - Timah Tasoh

Tarikh : 15 dan 16 Disember 2013
Laluan : Timah Tasoh - Padang Besar - Hat Yai - Timah Tasoh
Jarak Kayuhan : 82 km sehala, pergi balik 164 km
Jumlah peserta : 27 orang
Hotel penginapan : Florida Hotel, Hat Yai

Trip kayuhan ini dirancang dalam masa sebulan setengah sahaja. Hasil dari perbincangan kedai kopi kami realisasikan kayuhan inter country ini. Kemudian sesi mengumpulkan team yang akan berkayuh dibuat. Pada mulanya dalam 30 org gak yang setuju nak pergi, tapi hanya 23 peserta sahaja yang berjaya menyahut seruan dan pada saat akhir di tambah dengan 4 peserta dari PKK Perak.


Kami bersetuju untuk berkumpul di Pusat Kokurikulum Perlis pada 14 hb jam 6 petang mesti ada di sana. Semua peserta complete tiba jam 7 malam di Pusat Ko. Persediaan basikal telah dibuat masing-masing peserta, Alhamdulillah ramai ahli grup yang telah membuat persediaan rapi seperti menukar tayar kecil untuk on road saiz 1.25  dan saiz 1.5 siap dengan lampu depan belakang lagi. Persediaan jika terpaksa sampai malam.

Dari pengalaman kayuhan sebelum ini, 82 km mungkin boleh sampai dalam masa 4 atau 6 jam sahaja termasuk masa rehat. Kami bermula seawal pagi pada 15 hb tu, semua peserta bangun awal, seawal jam 5 pagi. Siap mandi, sembahyang subuh semua get ready tak sabar-sabar lagi nak mula berkayuh. Setelah senaman regangan sedikit dan diiringi bacaan doa kayuhan pun dimulakan.


Jam 7.30 pagi kayuhan bermula, melalui kawasan laluan berpokok, semua kayuhan berjalan lancar dan kami sampai di kawasan Padang Besar dalam masa 45 minit dengan jarak 17 km. Berhenti sarapan pagi di situ. Selesai sarapan, kayuhan dimulakan melalui pintu imegresen Padang Besar. Pemeriksaan Imegresen di sebelah Malaysia berjalan lancar,  dan kami memulakan kayuhan ke sebelah Thailand, Alhamdulillah orang tak ramai, jadi semuanya berjalan lancar dan kayuhan di sebelah Thailand dimulakan dengan laluan menuruni bukit dan turun naik bukit yang tek berapa tinggi hinggalah sampai ke pekan Sadao.

Semua team kayuhan telah berkumpul semula di stesyen minyak shell pekan Sadao. Pada waktu ini jarak kayuhan sudah mencecah 40 km. Tinggal lebih kurang separuh saja lagi untuk sampai ke destinasi. Setelah semua peserta sampai dan dapat berehat sebentar, kayuhan di sambung kembali dengan check point seterusnya di restoren makan bersebelahan masjid. Aku mengingatkan peserta jatak kayuahn ke restoren  mungkin dalam 20 km sahaja lagi. Jadi masing-masing bersemangat untuk menyambung kayuhan. Masa ni matahari mulai menyinar dan memanaskan badan kami.



Setelah berkayuh lebih kurang  20 km, masih tak nampak lagi rupa masjid yang ada restoren disebelahnya. mana-mana peserta yang berjumpa aku masa berkayuh, bertanya jauh lagi ker, apa yang boleh kukata dekat jer...dekat jer lagi...
 

Aku sendiri pun jadi confius, tak nampak-nampak lagi rupa restoren ni. Rupa-rupanya masjid yang disangka 20 km  sebenarnya 30 km jaraknya dari check point dekat stesyen shell tadi. Sampai jer restoren semua melantak makan tak ingat apa dah. Perut semua kosong, harap diisi dengan air jer..Memang rasa nikmat sunggut makan tengahari pada hari itu. Di tambah pula dengan matlamat destinasi Hat Yai dalam jarak 10 km sahaja lagi.


Pada waktu itu jam dah dekat pukul 1.30 tengahari. Jadi kami yang tinggal kat belakang hanya santai sahaja untuk menghabiskan baki jarak kayuhan. Memasuki kawasan pekan Hat Yai, jalan mulai sibuk dengan kereta dan motor. Jadi kene lebih berhati-hati sedikit. Terpaksa menyelit-nyelit di celahan kereta. Alhamdulillah akhirnya tiba ke destinasi yang dituju Florida Hotel. Selesaikan kayuhan 82 km dengan jayanya tanpa berlakunya apa-apa masalah besar kepada basikal mahupun peserta.


Malam tu kami ronda-ronda pekan Hat Yai dan Floating Market. Tak boleh ronda lewat sangat malam tu kerana esoknya akan berkayuh balik semula ke Timah Tasoh.

Hari kedua kayuhan balik pada 16 hb dimulakan dengan cabutan nombor bertuah kepada peserta kayuhan. Kayuhan balik dimulakan jam 7.30 pagi juga dan pagi tersebut kami bersarapan di kawasan gerai berdekatan dengan masjid kelmarin. Kayuhan balik ini, aku rasakan seperti santai sahaja, mungkin kerana cuaca terasa sedikit teduh. Hari itu kami bersarapan terus di kawasan Padang Besar sebelah Malaysia.



Dalam perjalanan balik ini, sebuah basikal peserta iaitu Farah telah mengalami bocor tayar dan di ganti tiub oleh team swapper di belakang. Ieyta pula terpaksa di bawa balik dari pekan Sadao ke Imegresen Thailand dengan sebuah Tut Tut kerana kekejangan otot. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Selesai makan tengahari di Padang Besar, kami meneruskan kayuhan ke Timah Tasoh yang jaraknya lebih kurang 17 km lagi. Dalam saki baki kayuhan tinggal lebih kurang 2 km lagi kami team belakang telah dihujani dengan hujan lebat hingga ke Pusat Koko. Habis basah lencun dibuatnya.

Akhirnya trip kayuhan ke Hat Yai ini telah Berjaya dengan jayanya dan semua merasa puas dan berbaloi modal yang dikeluarkan  untuk setup basikal masing-masing untuk kayuhan on road kali ini.
Moga berjumpa lagi dalam kayuhan ynag akan datang.

Trip Bandung dan Jakarta - Part 5

Episod ni merupakan siri terakhir untuk Trip ke Bandung dan Jakarta. Kali ni cuma nak cerita tentang apa yang menarik di Pasar Tanah Abang, Jakarta. Setelah tiba di stesyen Gambir dengan keretapi dari Bandung, aku terus memesan sebuah teksi untuk menghantar kami ke Thamrin Condotel Hotel. Hotel ni terletak dalam kawasan utama Thamrin City. Hotel Nampak mewah dari luar, dengan bangunan pencakar langit. Setelah masuk bilik Alhamdulillah bilik ok, cuma jauh sikit jer dari tangga.


Pada malam pertama di Jakarta, kami hanya bergerak ke Mall Thamrin City, pusing-pusing dalam Mall tu, tapi banyak kedai yangdah nak tutup, cuci mata sikit dan keliuar cari makan malam di kawasan berdekatan hotel.


Esoknya seawall pagi kami telah bangun dan menapak menuju ke Pasar Tanah Abang. Dekat jer sebenarnya Pasar Tanah Abang ini dari hotel, tapi bila jalan kaki ni ambil masa dekat 15 minit jugaklah berjalan. Dari jauh dah Nampak dah Pasar ni. Maklumlah pasar moden dengan 2 buah bangunan berkembar dan setinggi 8 tingkat kalau tak silap.

Sampai jer kat bawah pasar Tanah Abang, kami terpegun melihat akan kehebatan pasar ini, Sungguh besar tempat ini dengan suasana dekorasi Nampak moden, jauh berbeza dengan pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu. Tingkat pertama sahaja sudah terasa pening nak membeli dan boleh tersesat. Inikan pula 8 tingkat kesemuanya. Boleh kata semua barang yang nak di cari ada di sini. Barang yang berupa pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, langsir, perhiasan perempuan, cadar, jubbah, kain sembahyang, karpet......Boleh kata macam-macam adalah.


Orang perem[puan kalau dating sini memang pening dibuatnya..Kita orang lelaki ni memang jenuh la dok menunggu dia orang memilih pakaian. dari segi harga pula kat sini memang mahal sikit kalau nak banding dengan Pasar Baru di Bandung. Tapi still murah jika kita nak memborong pakaian di sini.  Aku bagi contoh satu jer kalau kat Malaysia ni pakaian Korporat lelaki dan perempuan tu biasanya harga dalam RM 50 ke RM 60 sehelai. Tapi disini korang boleh dapat dalam RM 15 jer sehelai jika di beli borong. T-Shirt jenis Lacorse pula boleh dapat dalam RM 7 sehelai. yang lain-lain tu korang baying sendirilah yer.

Kami berada di Pasar Tanah Abang ni dari pagi hinggalah jam 4 baru keluar. Tangan pun dah penuh dengan barangan. Cadangnya masa ni nak try naik "Bajaj" atau teksi motor untuk balik ke Hotel, tapi bila keluar jer dari pasar tu terkejut tengok kesesakan lalu lintas hingga tak berjalan kereta dan motor. Dalam hati baik jalan kaki lagi bagus. Sememangnya pilihan kami tepat di mana balik jalan kaki lebih cepat sampai dari naik motor.


esoknya kami dating sekali lagi di pasar Tanah Abang ini, cuba menghabiskan sisa-sisa wang Rupiah yang tertinggal. Jam 12 tgh dah check out dan bergerak ke Airport. Ingat yer kalau nak ke Airport dari kota Jakarta elok keluar awal, kerana kebimbangan akan kesesakan lalulintas. dalam tak berapa sibuk kami petang tu pun dekat sejam setengah baru sampai. Ingat kalau teksi disini tol dan parking kita pelkanggan ang kene bayar yer. Contohnya untuk ke Airport ada dua tol, so kedua-dua tol tu kita yang bayar kosnya dan tambah tambang ikut meter. Satu lagi nak masuk Airport ada caj parking, yang tu pun kita kene bayar.

Jika kita keluar melalui Airport Jakarta, ingat kene simpan siap-siap Rupiah 150,000 lebih kurang RM 45.00. kalau Airport bandung cukup simpan Rupiah 75,000 sahaja, lebih kurang RM 22.

Alhamdulillah setelah 2 jam perjalanan dengan flight, kami selamat tiba di Airport Bayan Lepas Pulau Pinang.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Tuesday, December 3, 2013

Trip Bandung dan Jakarta - Part 4

Untuk episode keempat ni aku just nak share pengalaman kami menaiki keretapi dari Bandung ke stesyen Gambir Jakarta. Perjalanan dari stesyen bandung ke stesyen Gambir Jakarta mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kos dalam 70,000 Rupiah sama dengan RM 21 sahaja.



Kami mengambil train jam 3.30 dari Bandung. Keluar awal sikit dan sempat makan tengahari di dalam stesyen Bandung. Di stesyen Bandung ramai yang kerja tolong mengangkat barang. Dia orang ni pakai baju merah. Dia orang ni pandai cakap kat kita dah boleh masuk pastu terus angkat barang kita tolong hantar. Aku pun tak sempat nak buat apa, alih-alih ikut jerlah dia dari belakang. bagus gak Bapak ni tolong angkat beg aku dan hantar sampai ke kerusi. Mulanya aku hulur 10,000 rupiah, tapi dia mintak 20,000 dalam RM 6 jugaklah. Oklah tu.




Pemandangan dalam perjalanan ke Jakarta sungguh indah sekali. Sukar digambarkan dengan kata-kata.Pemandangan sawah padi di lereng-lereng bukit amat mempesonakan sekali. Dalam train ada pramugari yang datang offer beli makanan dan minuman.






Kami sampai stesyen gambir jam 6.30 petang. cari teksi dan terus ke Hotel Condotel di daerah Thamrin City. Dekat jer dari pasar Tanah Abang. Sampai kat hotel dah pukul 8.00 malam. Hotel Condotel menarik gak, tinggi dan di sajikan dengan pemandangan kota Jakarta.



Malam tu keluar cari makan dan berjalan di sekitar Thamrin City. Kedai dah banyak yang nak tutup. Makan di restoren bawah Hotel sahaja. esok akan bergerak ke Tanah Abang...dengar kata antara pasar terbesar di Asia Tenggara. Tunggu yer...

Part 1
Part 2
Part 3
Part 5

Trip to Bandung dan Jakarta - Part 3

Pak Supi dating tepat jam 8.00 pagi seperti yang dijanjikan. Terkejut pagi tu ingatkan mai dengan kereta kecik jer, tapi datang dengan Suzuki besar, boleh muat 6 orang lagi tu. takpa, senang sikit nak isi barang kut. pak Supir kami namanya pak Ngkus. Seorang islam, baiknya orangnya, ikut sahaja kemana aku minta di bawa. Sebab dia baik jugaklah aku topup 50 000 Rupiah kat dier.

Perjalanan dari Hotel ke Tangkuban Perahu ambil masa 1 jam setengah. 30 minit melepasi Bandung kami mula masuk ke jalan mendaki dan bengkang bengkok. Pemandangan Gunung Tangkuban Perahu di hadapan. Dalam kereta Pak Ngkus telah berpesan kepada kami supaya berhati-hati dengan penjaja-penjaja jalanan yang ramai terdapat di pusat wisata Tangkuban Perahu.
 



Pintu masuk ke Tangkuban Perahu kami kene bayar tiket masuk 50,000 Rupiah seorang dan permit kereta 15,000  Rupiah sebuah. yang ni kita yang kene bayar. sampai jer kawasan parking, penjaja-penjaja jalanan telah cuba mengerumuni kami. Buat tak tahu jer sudah. Ambil gambar sana sini cari port yang cantik dan menarik. Nak ambil gambar di sign board Tangkuban yang cukup terkenal tu kene ambil giliran dulu. Sign ni wajib untuk ambil gambar. baru sah sampai sini. Ada jugak penjaja tu yang nak tolong ambil gambar kami, ikhlas katanya. Aku nasihatkan korang tak payahlah yer..suruh pelancong lain lagi bagus. nanti tak pasal-pasal di paunya korang nanti.



Dari kawasan parking kami berjalan turun di laluan di kawasan tersebut mencari port-port lain yang menarik. Memang banyak gambar yang kami rakam. Sempat jugak singgah makan ubi keledek goring di gerai yang ada di situ. Sejuk-sejuk pekene kopi panas memang syok di sini. sejarah gunung tangkuban Perahu ni katanya dari kisah Sangkuriang yang ingin berkahwin dengan ibunya sendiri. Kisah selanjutnya korang google sendirilah yer. Malas aku nak tulis di sini.



Selesai di Tangkuban Perahu kami bergerak turun dan destinasi seterusnya ke daerah beli belah barangan kulit yang terkenal iaitu Cibaduyut. Kawasan ni memang terkenal dengan barangan kulit. Kasut kulit, jaket kulit, beg kulit dan aneka macam barangan kulit. Harga memang murah. Kebanyakan barangan kulit yang di jual di serata Indonesia datangnya dari daerah Cibaduyut ini.

Selesai di Cibaduyut kami minta Pak Supir hantar kami ke kawasan Toko Tiga kawasan yang terkenal dengan seluar Jean. Tapi kami bukan ke kawasan Jean ni, tapi  mencari kedai basikal. Memang banyak kedai basikal di sini. Jalan-jalan di kedai basikal, ada yang kecik dan ada yang besar. yang besar tu macam butik pulak rupanya.




Selesai di sini kami bergerak pula ke Factory Outlet di kawasan jalan Riau, juga destinasi wajib di bandung. kat sini antara Factory Outlet yang terdapat Heritage, Stamp dan The Summit. Selesai jalan Riau kai bergerak terus ke Pasar Baru sekali lagi. Pasar Baru tutup jam 5.00 petang. Jadi petang tu semasa kami ke Pasar Baru kedai dah nak tutup. Sempat jelajah sahaja dengan niat esoknya akan shooping lagi buat terakhir kalinya.


yang lain-lain tunggu next part yer...

Part 1
Part 2
Part 4
Part 5

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails