Thursday, August 25, 2011

Muqarrabin ingin tawan Gunung-gunung Para Nabi


...semasa pelancaran misi Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi...

Selepas kejayaan Expedisi menawan 7 benua, Muqarrabin sekali lagi akan melakukan satu ekspedisi besar yang dikenali sebagai Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi. Misi ini telah di rasmikan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malayisa, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Ogos 2011 di pejabatnya.
.
Misi tersebut akan bermula pada Oktober ini dan akan berakhir pada Mac tahun depan. Kali ini misinya bukanlah melibatkan ketahanan fizikal tetapi lebih kepada pendakian untuk berkongsi kisah para nabi-nabi terdahulu mula mendaki dan mengenal diri, mencari kekuatan spiritual dan mengenal siapa Tuhannya serta membentuk perwatakan diri.
.
Pendakian ini akan melibatkan 7 buah negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Syria, Turki dan Russia. kali ini Muqarrabin akan membawa bersama 2 orang pendaki muda yang akan dipilih dari kalangan remaja yang berumur 17 dan 18 tahun di samping 12 orang kru penggambaran.
.
Dikatakan juga kos ekplorasi ini berjumlah sekitar RM 1.2 juta. Kos ini sebahagiannya melibatkan kos penggambaran pendakian yang akan dijadikan 30 siri penggambaran untuk siaran TV Nasional.
.
Aku memang respect betul dengan si Qabin ni, Kalau tengokkan badan tu, rasa macam tak percaya yang dia telah berjaya menawan gunung-gunung terhebat kat dunia ni. Tapi inilah yang dikatakan nasib badan. Kalau nak pergi naik dengan kos sendiri mintak maaflah memang tak akan mampu punya. tapi Qabin ni, dia telah berjaya mengumpul dana yang banyak untuk projek-projeknya.
.
Apapun Ahmad Muqarrabin, rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kamu, semoga kamu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menamatkan misi kamu dengan jayanya.



Wednesday, August 24, 2011

Kedai Outdoor di Penang


Kali ni nak kongsi satu kedai Outdoor yang baru bukak kat Pulau Pinang. Kedai ni namanya outdoordynamics. Lokasinya terletak di belakang USM. Kalau nak tepat lagi, di The Pallazia, kedai 97-G-18 . Kedai memang berhadapkan jalan, dan selang satu kedai dari Al-Ikhsan Bukit Gambir. Lebih kurang seberang jalan dari MaryBrown dan Petronas Bukit Gambir.
.
Bagi yang ada GPS, lagi senang, korang set saja coordinat ni - N05 21.551' , E100 17.660' . Kedai buka dari jam 11 pagi sampai 8 malam - Isnin - Jumaat dan 11 pagi sampai 5 petang hari Sabtu. Ahad dan cuti awam tutup. Hari Jumaat pun tutup antara kul 12.30 tgh hingga jam 2.30 tgh. Kalau nak tepon kedai - 04-656 3345.
Kedai ni memang sempoi dan terasa adventure sekali apabila anda berkunjung ke sini. Tuan kedai pulak, namanya Bro Nadir. Susun atur barangan dalam kedai memang nampak kemas disamping tuan kedai yang cukup friendly.
Jadi bagi geng-geng Utara kalau tercari-cari kedai outdoor bagi memenuhi keperluan dunia kembara anda, mailah berkunjung ke sini. Aku promote ni pun bukannya dapat komisen pun, saja nak tolong kawan bagi up traffic ke kedai dier.Harap gambar yang aku post kat sini dapat menarik korang semua berkunjung ke kedai ni. Kalau lalu atau jalan-jalan kat area Penang ni, janganglah segan-segan untuk singgah ke sini.
.
##Bro Nadir, sorry yer copy paste gambar ko kat sini....



Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.......

Dikesempatan ini, di hari baik bulan baik ini kami berdua memohon ribuan kemaafan, andaikata ada terguris kata terkasar bahasa sepanjang persahabatan di alam maya ini. Sesungguhnya tiada apa yang lebih mulia selain maaf memaafi di bulan mulia ini.
.
Ucapan terima kasih tidak terperi,
Atas tatapan semua pembaca,
Kad di olah pengganti diri,
Ucapan Selamat Hari Raya pada semua.....







Monday, August 22, 2011

Duit Raya, dah tukar ker.....


Hari ni dok berebut kat Maybank. sebabnya apa lagi kalau dah dekat nak raya ni. Tukar duitlah. Punyalah lama dok menunggu giliran nak tukar duit tu. Ada lah dekat setengah jam dok menunggu giliran. Akhirnya dapat gak tukar.
.
Cuba kira duit kat dalam gambar tu berapa ratus aku tukar, alang-alang tukar nah ambik ko ada dekat RM 800 aku tukar. Semuanya duit RM 1. Apa banyak? Mana ada banyak, aku punya sendiri dalam RM 200 jer, Yang lain-lain tu my mother sendiri RM 200, mak saudara RM 100 dan Mak mertua RM 300. Bukan apa semuanya minta tolong aku tolong tukarkan.
.
Biasanya tukar RM 200 tak abis pun, tapi kene get ready jugak.
Tapi kan, apa punya kedekut Maybank ni, aku tukar RM 800, dia bagi sebungkus jer ampau. Kedekut betul. tak pa nasib baik ampau tahun lepas tak abis lagi....
.

Cara letak iklan Nufnang terapung di sidebar


Hari ini aku cuba-cuba untuk meletakkan iklan Nufnang supaya dok terapung kat sebelah kanan blog aku tu.
.
Jadi mulalah aku godek-godek laman-laman blog yang membuat tutorial pasal mende alah ni.
Banyak yang aku masuk dan cuba tapi cubaan aku tu tak berapa menjadi. Ada yang timbul tapi tak terapung kat kanan atau kiri tapi kat tengah-tengah.
.
Kalau terapung kat tengah nak buat apa. Buat menyemak mata adalah. Dari petang selepas balik kerja aku cuba, tak berjaya, sambung lepas berbuka sebelum pi Tarawikh pun tak berjaya. Balik tarawikh cuba lagi, pun tak berjaya. Puas aku pikir apa pasal tak nak jadi ni. Tengok tutorial yang di buat oleh teman-teman blogger yang lain nampak senang saja.
.
Akhirnya selepas puas aku dok pikir, akhirnya aku berjumpa akan masalahnya. Masalahnya pasal "angka" sahaja. Bila iklan nufnang tu timbul ditengah, aku try adjust angka yang asal iaitu dari 10 ke 20, tapi aku tak nampak perbezaan sangat. Aku ingat memang dia tak berubah. Akhirnya aku cuba tukar angka tu dari 10 kepada 890, barulah iklan nufnang tu bergerak terus ke sebelah kanan blog. Ohhh rupanya kena tukar angka yang besar baru nak jadi yer...
.
Ok kat sini aku nak kongsilah dengan rakan-rakan semua yang mana nak try jugak tutorial ni..Tapi rasenyer korang try sajalah tutorial tu kat sini. Aku malas nak tulis balik tutorial dia.
.
Cuma kalau iklan nufnang tu timbul kat tengah blog korang, adjust saja kat angka, dan tgk sendiri perubahan dier. Ingat jangat ubah sikit-sikit tak nampak kesannya, nak ubah, ubah terus ke angka ratus... Ini pendapat akulah dan memang ada kesannya kat blog aku. Ok selamat mencuba..
.

Sunday, August 21, 2011

Zakat Fitrah, Satu Kewajipan

Alhamdulillah pada petang tadi tepat jam 5.15 petang, sempurna sudah Rukun Islam ke tiga iaitu kewajipan zakat fitrah bagi tahun ini bagi diriku dan juga isteri. Seperti tahun sebelumnya, aku membayar zakat fitrah di Jusco Bandar Perda. Senang bagi kami di samping pergi shopping keperluan raya di Jusco, singgah sekejap menunaikan kewajipan kepada Ilahi.
Seperti yang pernah aku khabarkan sebelum ini zakat ini lebih elok dan afdal di bayar di tempat di mana kita mencari rezeki. Jadi aku kerja kat Pulau Pinang, kat sinilah tempatnya aku membayar zakat. Kawan-kawan semua macam mana, zakat fitrah dah bayar belum.
.
Walaupun zakat fitrah ini lebih afdal lagi dilewatkan sehingga dekat Syawal, tapi mungkin kita akan terlupa apabila makin dekat nak raya lagi kita sibuk dengan keperluan raya akhirnya kewajipan zakat tertinggal.
.
Bagi diriku dan isteri jumlah zakat fitrah yang kami keluarkan pada tahun ini adalah sebanyak RM 14.00 untuk dua orang. Bagi negeri Pulau Pinang harga zakat fitrah ialah RM 7. Kalau korang semua nak tahu nilai zakat fitrah bagi negeri masing-masing boleh ke entri aku yang lalu kat sini.
.
Harap semua muslimin dan muslimat tidak lupa menunaikan kewajipan berzakat pada tahun ini.....Semoga Ramadhan kan datang lagi pada tahun hadapan dan kita sempat untuk menikmatinya.

Ekspedisi solo jelajah Antartika

Dipetik dari utusan Online 20/8/2011....
ANTARA pencapaian Muhamad Nur Azrul adalah menakluk Gunung Kalapathar pada Mei 2010.

--------------------------------------------------------------------------------

SELEPAS berjaya mengibarkan 10,000 Jalur Gemilang di lereng Gunung Kalapathar, Banjaran Himalaya, Nepal pada Mei 2010, anak muda yang gigih ini bakal menakluk benua tersejuk di dunia, Antartika pada Disember 2012.
.
Percubaan itu akan dilakukan menerusi projek Ekspedisi Solo Malaysia – Antartika 2012 (ESMA 2012) pada 12 hingga 27 Disember 2012 di South Shetland Islands, Antartika.
.
Harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di benua itu terletak sepenuhnya di bahu Muhamad Nur Azrul Che Zabani, 32, seorang Pegawai Tadbir yang kini bertugas di Majlis Sukan Negara.
.
Menurutnya, tujuan utama ekspedisi itu adalah untuk mengutip derma bagi pesakit jantung terutamanya kanak-kanak.
.
“Hasil sumbangan tajaan sempena projek ini nanti akan diserahkan kepada Institut Jantung Negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada S3.
.
Beliau bersungguh-sungguh ingin menjayakan ekspedisi ini kerana simpati melihat kanak-kanak kecil yang mengalami kompilasi jantung.
.
“Nak menderma pakai duit poket sendiri tak mampu. Dengan menggunakan pengalaman yang luas dalam bidang rekreasi dan dunia pendakian, saya mendapat idea untuk melaksanakan Ekspedisi Solo Malaysia – Antartika 2012 ini.
.
“Hasil daripada tajaan dan sumbangan itu nanti, sebahagiannya saya akan salurkan untuk mereka. Sekurang-kurangnya saya dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk mereka,” tambahnya
.
Dalam ekspedisi Antartika itu, beliau akan membawa dan mengibarkan 5,000 Jalur Gemilang di benua paling selatan itu.
.
Biarpun misi ini dianggap mustahil, namun mesej dan amanah penting yang dibawanya itu diharap dapat membuatkan sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan.
.
“Untuk berada di benua Antartika, ia menuntut saya melakukan persiapan yang rapi dari segi fizikal dan mental, terutamanya apabila ‘bermain’ dengan suhu yang boleh mencecah -40 darjah celsius pada waktu malam dan -10 darjah celsius pada sebelah siang.
.
“Sudah tentu suhu yang ekstrem itu bakal menguji kekuatan mental dan fizikal saya,” ujarnya.
.
Bagi menggalas misi nasional ini beliau akan memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menaungi program tersebut.
.
“Saya akan menggunakan pengalaman sebanyak enam kali menakluk Banjaran Himalaya dan Everest Base Camp sebagai bekalan di Antartika kelak,” katanya.
.
Selain itu, Muhamad Nur Azrul juga akan melakukan kajian ilmiah dan mengumpul data-data saintifik berhubung kesan psikologi, emosi dan ketahanan mental dan fizikal manusia apabila melakukan sesuatu kerja dan aktiviti di dalam suhu ekstrem secara bersendirian dengan menjadikan dirinya sebagai subjek kajian.
.
“Saya akan berada di South Shetland Islands di benua Antartika bagi tujuan tersebut,” ujarnya.
.
Menurutnya, dia juga telah mendapat kelulusan bertulis daripada Agensi yang akan menguruskan beliau di Antartika kelak.
.
Pada perkembangan yang sama, Muhamad Nur Azrul berkata, projek ESMA 2012 ini memerlukan bantuan kewangan sejumlah RM395,000 daripada pihak korporat, swasta mahupun individu.
.
“Saya memohon kepada semua warga korporat dan swasta untuk bersama-sama saya menderma kepada mereka yang memerlukan di IJN,” katanya mengharap.
.
Untuk pertanyaan, bolehlah hubungi beliau di talian 019-3784644.
.

Phuket, Thailand

Just nak share gambar-gambar lalu semasa lawatan ke Phuket, Phanga, Krabi dan Hat Yai. Kat atas ni gambar kami masa kat Railey Beach dalam kawasan Krabu. Pakej ni dia bawak lawat 4 buah pulau iaitu Chicken Island, Poda Island, Railey Beach dan satu lagi kawasan snorkeling.
Kat atas ni pulak, salah satu kawasan air terjun dalam perjalanan dari Krabi ke Phuket. Berhenti rehat kejap, driver letih.Yang ni masa kat Railey Beach. Masing-masing mencuba untuk panjat Rock Climbing yang ada kat situ...
Yang ni masa lawatan ke Phanga, Yang naik kayak tu kawasan Phangalah, kami naik kayak tiub yang dikayuh oleh pilot Siam. Mulanya ingat kayuh sendiri tapi rupanya dia orang yang tolong kayuh, hilang feel betul.....
Gambar ni pulak kat kawasan James Bond Island. Naik bot pergi sana.
Inilah bot yang kami naik dan pulau tu dikenali sebagai James Bond Island.
Ni gambar masa kat Hat Yai dah. Kita orang jalan-jalan pusing pekan sambil cari 'buah pusing kedai'
Makan-makan kat pasar terapung kat Hat Yai. Terletak lebih kurang 20 km dari pekan Hat Yai.
.
So kalau kau orang teruja dengan gambar ni, JOM ikut aku punya trip bulan 12 nanti. tengok kat sini tentatif dier.

Tempat Percutian menarik di Terengganu

Just nak share satu laman blog berkenaan tempat menarik di negeri Terengganu. Aku rasa blog ni memang related sekali dengan blog aku jadi aku kongsi-kongsikan dengan pembaca semua.
.
Jadi lepas ni kalau korang nak pergi bercuti ke Terengganu mailah jenguk blog ni. Aku tengok banyak tempat-tempat menarik di Terengganu yang dipaparkan di sini..
.
Korang petik jer sini ok.
.

Adad-Adab Bermusafir

....sambungan dari entry Golongan-golongan Musafir.
Dalam bermusafir terdapat adab-adab yang perlu dijaga dan dipatuhi....
Antaranya ialah:
.
Adab 1.
Hendaklah dimulakan dengan mengembalikan harta-harta yang diperolehi secara haram ataupun zalim, penganiayaan, penipuan dan sebagainya. Disamping itu kita perlu melunaskan segala hutang piutang yang masih ada dan bekalkan segala persiapan untuk orang dan keluarga yang kita tinggalkan akan makan minum dan tempat tinggal mereka.
Barangan yang dipinjam juga hendaklah dipulangkan terlebih dahulu.
.
Dalam bermusafir itu hendaklah juga selalu menyebut perkara-perkara yang manis dan baik sahaja, selalu memberi makan pada yang susah dan menunjukkan budi pekerti yang mulia.
.
Adab 2.
Sewaktu keluar bermusafir seeloknya keluarlah bersama sahabat dan janganlah keluar bersendirian. Sahabat itu pula mestilah yang mampu untuk ingat mengingati akan urusan agama dan menegur apabila terlupa.
.
Dalam keluar bermusafir itu juga hendaklah dalam kumpulan itu diangkat seorangnya sebagai pemimpin.
.
Adab 3.
Sebelum berangkat untuk bermusafir itu juga eloklah meminta diri daripada sahabat dan keluarga yang tidak mengikut sama. Orang yang meminta diri itu hendaklah menyebut seperti "Saya serahkan kepada Allah, agama dan amanat saudara dan penutup amalan saudara"
(Asal dari hadis, diriwayatkan oleh Tarmizi).
.
Kemudian diikuti dengan berdoa "Mudah-mudahan engkau dibekali dengan ketakwaan oleh Allah, dan Allah mengampuni dosamu dan menunjukkan kebaikan di mana sahaja engkau berada"
.
Adab 4.
Jika bermusafir dengan menggunakan binatang, hendaklah jangan menyiksa binatang tersebut dan hendaklah berbelas kasihan terhadap binatang tersebut.
.
Adab 5.
Hendaklah juga selalu berhati-hati dalam perjalanan tersebut. Jika bermusafir dalam kumpulan, janganlah berjalan bersendirian kerana dikhuatiri akan tersesat. Dan hendaklah juga sentiasa bergilir-gilir berjaga malam sewaktu tidur.
.
Begitulah serba ringkas tentang adab-adab bermusafir yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu. Mungkin benda sebegini tidak kita amalkan lagi pada zaman sekarang. Namun begitu boleh kita jadikan pedoman dan ikhtibar dalam perjalanan kita nanti.
.

Saturday, August 20, 2011

Jawatan Kosong untuk diisi

Jawatan kosong untuk diisi, sapa-sapa pun buleh pohon, sama ada yang dah kerja atau tak kerja lagi....
.
Aku tersenyum tengok banner yang di gantung di masjid ni, sampai macam tu sekali nak ajak masyarakata kita berjemaah di Masjid.
.
Jom kawan-kawan mari kita imarahkan masjid di 10 malam terakhir ni.....

Amalan Pemakanan Kurma, Elak Penyakit Kronik

Tahukah anda dengan mengamalkan pemakanan kurma setiap hari dapat mengelakkan tubuh badan kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis.
.
Ini kerana kandungan zat galiannya seperti potasium, kalsium dan zat besi boleh menyihatkan sel darah merah. Ia juga di kategorikan sebagai sumber pemberi tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah.
.
Kurma juga dapat merangsang kesihatan wanita yang hamil dan menjaga kesihatan bayi yang di dalam kandungan. Ia juga dapat memudahkan wanita untuk bersalin dan memberi tenaga tambahan.
.
Bagi kanak-kanak pula kurma dapat membantu proses tumbesaran dan membentuk minda dan badan yang cergas.
.
Jadi kesimpulannya pemakanan kurma ini eloklah diamalkan berterusan tidak hanya di bulan puasa sahaja. Sama-samalah kita tingkatkan taraf kesihatan diri, anak-anak dan keluarga.

Tips Persediaan untuk Berenang

# Perlu tahu etika pemakaian renang yang sesuai.
.
# Ikut peraturan yang ditetapkan, dan patuhi peraturan yang terdapat
di setiap kolam renang.
.
# Kenalppasti kedalaman di sesuatu tempat sebelum turun berenang.
.
# Pastikan terdapat kumpulan penyelamat kelemasan
apabila turun berenang di kawaan kolam.
.
# Ibu bapa mesti sentiasa memantau pergerakan anak-anak
semasa berenang.
.
# Jika berlaku kecemasan, pastikan anda tahu
di mana terletaknya peralatan kecemasan
.
# Kenalpasti persekitaran kolam renang yang kita gunakan.
.
# Utamakan keselamatan diri sendiri terlebih dahulu sebelum
menyelamatkan mangsa.

Renang Senaman Terbaik

Sabda Nabi SAW:"Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah dan perintahkanlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda" hadis Riwayat Ahmad.
.
Berenang merupakan senaman yang terbaik sekali berbanding sukan yang lain dan risiko kecederaan akibat berenang adalah yang paling minima. Ini kerana semasa berenang berat badan kita di kawal di atas air. Tambahan pula semasa berenang senaman yang kita lakukan itu melibatkan pergerakan keseluruhan anggota badan.
.
Jadi sebab itulah ianya menjadi senaman yang terbaik sekali. Di sekolah-sekolah pendidikan khas, Terapi Renang adalah satu elemen khas yang perlu di ajar kepada para pelajarnya.
.
Namun begitu masih kurang masyarakat kita yang melibatkan diri dengan aktiviti renang ini. Alasannya ialah tak pandai berenang dan takut air. Sebenarnya persekitaran kolam renang adalah kawasan yang paling selamat sekali kerana di kawasan kolam renang itu terdapat penyelamat kelemasan ataupun kita panggil 'guide' yang bertugas menjaga keselamatan para pengunjung.
.
Usahlah di beri alasan tidak pandai berenang kerana terdapat banyak sesi kelas renang yang dijalankan dikolam-kolam renang ini. Biasanya kelas melibatkan pengajaran selama 10 sesi dimana setiap sesi selama 1 jam. Selalulnya para pelajar memang akan dapat kemahiran berenang ini apabila sesi tamat.
.
Antara manfaat yang boleh kita perolehi daripada aktiviti berenang ini ialah
1) Membentuk Otot.
Semasa berenang seluruh otot kita akan bergerak dari kepala, badan, tangan, pinggang dan kaki.. Saat kita berenang itu badan kita akan mengeluarkan tenaga melawan air.
.
2) Tingkatkan Fungsi jantung dan Paru-paru
Dengan gerakan semasa berenang di mana kita menendang air dengan kaki dan menghayun dengan tangan ianya membantu melancarkan pergerakan darah ke jantung, pembuluh darah dan paru-paru.
.
3) Melatih Pernafasan
Aktiviti renang juga dapat membantu melatih pernafasan dan dikatakan dapat mengurangkan masalah penyakit asma. Ini kerana berenang membantu kardiovaskular yang melancarkan perjalanan darah.
.
4) Membakar kalori
Semasa berenang badan kita mengeluarkan kalori yang banyak kerana proses melawan air semasa pergerakan renang itu. Sebanyak 24% kalori boleh terbakar semasa aktiviti ini.
.
5) Keselamatan diri
Ini faktor penting kerana kita boleh elakkan diri kita dari perkara-perkara yang melibatkan air terutama lemas semasa melakukan aktiviti di kolam, sungai dan laut.
.
6) Hilangkan tekanan
Secara psikologinya semasa berenang kita akan merasa relaks dan lebih tenang dan ini boleh menghjilangkan stress sewaktu bekerja. Air sebenarnya dapat menenangkan diri kita. Sebab itulah jika kita sedang marah atau tertekan disarankan kita pergi mengambil air sembahyang..
.

Friday, August 19, 2011

Awas email palsu kononnya dari Maybank

Baru kejap ni aku bukak email, dapat satu email yang mencurigakan.....kononnya dari pihak pengurusan Maybank2u.

Message body


Dear Valued Customer,

We detect a suspicious activity on your MAYBANK2U account, for your protection,you need to
secure your online access details before you can continue to online banking.Please verify
your account to confirm your identity from the recent suspicious activities that we noticed

Click on the Maybank secure verification below and log in
with accurate information to complete the update and verification.

Maybank secure verification

Important: Complete all required information.

Maybank Security Department.

* This e-mail has been sent for information purposes only, please do not reply to this e-mail as it is routed to an unmonitored mailbox.

.
.
Setahu akulah Maybank tak pernah hantar apa-apa maklumat menerusi email. Dalam email itu dia kata aku punya akaun Maybank2u ada aktiviti yang mencurigakan. So dia minta aku buat pengesahan akaun dengan memasukkan maklumat akaun secara terperinci.
.
Apa punya bodohlah orang yang antar email ni, dia ingat aku ni tak sekolah ker, silap oranglah.
Aku tahu mungkin ada dah orang yang terkena dengan taktik ni. Bahaya betullah.
.
Nasihat akulah kalau korang ada terima email macam kat atas ni, tolong abaikan ataupun delete terus. Maybank tak akan anta email mintak pengesahan dari kita.
So berhati-hati ok. Dia orang ni buat kerja nak cari duit raya kot......

Kenali Golongan Bermusafir.....


Selalu kita dengar perkataan Musafirataupun Bermusafir. Tetapi adakah kita tahu akan maksud dan pengertiaannya yang sebenar. Hari ini aku nak kongsi sikit dari pembacaan aku yang di petik dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin ringkasan dari Ihya' Ulumuddin dan karangan Imam Al-Ghazali. Terdapat beberapa golongan yang tergolong dalam orang yang dikatakan bermusafir.
.
Ketahuilah bahawa setiap orang yang bermusafir atau dalam perjalanan yang mana tujuannya untuk menuntut ilmu pengetahuan atau agama atau untuk mencari rezeki untuk membantu menghidupkan agama maka orang-orang ini tergolong dalam orang yang menuju ke jalan Akhirat. Namun begitu dalam bermusafir seseorang itu perlu menjaga beberapa adab dan syarat yang ada dalam bermusafir, kerana jika adab-adab ini diabaikan maka orang itu tidak lagi tergolong dalam kategori bermusafir.
.
Kali ini mari kita kenal dahulu golongan musafir ini;
.
Golongan pertama.
Bermusafir untuk tujuan menuntut ilmu pengetahuan dan ini kalanya akan menjadi wajib dan sunat. Persoalan ini dapat dilihat dari sudut sama ada suuatu ilmu yang dituntut itu termasuk dalam perkara yang wajib atau perkara yang sunat. Ilmu-ilmu pengetahuan itu pula ada yang bersangkutan dengan ilmu-ilmu keagamaan atau ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengan akhlak dan budi pekerti.
.
Golongan kedua.
Bermusafir untuk tujuan menunaikan ibadat seperti mengerjakan ibadah haji dan umrah ataupun peperangan.
.
Golongan ketiga.
Bermusafir bagi mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu agama. Bermusafir seperti ini di kira baik sebab kita lari dari sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan ataupun kemusnahan terhadap diri, masyarakat ataupun agama kita.
.
Golongan keempat.
Bermusafir untuk tujuan melarikan diri dari sesuatu yang membahayakan tubuh seperti penyakit taun. Juga seperti menyelamatkan harta seperti melambungnya harga barangan atau perkara-perkara yang sedemikian.
.
Berikutlah tadi ringkasan dari empat golongan yang terdiri dari kalangan Musafir.
.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
.
"Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir melainkan untuk menuju ke tiga masjid, iaitu Masjid Al-Haram(di Makkah), masjidku ini (di Madinah) dan Masjid Al-Aqsa (di Palestin).
.
Tentang Adab-adab bermusafir nanti akan saya sambung dalam entry yang kedua berkenaan Bab Musafir ini.
Harap menjadi panduan pada semua sempena bulan Ramadhan ni.
Sesungguhnya ilmu yang baik itu, elok untuk kita sebar-sebarkan.

Log Gunung Tahan,

Log ini merupakan XPDC grup aku pada bulan Mac yang lalu. Grup kami seramai 19 orang dan ditambah dengan grup dari Orang Hutan Malaya seramai 6 orang. Trek bermula dari Kuala Juram.
Untuk ke starting trek di Kuala Juram, kami terpaksa menaiki four wheel yang memakan masa lebih kurang 45 minit. Pergerakan dengan four wheel takder masalah sangat kerana Pejabat Perhilitan Pahang meneyediakan jalan tar yang berturap hingga ke Kem Sungai Relau.
Perjalanan kami hari pertama memang begitu mencabar sekali kerana terpaksa melalui beberapa anak sungai yang begitu luas jugalah. Memang takder peluang langsung tak nak basah; Semua orang memang terpaksa redah air sungai sampai ke paras lutut.Di kem yang pertama pada hari pertama. Kem Kor. Hari pertama boleh dikatakan ok sebab trek landai, dengan sedikit mendaki. Kem pertama juga bersebelahan dengan anak sungai, jadi takder masalah air langsung.Berhenti rehat makan tengahari dalam suasana baru lepas hujan di hari yang kedua. Hari kedua trek agak mendaki. Memang penat jugalah kepala lutut ni.Hari kedua kami tido pulak di Kem Kubang. Kem ni perit sikit kerana punca air jauh sangat. Terpaksa menapak lebih kurang 500 m untuk sampai ke punca air. Kem Kubang seperti namanya, memang berkubang teruk hari tu. Terpaksa buat kerja lebih sikit untuk bagi selesa kami punya fly.Bergambar kenangan di hari ketiga pendakian. Hari ni bersemangat semuanya kerana akan mendaki terus ke puncak. Menurut guide, jarang ada pendaki yang tido di puncak. Tetapi perancangan kami hari itu ialah untuk tido di puncak. Macam manalah suasananya yer.
Sebelum sampai ke puncak, di Kem Botak, Masa ni kabus menyelibungi langit, terasa sejuk sekali.
Kelihatan puncak Gunung Tahan di belakang aku. Semanagat makin membara untuk ke puncak.
Pandangan dari jarak 1 km sebelum sampai puncak. Kelihatan beberapa ahli grup aku sedang bertungkus lumus mengerah keringat untuk sampai ke puncak.
Akhirbya puncak berjaya kami tawan. Terasa kepuasan di wajah setiap peserta. Apa tidaknya 3 hari mengerah keringat untuk sampi ke puncak. Dahlah beg yang di bawa begitu berat.Gambar kenangan sebelum start turun dari puncak. Antara ahli grup yang membawa beg Karrimor kecuali sorang tu saja yang dok menyibuk kat tepi sekali...Entah nama entah.....
Pemandangan ketika perjalanan turun hari yang keempat. Sungguh indah alam ciptaan Tuhan. terasa sayang sekali untuk meninggalkan puncak Gunung Tahan. Mungkin suatu masa nanti akan sampai lagi ke sini.Antara pendaki tahap tegar, sentiasa di hadapan sepanjang masa. Boss Husaini begitu mantap sekali, tido di puncak pakai T-Shirt sahaja. Sapa boleh lawan.......
Misi tamat, semua berjaya samapai kembali di Kem Sungai Relau. Bergambar kenangan sementara menunggu four wheel Jabatan Perhilitan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails