Satu kursus Selam Skuba "Open Water" akan dijalankan pada 14 - 16 September 2012 di Pulau Perhentian, Terengganu.
.
Bagi yang berminat untuk mengambil lesen menyelam sebagai satu langkah untuk meneroka alam lautan, bolehlah sama-sama join trip kali ini.
.
Kosnya adalah sekitar RM 1350.00 yang meliputi kos untuk:-
i) Kos kursus termasuk buku nota dan lesen menyelam
ii) Kos bot jeti Besut ke Pulau Perhentian pergi dan balik
iii) Kos makan dan minum selama 3 Hari 2 Malam.
iv) Kos penginapan selama 3 hari 2 Malam.
v) Kos bot sepanjang kursus.
vi) Peralatan menyelam termasuk BCD, Regulator dan peralatan lain.
.
Bagi yang dah lama minat nak menyelam tu dan tak tahu macam mana nak mula, jom sama-sama join trip kali ini.
.
Jangan malu, jangan segan korang boleh contact aku di talian 0134776002 atau email ke kayrol_penang@yahoo.com.
.
Kursus ini terbuka kepada semua, tak kira lelaki atau perempuan, Umur kalau boleh lepasan sekolah lah yer.
.
Macam mana nak confirm, just bank in deposit sebanyak RM 300 ke akaun Maybank 107152305032 Khairul Anuar. Selebihnya di bayar sewaktu kursus nanti.
"MAAF KURSUS INI DAH PENUH"
Tuesday, June 19, 2012
Program Taman Laut Pulau Redang
Kali ini aku bawak trip pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang seramai 50 pelajar dan 30 orang Jurulatih termasuk Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang sekali.
Gambar atas ni sedang menunggu masa feri tolak iaitu pada jam 10.30 pagi kat Jeti Syahbandar, di tengah-tengah pekan Kuala Terengganu.
Kos feri ke Pulau Redang ialah RM 40 untuk pelajar sekolah dan RM 70 untuk dewasa.
Ni pulak on the way dari jeti Pulau Redang ke Pusat Kokurikulum Cawangan Redang tempat penginapan kami selama 3H 2M disini.
Sesi taklimat awal semasa baru tiba di Pusat Kokurikulum. Pusat Kokurikulum dikhaskan untuk penginapan para pelajar dan pengunjung dari kalangan warga Pendidikan seluruh Malaysia.
Briefing tentang aktiviti Snorkeling dan water confident. Taklimat keselamatan perlu disampaikan sebelum para pelajar turun dalam air.
Sesi regangan sebelum turun air.
Memang cantik pantai Teluk Dalam ni, airnya cukup tenang sekali, amat sesuai untuk bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan air ni.
Jangan takut dik, bukan senang nak mai Pulau rewdang ni.
Ikan Nemo, wah cantik tak, memang indah sekali ciptaan Tuhan.
Balik sesi pemanas badan, naik lori ramai-ramai.....Satu pengalaman baru bagi para pelajar.
Malam pertama, para Jurulatih dan Tuan Pengarah, pergi mencandat sotong, rezeki mereka memang murah, dapat lebih kurang 30 kilo sotong malam tu, Apa lagi kami yang kat darat ni terus menyediakan bara api untuk sesi bakar sotong.
Inilah bentuk kapal yang dinaiki oleh para pelajar dan Jurulatih semasa sesi "Round Island". Sarat ngan penumpang, dah macam pelarian Vietnam la pulak.
Destinasi pertama hari kedua, lawatan ke Pusat Pemuliharaan Penyu Chagar Hutang. Kat sini telur-telur penyu di jaga dengan rapi daripada pemangsa-pemangsa terutamanya manusia.
kak Suzana sedang memberikan taklimat mengenai pusat ini.
Tak sangka satu lagi pengalaman baru yang dialami oleh para pelajar, iaitu Spa Udang. Berjalan sedikit ke dalam kawasan hutan kawasan pemuliharaan penyu ini para pelajar akan menemui satu kawasan takungan air yang mana terdapat anak-anak udang yang banyak yang akan menggigit kaki anda.
Inilah buktinya anak-anak udang di kawasan "Spa Udang" ini.
Sempat jugak buat 1 dive di kawasan Pulau Paku. Jadilah buat menambahkan log book.
Sayonara jumpa lagi lain kali.....bye...
Saturday, June 9, 2012
Open Water and Advanced Open Water......
Alhamdulillah satu lagi trip yang aku bawa untuk buat trip Diving di Pulau Perhentian succes dengan cemerlangnya...
2 orang rakan kini berjaya bergelar diver...dan 2 orang rakan lagi berjaya melanjutkan lesenya ke Advanced Open Water. Tahniah pada kalian semua.
.
InsyaAllah lepas ni bertemu lagi kita untuk dive di Pulau Payar pulak. 2 Hari 1 Malam, 5 dive maybe.
Gembira gak masa trip Perhentian ni dapat jumpa geng lama masa buat rescua and DM dulu iaitu si Azlie dari Putrajaya. Tak sangka betul, dulu masa jumpa baru jer buiat Open, sekarang ko dah bergelar Rescue Diver yer.
.
Bolehlah lepas ni ambik lesen Dive Master pulak.
Terima kasih pada saudara Pyruzal kerana mengaturkan dengan baik trip kali ni, begitu gak dengan Mahaguru kami Abang Mie Fauna, InsyaAllah Abg Mie, kita akan terus berurusan lagi lepas ni. And Hope sangat-sangat Projek "Dive Raya" kita menjadilah.
.
Thank pada diver baru, Mukrim and Ust Shukri, lepas ni bolehlah mula hobi baru ni dengan lebih giler lagi, hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)